Showing posts with label bisnes online. Show all posts

Berniaga lah walau pun anda telah kaya!



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam Jumaat, salam sayyidul ayyam...

Saya ada terbaca satu post di FB baru-baru ini yang pada saya macam merendah-rendah kan orang yang berniaga di pasar malam. Orang yang menulis tu mungkin terlibat secara langsung dalam bisnes MLM, sebab cara penulisan nya memang memuji melambung bisnes MLM ni.

Begitu juga dengan post pasal kisah seorang kakak yang kerja kerajaan dan selalu merendah-rendahkan adiknya yang berniaga nasi kukus tepi jalan. Ironinya, bila tiba hujung bulan akak yang kerja kerajaan ini lah yang akan call adiknya yang berniaga tepi jalan itu untuk pinjam duit!

Tak kisah lah sebenarnya apa pun bisnes atau pekerjaan yang kita buat, asalkan halal dan berlandaskan syariah, maka tidak ada perlu nya merendah-rendah kan golongan yang cari rezeki dengan cara mereka sendiri kan.

Lagipun, bukankah sembilan persepuluh daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan?

Saya ada kawan yang berniaga jual Shaklee secara online.
Saya ada kawan yang pandai menjahit dan jual set-set kelengkapan tidur untuk bayi secara online.
Saya ada kawan yang jual Umaima, produk kesihatan yang diasaskan oleh Abby Abadi.
Saya ada kawan yang jual Ephyra, produk kesihatan yang diasaskan oleh Amiza Amiruddin, yang juga satu batch dengan saya semasa sekolah menengah!
Saya ada kawan yang sangat berjaya jual kain cotton online, dan kini telah teroka bidang baru dengan mengajar ilmu berkenaan FBAds!
Saya ada kawan yang jual kuih raya, tiap-tiap tahun orang beli kuih raya daripadanya tanpa jemu (walaupun bukan time raya)

Banyak kan cabang perniagaan?

Selagi perkara-perkara yang dilarang (riba, peras ugut, tipu dan sumpah atas barangan jualan, rasuah, monopoli barangan, tipu dalam sukatan dan timbangan, menjual barang yang haram) dijauhi, InsyaAllah, rezeki tidak akan ke mana.


 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)







Tiada plan lepas berhenti kerja?

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berhenti kerja pejabat dan memulakan bisnes homestay?

Boleh berjaya ke? Itu lah soalan yang biasa ditanyakan kawan-kawan kepada si A.

Kenapa tak mulakan dulu bisnes homestay sambil bekerja, bila bisnes telah stabil baru ambil keputusan berhenti kerja?

Hati manusia lain-lain kan. Susah nak duga isi hati orang ni.

berhenti kerja


Mungkin di fikiran si A ini ada idea bisnes lain selain buat bisnes homestay. Dan mungkin juga simpanan nya mencukupi untuk tanggung kos kehidupannya sehingga 6 bulan atau setahun sekiranya bisnes homestay tidak berjaya atau bergerak perlahan.

Kawan-kawan ada cadangkan si A buat bisnes online macam jual tudung, jual produk kesihatan, jual dress, jual kerepek dan lain-lain barang yang hangat permintaan nya di pasaran online. Tapi si A menolak. Katanya tak minat hendak jual-jual barang ini. Selain itu, A juga tak rajin nak ulang alik ke pejabat pos untuk pos barang-barang pelanggan.

Kalau macam tu, buat lah bisnes online secara dropship?

Bisnes dropship pun A tak minat. Kata A, bimbang jika tak dapat nak layan semua pesanan pelanggan dan tak terurus dengan pihak dropship. Sebarang masalah di pihak dropship, A sebagai orang tengah yang kena menjawab kepada pelanggan.

Macam-macam pula alasan si A ni ya?

Tapi kan, kita tak boleh juga nak persoalkan si A ni. sudah pasti sebelum berhenti kerja , A telah berfikir panjang dan buat hitung kira segala kemungkinan yang perlu dihadapinya.

Tiada perkara yang tidak ada risiko di dunia ini. Dalam bisnes pasti ada naik dan turunnya. Bila bisnes tengah naik, pasti gembira. Bila bisnes merudum, pasti kecewa.

Nasihat Irfan Khairi kepada usahawan yang tengah down. Klik di sini!

Takutkan risiko, duduk saja diam-diam di zon selesa. Itu pun berisiko juga. Jika sudah terlalu selesa, mungkin sukar untuk terima sebarang perubahan dalam cara kerja, Jadi statik jawabnya. Mungkin jadi statik itu bukan masalah besar bagi sesetengah orang.

berhenti kerja


Apa-apa pun, seperti yang saya tulis di entry yang lalu, jika ingin mulakan bisnes, buatlah bisnes yang anda suka. Sesuatu yang anda minat dan suka, jika anda lakukan setiap hari pun anda akan rasa seronok dan tidak terasa seperti sedang bekerja kan?


Buat bisnes yang anda suka!

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Hari ini saya nak bercerita mengenai perniagaan atau bisnes.

Bisnes apa tu? Bukan bisnes saya, tapi bisnes saudara-mara dan kawan-kawan. Walaupun ramai yang kata tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar daripada segi ekonomi, saudara-mara dan kawan-kawan saya ini adalah antara yang berani mengambil risiko dan menyahut cabaran memulakan bisnes.

Cerita 1:
Sepupu saya yang telah bekerja selama 13 tahun di sebuah syarikat minyak sebagai sesorang akauntan nekad berhenti kerja untuk memulakan bisnes sendiri.
Bisnes apa?
Bisnes menjual ice blended di salah sebuah pusat membeli-belah di Cyberjaya.
Ruang niaganya adalah sebuah kiosk yang sewanya RM3000 sebulan.
Dengan kiosk yang dikendalikan oleh 2 orang pekerja, kini sepupu saya ini tidak lagi balik bekerja lewat malam dan ada lebih masa untuk anaknya.


Cerita 2:
Seorang lagi sepupu saya juga telah berhenti kerja baru-baru ini. Bermula sebagai seorang chef di restoran, kemudian bekerja di bahagian pejabat sebuah restoran yang terkenal, akhirnya sepupu saya ini nekad berhenti kerja dan membuka restoran sendiri.
Bertempat di Putrajaya, berhampiran dengan Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi), sepupu saya ini bersama-sama 3 lagi rakannya berkongsi membuka restoran dengan sewa sebanyak RM11000 sebulan.
Setakat ini keuntungannya boleh tahan, dapat lah RM4000 hingga RM5000 untuk sehari!


Cerita 3:
Seorang kawan yang hanya saya ikuti perkembangannya di FB juga akan menghantar notis berhenti kerja tidak lama lagi. Juga bekerja di sebuah syarikat minyak ketika ini, kawan saya ini mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya. Tambahan pula seorang anaknya yang memerlukan lebih perhatian kerana mempunyai perkembangan membesar yang agak lambat berbanding kanak-kanak normal.
Rancangannya selepas berhenti kerja?
Menjadi pemandu van sekolah. Selain itu, sekarang ini juga kawan saya ini aktif dengan bisnes online menjual tudung Naelofar dan produk kesihatan Ephyra.


Cerita 4:
Seorang kakak di ofis saya dahulu, sangat aktif dengan berniaga. Macam-macam produk yang dijualnya. Daripada kuih raya, daging masak itam, Tupperware, produk kesihatan sehinggalah kepada barangan Muslimah. Memang aktif akak ni, apa sahaja yang dijualnya mendapat sambutan.
Kakak ini selalu merungut dah tak larat nak kerja ofis dan selalu kata nak berhenti kerja. Tapi sampai sekarang masih belum berani hendak hantar notis berhenti kerja. Masih belum yakin dengan bisnesnya agaknya!


Cerita 5:
Masih lagi dengan cerita kawan-kawan. Seorang kawan yang mahir menjahit set tilam bantal untuk kanak-kanak kini aktif dengan bisnes online nya. Banyak tempahan yang diterimanya dari sehari ke sehari, melalui media sosial mahupun daripada kawan-kawan sepejabat. Masih belum berhenti kerja, bisnes online ini dapat dijadikan sebagai pendapatan sampingannya.
Dari mana dapat kemahiran menjahit set tilam bantal tu? Jangan terkejut, kawan saya ini hanya belajar dari YouTube!


Macam-macam kan bisnes yang kita boleh buat?
Tak kira samada memulakan bisnes dengan kedai fizikal atau pun bisnes online, semuanya hanya perlukan keyakinan, kemahuan, kesungguhan dan minat!.




Tips buat duit dengan Instagram!

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Salam Aidiladha, macam mana dengan sambutan Aidiladha anda? Walaupun ramai yang tak menyambutnya semeriah Aidilfitri, namun Aidiladha pastinya memberi makna tersendiri terutamanya bagi tetamu Allah di tanah suci dan bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban tahun ini.

Sempat menjenguk ke laman instagram, tak kurang juga gambar raya yang dikongsikan. Gambar tengah pegang lembu, gambar tengah ziarah kubur, gambar balik dari solat raya, dan tak kurang juga gambar selfie bersama kawan-kawan dan sanak saudara.

Sebut pasal selfie, saya terbaca di akhbar bagi ni mengenai peningkatan kes kematian ketika berselfie. Antara yang paling tragis ialah kes 2 remaja di Rusia yang maut ketika berselfie dengan bom tangan yang telah ditarik picunya! Wah, sampai tahap macam tu sekali kemaruknya hendak berselfie!

Semuanya ini untuk apa? Untuk glamor di Instagram? Untuk lumba dapatkan 'like' yang terbanyak?

Sayang kan, sebab banyak lagi cara untuk memanfaatkan Instagram.

Tahukah anda pengguna Instagram telah mencapai 400,000,000 orang?

Ya, 400 juta orang pengguna dan semakin meningkat!





Tidak dinafikan ramai yang bijak menggunakan Instagram untuk bisnes online mereka. Samada cara buat duit dengan Instagram melalui bisnes online menggunakan produk sendiri mahupun dropship produk orang lain. Selain daripada 2 cara bisnes online ini, anda boleh juga mencuba kaedah yang diperkenalkan oleh Herman Hawa dalam eBook 'Rahsia Dominasi Instagram' (klik untuk tahu tips hebat!)

Banyak rahsia yang dikongsikan dalam ebook ni. Yang penting sekali teknik rahsia yang dikongsikan ini adalah:

1.    Sempoi
2.    Mudah
3.    Tidak perlu menjual
4.    Tidak perlu modal
5.    Kerja 1 jam satu hari, dan…
6.    BERKESAN SERTA-MERTA! (InsyaAllah)


Antara rahsia-rahsia yang penulisnya bermurah  hati untuk kongsikan dengan anda :


1.    Tips wujudkan akaun instagram yang dapat menarik followers
2.    Tips mudah menjana pendapatan guna teknik CPA (cost per action)
3.    Tips cara jana trafik  bagaikan magnet ke akaun anda
4.    Tips kenalpasti kesilapan yang perlu dielakkan ketika menjana trafik
5.    dan banyak lagi rahsia yang tak sabar menunggu untuk anda bongkarkan!


Masa saya tengah baca ebook ni, "oh macam ni....oh macam tu..."baru lah nampak banyak cara yang boleh buat duit dengan Instagram ni untuk cari pendapatan sampingan. Menariknya, melalui teknik yang dikongsikan, kita juga boleh menjana pendapatan dalam USD! Menarik kan?




Dengan 400 juta pengguna Instagram sekarang ni, ditambah dengan teknik hebat dalam ebook ini, InsyaAllah anda mampu menjana pendapatan sampingan 4 angka sebulan! Kini selain berkongsi selfie anda di Instagram, anda boleh gunakan Instagram untuk tambah duit poket! Dan yang penting, anda tidak perlu menjual produk mahupun keluarkan sebarang kos!

Semakin ramai yang dah dapatkan ebook hebat ini dan telah buat duit senyap-senyap dengan hanya main Instagram 1 jam sehari, anda bila lagi?

Jangan tunggu lagi, dapatkan 'Rahsia Dominasi Instagram' (klik sini) hari ini juga!


Mudahnya tambah pendapatan dengan NiagaAffiliate.com!

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Jom daftar NiagaAffiliate!

Apa tu NiagaAffiliate? Saya (dan mungkin juga anda!) agak ketinggalan kerana NiagaAffiliate telah beberapa bulan menjadi perbualan hangat di kalangan mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan tanpa mengeluarkan modal sesen pun!

Oh, lupa pula nak menjawab soalan tadi.

Affiliate secara mudahnya ialah kita menjadi agen yang membantu mempromosikan produk orang lain dan kita akan dapat bayaran (komisen) jika ada orang yang beli produk itu melalui link affiliate kita.

NiagaAffiliate.com ialah antara perniagaan online yang membuka peluang pemasaran affiliate dengan kadar komisyen yang tinggi.

Anda hanya perlu mendaftar secara percuma di link ini dan ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Untuk mendaftar dengan percuma, sila klik link ini: Saya Nak Jadi Rakan Niaga NiagaAffiliate.Com!
2. Isi kan maklumat yang diperlukan: nama, email dan nombor telefon anda.
3. Login ke email anda untuk pengesahan pendaftaran.
4. Ikut arahan yang diberikan dalam email.
5. Copy link atau URL untuk promosi.
6. Promosikan URL anda di blog, FB atau media sosial yang lain.
7. Melalui link anda, pengunjung akan signup sebagai agen affiliate NiagaAffiliate.com.
8. Anda akan mendapat komisen jualan!

Sebagai agen anda tidak perlu menjual sekarang produk, anda hanya perlu mempromosikan link anda sahaja. Tiada sebarang modal diperlukan. Mudah bukan?

Mengapa anda perlu rebut peluang untuk jadi agen affiliate NiagaAffiliate?
  • Pendaftaran sebagai agen adalah percuma.
  • Konsep program Pay Per Lead (anda dibayar komisyen setiap kali ada orang yang sign up menjadi agen melalui link affiliate anda) , yang mudah.
  • Komisyen pay per lead (PPL) dengan kadar RM1.00 - RM1.50
  • Komisyen akan dibayar terus ke dalam akaun bank anda.
Anda lihat sendiri jumlah yang telah menyertai NiagaAffiliate sebagai agen , setakat jam 9:39 malam ini.

Statistik dari NiagaAffiliate.com
 
 
Ramai yang telah dapat pendapatan tambahan sebagai agen NiagaAffiliate, adakah anda mahu ketinggalan?
 
 
 
 
Klik untuk mendaftar Rakan Niaga NiagaAffiliate.Com!

Apa cerita hari ini?

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hujung minggu yang dinantikan setelah mengharungi hari bekerja yang panjang , sangat meletihkan dan sangat tidak best.

Dalam proses pencarian dan perjuangan untuk berhenti kerja, memulakan bisnes sendiri, mencari-cari bisnes online yang sesuai dengan jiwa raga, dan menjadi blogger yang berjaya, saya ditemukan/dijodohkan secara tidak sengaja dan kebetulan stumble upon/terbaca kata-kata hikmat yang sangat awesome, menarik tertarik d bom, menginspirasikan, mengujakan, memotivasikan, memberi semangat di surat khabar Utusan Malaysia pagi ini...

"DALAM HIDUP INI BUATLAH SESUATU KERJA YANG KITA SUKA DAN BUKAN SESUATU YANG KITA TIDAK SUKA DAN SECARA TERPAKSA"

"JIKA SESUATU MINAT ITU DILAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH SUDAH PASTI PENDAPATAN BOLEH DIJANA" (INSYAALLAH)

Best!




Jom bongkar rahsia bisnes tudung!

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Anda hijabista? Pencinta wanita tudung fesyen terkini? Tudung Neelofa?  Tudung Che Ta?  Tudung Dato Siti?  JelitaSara? Radiusite? Sugarscarf? Fareeda?  Ariani?  Aidijuma? Hajra? Pearl Haya?


                              


                   Macam-macam jenis tudung ada!


Kat ofis pun dah semakin rancak dengan pelbagai jenis gaya tudung. Kat surau ofis tadi hebat jualan tudung Neelofa oleh sorang akak ni. Laris macam pisang goreng panas.

Semua wanita nak nampak cantik, nak pakai tudung yang matching dan up to date!

Buka je la kat mana-mana media sosial, baik blog, facebook mahupun instagram, kalau jual tudung memang jarang lah tak dapat sambutan. Kalau tak dapat sambutan tu, samada tudung yang dijual tu hodoh sangat , ataupun memang tuan punya bisnes tak pandai nak promote kan tudung-tudungnya. Bisnes tudung untung ke?  Jangan terkejut kalau ada peniaga tudung online mampu capai pendapatan bulanan sebanyak 4 angka! Malah mungkin lebih daripada pekerja-pekerja kerajaan ataupun swasta. Bestkan dapat jana pendapatan dan dijadikan side income. Tudung memang dekat di hati perempuan, jadi memang seronok kalau buat bisnes benda yang kita minat. Sekarang pun memang dah ramai yang buat bisnes tudung online kan.


Susah ke nak promosikan tudung?

Nak promotekan tudung pun ada caranya. Ada cara mudah , ada cara susah. Saya tengok akak kat surau tadi letak je susun- susun tudung depan dia, orang secara automatik datang berebut nak tengok dan belek. Pastu akak tu explain sikit-sikit pasal tudung yang menarik tertarik tu, sekejap dah laku dan duit bertukar tangan. Tak payah nak susah-susah panggil orang datang tengok ataupun buat iklan macam dato terlajak laris (ops sori dato!. Saya suka sebenarnya iklan dato sebab senang ingat, melekat dalam kepala). Tapi itu la, tak semua orang ada skill atau magnet menarik perhatian orang macam tu. Skill menarik perhatian satu hal, satu hal lagi nak memikat hati orang untuk beli tudung yang kita jual.

Kalau sekarang kita setakat mampu menjadi penjual tudung-tudung yang glamour ini, suatu hari nanti kita pula yang keluarkan tudung jenama kita sendiri. Bisnes tudung jenama sendiri! InsyaAllah...


Anda ada tips bisnes tudung nak dikongsikan bersama? Sudi-sudi lah share, sharing is caring! 😊