Selamat Hari Down Syndrome Sedunia 2016 (21 Mac 2016)
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hari ini 21 Mac 2016 ialah Hari Down Syndrome Sedunia 2016 @ World Down Syndrome Day 216. Tahun 2016 merupakan tahun ke-11 Hari Down Syndrome ini diadakan.
Sumber : sinarharian.com.my |
Apa itu Down Syndrome? Definisi dan penerangan lengkap mengenai ciri-ciri individu dengan Down Syndrome boleh dirujuk di sini.
Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang di lahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21.Bagi seorang yang normal mereka sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom ini.Atas sebab itu jugalah ,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.
Memang kebiasaannya masyarakat akan memberi pandangan yang sedikit berbeza apabila melihat individu Down Syndrome ini di tempat awam. Tapi dengan banyaknya kempen kesedaran mengenai sindrom ini masyarakat kini lebih terbuka dan menerima golongan Down Syndrome ini sama seperti individu normal yang lain.
Saya mempunyai seorang saudara yang merupakan seorang yang Down Syndrome. Beliau ialah anak kepada sepupu nenek saya. Kiranya beliau ialah makcik saya lah kan? Tapi disebabkan kami sebaya, saya hanya memanggil beliau dengan nama. Beliau yang saya panggil Yan.
Yan tidak dihantar ke sekolah khas untuk kanak-kanak Down Syndrome. Saya pun tak pasti mengapa ibubapa mengambil langkah demikian, pasti ada sebab disebaliknya kan. Zaman kanak-kanak nya hanyalah di rumah, membantu ibunya membuat kerja rumah. Dari segi akademik mungkin Yan ketinggalan tapi dari aspek tanggungjawab seorang anak kepada ibubapa nya, bagi anak yang mengidap Down Syndrome, Yan lulus dengan cemerlang.
Tak perlu disuruh atau diarah, segala tugas di rumah seperti menjemur dan mengangkat kain di jemuran, membasuh pinggan mangkuk, membantu memasak, menyapu sampah dan mengemas rumah, semuanya dilakukan Yan tanpa banyak kerenah. Saya masih ingat setiap kali berkunjung ke rumahnya di hari raya, tugas melayan tetamu memang menjadi tugas Yan. Becok mulutnya melayan tetamu. Kadangkala sukar juga nak difahami turut katanya, tapi apabila dah biasa memang seronok bersembang dengan Yan.
Satu peristiwa yang takkan saya lupakan ialah apabila ibu Yan meninggal dunia 5 tahun yang lepas.
Setibanya saya di rumah Yan, rumah telah dipenuhi dengan sanak saudara. Jenazah ketika itu diletakkan di ruang tamu. Yan yang nampak saya dan saudara mara yang baru tiba mengisyaratkan kepada kami dengan jari di bibirnya.
"Shh..jangan bising..mama tengah tidur..mama tengah tidur"
"Kejap lagi mama nak mandi, letak bedak, wangi-wangi"
Masa itu semua yang mendengar hanya diam. Mata masing-masing dah bergenang, tinggal belum tumpah ke pipi saja lagi.
Yan masih belum faham mama nya telah tiada.
Tiba masa untuk mengangkat jenazah ke dalam van jenazah.
"Babai mama...babai mama.."
Semua orang yang ada pada masa itu hanya mampu melihat Yan melambai-lambai ke arah jenazah mama nya. Dan pada masa itu air mata yang bergenang tumpah juga.
Sehingga kini Yan masih tinggal bersama ayahnya yang semakin lanjut usianya.
Individu Down Syndrome yang berjaya bukan lah perkara yang baru. Ramai di antara golongan ini yang telah berjaya membuktikan kelainan yang ada pada diri mereka bukanlah penghalang untuk berjaya. Contoh kisah kejayaan mereka boleh dibaca di sini.
Zhou Zhou remaja Down Syndrome dari China dengan IQ 30 kini menjadi konduktor muzik yang hebat di Orkestra Simfoni National China |
Selamat Hari Down Sindrom Sedunia.
#downsyndromeday
assalammualaikum, saya berminat dan tertarik dengan cerita cik. cerita yang sangat menyentuh perasaan. saya merupakan student dan saya telah diberi tugasan melaksanakan sebuah dokumentari mengenai SD tetapi saya ingin menunjukkan persepsi keluarga dan orang sekeliling mengenai SD ni. jikalau tidak keberatan bagi cik, boleh cik kongsi sedikit mengenai Yan dan keluarga beliau. saya berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut. jika cik sudi email saya di aid_220393@yahoo.com. terima kasih.
ReplyDeleteWa'alaikumsalam. Tq ya singgah blog saya :)
DeleteTq krn sudi membaca kisah Yan. Selain Yan mempunyai seorang abang & seorang kakak, tidak byk lg yang sy tahu mengenai Yan, mungkin disebabkan kunjungan sy ke rumah Yan yg hanya setahun sekali, setiap kali hari raya pertama. Maaf ya tidak dpt byk membantu cik, diharap tugasan cik dapat dilaksanakan dengan jayanya...