Kenapa saya tak dapat bil elektrik untuk bulan September?

Saturday, October 01, 2016 Ana 0 Comments



Kenapa saya tak dapat bil elektrik untuk bulan September?


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Tak dapat bil elektrik TNB untuk bulan September, tapi bila check online ada pula jumlah yang kena bayar.

Saya keliru sekejap. Macam mana ada bil yang perlu dibayar sedangkan tiada pun pembaca meter yang datang baca meter elektrik kat rumah saya? Dari mana dapat jumlah pada bil itu?

Ok, langkah pertama ialah pastikan samada rumah saya saja yang tak terima bil elektrik untuk bulan September. Mak saya mula whatsapp jiran-jiran. Sah. Memang jiran kiri, kanan dan depan rumah saya pun tengah confuse kenapa tak dapat bil untuk bulan September.

Langkah seterusnya, kena call TNB Careline lah jawabnya, Sebelum itu. saya semak semula betul-betul samada saya dah bayar atau tak bil elektrik untuk Ogos. Mana lah tahu entah-entah terlupa bayar dan jumlah yang saya tengok online itu adalah jumlah bil tertunggak. Bila dah semak, memang confirm. Itu bukan bil tertunggak. Itu jumlah yang entah datang dari mana saya pun tak tahu jadi memang kena call juga TNB Careline jawabnya. Jadi petang semalam, pukul 4 petang bermula lah sesi soal jawab saya dengan TNB Careline. Sebelum call, saya dah bersiap sedia dengan bil bulan-bulan yang lepas dan dah siap login di mytnb,com.my. Selepas ditanya soalan standard seperti nama, nombor akaun alamat dan sebagainya, saya pun terus tanyakan kemusykilan saya.

Saya : Saya nak tahu, di TNB ada rekod tak bila pembaca meter datang ke rumah saya baca meter untuk bulan September ?

Staff TNB : Sekejap ya Cik, saya semak dulu. Oh, untuk bulan September saya lihat di sini bil Cik adalah bacaan anggaran, bukan bacaan sebenar.

Saya : Maksudnya?
(setahu saya sebelum ini saya pernah dapat bil dengan bacaan anggaran dan bila ditanya pada TNB katanya sebab pembaca meter tak dapat nak baca meter sebab rumah berkunci. Jadi dianggarkannya saja bil untuk bulan itu, Tapi pembaca meter masih datang ke rumah dan letakkan bil dengan bacaan anggaran tu dalam peti surat saya,)

Staff TNB : Bil dengan bacaan anggaran ini maknanya pembaca meter tak dapat datang ke rumah Cik, dan bil Cik untuk bulan itu dianggarkan oleh sistem.

Saya : Kenapa pula macam tu?

Staff TNB : Oh, TNB sekarang sedang buat penambahbaikan sistem Cik. TNB ada maklumkan yang semasa proses ini, pengguna akan dapat bil dengan bacaan anggaran. Setelah siap proses upgrade ini baru Cik akan dapat bil dengan bacaan sebenar.

Saya : Ada notis ke pasal bacaan anggaran ni?

Staff TNB : Ada Cik. Cik boleh tengok di belakang bil elektrik bulan Mei dan Jun ada diletakkan notis mengenai perkara ini.

Saya : Ok, sekejap, saya check. *check bil elektrik bermula bulan Mei hingga Ogos. Tak ada pun notis*


tak dapat bil elektrik bulan september
Ok, ini bahagian belakang bil elektrik saya untuk bulan Mei sampai Ogos.
Kat mana yang kata ada tulis notis pasal bil dengan bacaan anggaran?
Notis pasal nombor akaun baru pun hanya ada pada bil bulan Ogos, sedangkan
untuk bil bulan Julai dah mula guna nombor akaun yang baru.


Saya : Tak ada. Tak ada apa-apa notis pun. Saya dah check sekejap ni.

TNB : Oh ye ke Cik. Selain notis di bil, TNB juga ada hantar notis melalui pos. Cik ada terima notis bersaiz A4 dari TNB?

Saya : Notis bersaiz A4? Hantar melalui pos?

