Cerita semalam: Insurans kereta, road tax dan savings account

Tuesday, March 15, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Semalam saya renew insurans kereta dan road tax. Lambat lagi 'tarikh matinya' tapi saja renew awal alang-alang orang tak ramai di pejabat pos masa cuti sekolah  ini.

Kenapa saya tak renew saja road tax dan insurans kereta melalui myeg? Adalah sebabnya. Biarlah rahsia. :P

Sebelum ke pejabat pos, saya mulanya pergi ke bank 'harimau' untuk renew insurans di sana. Tunggu lama juga sebelum nombor giliran saya dipanggil. Sebelum giliran saya, ada pasangan suami isteri dan anaknya berurusan di kaunter yang sama. Memang lama betul urusan mereka di kaunter itu.

Setelah tunggu hampir 45 minit, barulah tiba giliran saya. Staf yang bertugas itu tersenyum-senyum dan minta maaf kerana saya terpaksa menunggu lama. System slow katanya. Saya angguk faham saja lah.  System slow memang bukan perkara atau berita yang 'menarik' bagi saya yang pernah kerja di IT department!

Sambil tunggu sistem yang bergerak macam siput itu, staf tersebut ambil peluang untuk promosikan produk simpanan bank tersebut yang berikan pulangan menarik katanya. Kalau tak silap saya, pennyimpan hanya perlu menyimpan minimum RM500 setiap bulan , untuk 6 tahun. Selepas 6 tahun, penyimpan akan dapat RM1200 setiap tahun berikutnya sebagai pulangannya. Selepas 6 tahun itu, kalau penyimpan dah tak mahu simpan RM500 setiap bulan pun tak mengapa, RM1200 tetap akan dapat untuk setiap tahun selepas 6 tahun itu. Lebih kurang macam itu lah yang saya faham penerangan staf tersebut.

Menarik juga kan. Tapi satu soalan saja yang buatkan saya kurang berminat nak tahu lebih lanjut.

"Savings account ni islamik ke?"

"Tak cik. Ini konvensional. Husband and wife yang sebelum cik tadi pun lepas renew insurans, mereka berminat dengan saving ni, itu yang lama cik tunggu tadi sebab saya uruskan savings account ini untuk mereka"

Ok, saya dah tak jadi nak tanya lebih lanjut. Saya kata nanti lah saya fikirkan.

Last-last, staf itu kata lebih baik kalau saya pergi pejabat pos sahaja untuk renew insurans. Sebab sistem sangat slow katanya. Sebab sistem sangat slow atau sebab saya tak terpikat dengan tawaran savings account tadi? Opsss sori, tak baik buruk sangka. Kasihan juga pada staf itu yang kena promosikan produk konvensional,


renew road tax di pejabat pos


Akhirnya, saya ke pejabat pos di Aeon Setiawangsa. Tak lama pun tunggu giliran.
Dah settle dah pun renew insurans dan road tax di pejabat pos!



0 comments: