Awas bahaya strok haba!

Saturday, March 19, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Jangan pandang ringan strok haba!

Sebenarnya ini juga ingatan untuk diri saya sendiri. Selama ini saya ingat strok haba hanya akan akibatkan seseorang itu sakit-sakit badan, lesu, pitam, dehidrasi dan kena masuk hospital kemudian dimasukkan air melalui drip, lepas itu ok.

Tapi saya silap.

Seorang pemuda berusia 23 tahun  di Segamat telah menjadi orang pertama di Malaysia yang meninggal dunia disebabkan strok haba.

"Mangsa telah didedahkan kepada cuaca dan suhu yang terlalu tinggi selain menghadapi kekurangan air dalam badan.
Ia telah sampai pada keadaan yang begitu teruk yang menyebabkan sistem saluran darah di mana darahnya telah pekat dan penyaluran darah ke tisu-tisu menghadapi masalah sekaligus semua tisu tidak dapat oksigen mencukupi" - Astroawani.com

Ini sangat serius. Tak boleh dipandang ringan.

Selain setiap dari kita wajib mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan strok haba, kerajaan juga telah isytiharkan kecemasan gelombang haba bagi kawasan yang mengalami suhu melampau melebihi 40 darjah Celsius selama atau melebihi 7 hari. Err..7 hari itu tak kira terlalu lama sangatkah baru nak isytihar kecemasan?

Peringkat amaran pertama akan dikeluarkan sekiranya suhu melebihi 37 darjah Celsius melebihi tempoh 72 jam atau 3 hari. Jika suhu terus meningkat selepas 3 hari, amaran kedua akan dikeluarkan dan sesi persekolahan akan ditangguhkan.

bahaya strok haba
Sumber : Astroawani.com


Semua pihak yang ada terlibat dalam aktiviti luar perlu ambil perhatian soal ini. Selain pihak sekolah atau pun atlet sukan, saya terus teringatkan pekerja buruh binaan yang bekerja di bawah terik matahari. Pancaran matahari memang terus kena secara langsung terutamanya yang bekerja di tapak binaan membuat bangunan-bangunan tinggi. Harapnya pihak majikan akan lebih prihatin dalam mengawasi keadaan pekerja mereka. Mungkin majikan tak dapat nak berikan cuti kepada pekerja binaan ini sebab panas melampau, tapi mungkin boleh benarkan lebih masa rehat terutamanya ketika matahari terik memancar.

Sudah pasti kita tak mahu ada lagi kes kematian yang disebabkan oleh strok haba ini.

Jangan pandang ringan strok haba!


Baca juga:
5 cara jimat guna aircond di musim panas
Yang baik dan yang buruk ketika cuaca panas melampau

0 comments: