Malaysia lawan Macau, ada kejutan dari Ultras Malaya?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Saspen pula bila lihat post di FB HarimauMalaya menjelang perlawanan pasukan kebangsaan
Sumber : FB HarimauMalaya |
Adakah insiden yang sama seperti perlawanan kelayakan Piala Dunia ketika pasukan Malaysia menentang Arab Saudi pada 8 September tahun lalu akan berulang kembali? Kalau dilihat pada poster di post FB HarimauMalaya tersebut ada ditulis 'Blackout'. Apakah maksudnya? Stadium akan bergelapkah? Semua penyokong Ultras Malaya akan pakai baju hitam kah? Penyokong akan bawa kain rentang gergasi warna hitam kah? Akan berulang kembali insiden baling suar, kali ini dengan asap berwarna hitam kah? (ada ke suar dengan asap hitam, saya pun pakai agak je).
Baca juga :
Kelayakan Piala Dunia : Malaysia lawan Arab Saudi - pemenangnya Ultras Malaya?
FAM didenda RM180,000. Apa kata Ultras Malaya?
Harap-harap tidak berlaku sebarang kekecohan yang boleh mengakibatkan kecederaaan atau kerosakan awam. Ramai yang sedia maklum kekecewaan Ultras Malaya sebagai penyokong tegar pasukan kebangsaan terhadap kepimpinan FAM yang masih tiada tanda-tanda menunjukkan sebarang perubahan. Dan Ultras Malaya sendiri sudah tiada jalan lain untuk menuntut perubahan dalam FAM selain menunjukkan protes dalam perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaaan.
Saya tak pandai sangat pasal bola, tapi kalau ada peluang memang saya tonton live perlawanan pasukan kebangsaan di tv. Bukan nak menggalakkan kekecohan, tapi kalau lah, kalau lah kan, Ultras Malaya ada sebarang rancangan atau kejutan untuk FAM pada perlawanan Malaysia menentang Macau malam ini, boleh tak jika kejutan itu dibuat selepas tamat perlawanan? Jadi tidak lah pemain rasa terkilan sangat tak dapat nak beraksi di padang untuk tempoh penuh 90 minit dan penonton juga tak rasa terkilan tak dapat tahu keputusan akhir perlawanan. Memang lah sebagai penyokong, kita semua pasti akan mengharapkan kemenangan atau pun setidak-tidaknya jika kalah pun dengan perbezaan jaringan yang tidak terlalu besar.
Saya mungkin tak dapat tonton di kaca tv malam ini, dan saya menanti dengan saspen apakah agaknya yang dimaksudkan dengan 'Blackout' itu...
0 comments: