Menjelang genap 2 tahun kehilangan MH370...
Assalamualaikum & salam sejahtera...
2 hari lagi akan genaplah 2 tahun misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang beserta anak kapal berlepas dari KLIA pada jam 12:41 pagi dan dijadualkan tiba di Beijing, China pada 6:30 pagi hari yang sama.
Namun, MH370 tidak tiba di Beijing sehingga hari ini.
Sumber : Google |
Sumber : Google |
Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 24 Mac 2014 menyatakan bahawa penerbangan MH370 berakhir di kawasan Lautan Hindi di barat Perth Australia.
* Sewaktu memandang lautan yang luas terbentang saujana mata memandang ketika berada di Perth tahun lalu, hanya satu yang terlintas di fikiran saya - betulkah di sini berakhirnya penerbangan MH370? - *
Saya percaya bukan sahaja ahli keluarga waris yang terlibat menitiskan air mata ketika mendengar pengumuman itu dibuat. Saya pun sama. Masa dengar pengumuman itu, saya rasa macam tak percaya, rasa macam tak mungkin tak jumpa pesawat yang sebesar itu, rasa macam pasukan mencari dan menyelamat tidak cukup berusaha untuk mencari, dan rasa macam mustahil lah tak jumpa!
Tapi akhir sekali, walaupun pahit untuk diterima, sesungguhnya tiada apa yang mustahil jika sudah itu yang tertulis. Kun faya kun. Al-Fatihah untuk semua anak kapal dan penumpang yang terlibat...
Selepas flaperon yang disahkan milik pesawat MH370 ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai 2015, diharap satu lagi penemuan terkini serpihan pesawat berkemungkinan milik MH370 di Mozambique pada 2 Mac 2016 yang lalu serta satu lagi penemuan serpihan kedua di Pulau Reunion pada 3 Mac 2016 diharap dapat mencerahkan lagi peluang merungkai misteri kehilangan MH370....InsyaAllah....
0 comments: