5 cara jimat guna aircond di musim panas

Thursday, March 17, 2016 Ana 3 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cuaca panas membahang di Lembah Klang sedikit sebanyak diredakan dengan turunnya hujan sejak 2 hari ini. Alhamdulillah :)

Selain daripada suhu yang naik ketika cuaca panas ini, ada satu lagi yang pasti naik juga untuk redakan kepanasan cuaca itu. Apa lagi kalau bukan bil elektrik yang naik!

Kipas dipasang 24 jam. Aircond atau pendingin udara disetkan kepada suhu yang terendah, 17 darjah Celsius, mungkin? Ais batu dalam peti sejuk tak sempat keras dan air tak sempat sejuk dah habis diminum kerana kerap dahaga di musim panas ini. Baju lebih kerap ditukar (terutamanya kanak-kanak) kerana cepat busuk kerana sentiasa berpeluh. Serba-serbi bertambah dan berubah gara-gara cuaca panas ini.

aircond dan cuaca panas

Macam mana ya caranya hendak jimatkan elektrik tapi masih boleh selesa gunakan kipas 24 jam dan masih mampu dingin dengan aircond?

Cara paling mudah ialah tak payah guna aircond! Cara ini tak membantu langsung kan. Sebab kita beli aircond untuk keselesaan, kalau beli tapi tak guna apa pula faedahnya?

Baca juga:
Yang baik dan yang buruk ketika cuaca panas melampau
Jimat elektrik dengan hanya mencabut plug soket?
Alat elektrik yang mana 'kuat makan' elektrik?
Bil elektrik tinggi sebab MCB?


Saya pun mencari-cari juga cara nak jimat elektrik dan pada masa yang sma masih gunakan aircond. Mungkin kita boleh cuba tips-tips yang berikut dari en google dan perhatikan jika ada perubahan dalam bil elektrik kita nanti!

1. Semakin rendah suhu yang disetkan pada aircond kita, maka semakin kuat compressor perlu bekerja untuk menstabilkan suhu bilik sehingga mencapai suhu tersebut. Bayangkan, bilik tidur kita yang seharian panas disebabkan cuaca yang panas, bila tiba waktu malam, kita on kan aircond pada suhu 16 darjah Celsius. Memang bertungkus lumuslah aircond itu bekerja untuk capai suhu 16 darjah Celsius itu. Dan sudah semestinya aircond itu bekerja guna elektrik! Jadi pastikan kita set suhu yang bersesuaian seperti 21 hingga 24 darjah Celsius, pun sudah memadai untuk mendinginkan kawasan bililk..

2. Untuk pastikan aircond tidak menggunakan tenaga elektrik lebih daripada sepatutnya, pastikan juga aliran udara melalui unit tersebut tidak terhalang. Pastikan filter atau penapis aircond adalah bersih daripada habuk dan kotoran.

3. Gunakan timer untuk matikan aircond setelah gunakan dalam tempoh tertentu pada waktu malam, Contohnya setkan timer untuk matikan aircond setelah 1 jam kita masuk tidur, ataupun pasang aircond setengah jam sebelum kita masuk tidur untuk dinginkan bilik dan set kan timer untuk matikan aircond selepas sejam digunakan.

4. Gunakan cara konvensional yang praktikal untuk  menyejukkan bilik, seperti menutup langsir bagi tingkap bilik yang menghadap ke arah matahari atau pun membuka tingkap selama sejam setiap awal pagi untuk membolehkan udara sejuk masuk mendinginkan bilik.

5. Penggunaan aircond yang mempunyai mod jimat tenaga atau energy saver mode adalah lebih baik. Apabila aircond berada dalam mod jimat tenaga, apabila bilik telah mencapai suhu yang dikehendaki dan compressor telah berhenti, seluruh unit aircond tersebut turut akan dimatikan. Dan apabila suhu bilik kembali meningkat, seluruh unit aircond tersebut akan dihidupkan semula. Pada masa ini, aircond hanya akan menggunakan mod kipas untuk menstabilkan semula suhu bilik dan compressor tidak dihidupkan, Lebih banyak 'compressor-off time', lebih banyak tenaga elektrik dapat dijimatkan.

Selamat mencuba!


3 comments:

  1. Pasang kipas bersama aircond juga membantu. Naikkan suhu aircond dan pasang kipas. Kesan sejuk yang sama da menyejukkan.

    http://www.azua-diy.com/2016/05/29/penjimatan-guna-aircond/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Azua, bole lah sy cuba lepas ni :)
      Tq ya singgah blog sy!

      Delete