*Pelik betul hantar notis macam ni, kan senang cetak notis di bil elektrik saja? Musykil saya samada betul ke TNB ada cetak notis mengenai bil dengan bacaan anggaran di bil elektrik bulan Mei dan Jun? Kalau betul, kenapa di bil saya tak ada sebarang notis? TNB keluarkan bil dengan cetakan yang berbeza-beza ke untuk pengguna di lain-lain tempat? Pengguna di kawasan A, ada notis makluman di bil nya. Pengguna di kawasan B, tak ada notis di bil nya. Macam tu ke?*

Saya: Tak ada, Saya tak ada terima sebarang notis bersaiz A4  (dan kalau pun saya terima tapi tak perasan, tak mungkin lah jiran-jiran saya pun ramai-ramai pakat tak perasan notis tu kan?)

TNB : Oh ye ke Cik. Minta maaf Cik, Selain itu Cik juga boleh dapatkan maklumat mengenai bil dengan bacaan anggaran ini di laman web kami di tnb.com ,my

Saya : Ok, ok. Kalau saya tengok jumlah bil dengan bacaan anggaran ni, kenapa tinggi sangat jumlah nya? Macam mana TNB buat anggaran?

TNB : Oh, memang tinggi Cik (memang tinggi??). Anggaran dibuat berdasarkan penggunaan elektrik daripada bulan Januari hingga bulan Jun tahun ini Cik.

Saya : Oh, kalau macam tu tinggilah. Rugi lah saya. Bil saya untuk bulan Ogos rendah tiba-tiba bulan September ini naik tinggi sangat sebab bacaan anggaran ni.

*memang saya baru je gembira bila bil bulan Ogos ada sedikit penurunan, tiba-tiba naik mencanak pula untuk bulan September*

TNB : Cik boleh tunggu bil untuk bulan Oktober. Bil bulan Oktober nanti TNB akan buat penolakan lebihan dari bacaaan anggaran untuk bulan September ini. Jadi bil Cik akan kurang untuk bulan Oktober nanti,

Saya : Penolakan? Saya rasa macam tak confident je akan ada penolakan dalam bil bulan depan. Selalunya penambahan ada lah.

TNB : Atau jika Cik nak juga bacaan sebenar untuk bulan September, saya boleh log request Cik di sini dan nanti akan ada pembaca meter dihantar ke rumah Cik untuk baca bacaan sebenar.

Saya : Apa jadi dengan bil bacaan anggaran tu nanti? Ignore?

TNB : Ya Cik. Cik perlu bayar bil bacaan sebenar yang Cik request tu saja.

*dengan sistem yang tak berapa stabil dan upgrade tanpa maklum pada pengguna macam ni, saya penuh rasa was-was nak request untuk bacaan sebenar*

Saya : Sampai bila saya akan kena bayar bil dengan bacaan anggaran ni?

TNB : Kami dimaklumkan bulan Oktober semua bil akan kembali kepada bacaan sebenar Cik.

Lama juga saya bercakap dengan staf TNB tersebut, hampir 30 minit. Staf itu ajar juga cara-cara di bahagian mana saya boleh lihat dan print bil yang saya tak terima itu. Sampai sekarang saya tak berjaya lagi download bil tersebut sebab lama betul proses downloadnya. Bila ditanya, katanya memang lama sebab file size yang besar. Hmm.....

Baca juga :
Nombor akaun pengguna di bil elektrik telah ditukar...tanpa makluman...
Bil elektrik tinggi sebab MCB?

Isu tak terima bil ini memang hangat diperkatakan sejak bulan Julai lalu, Tapi saya tak terkena pula 'kehangatan' itu dan masih terima bil seperti biasa untuk bulan Julai dan Ogos walaupun dengan nombor akaun yang baru (yang juga ditukar tanpa dimaklumkan itu). Kalau ikutkan staf TNB tadi, notis mengenai pengguna tak dapat bil dan bil akan dibuat dengan bacaan anggaran ada dimaklumkan di laman web tnb,com,my.

Ada tak TNB monitor atau pantau laman web tnb.com.my ini? Di laman web nya (rujuk gambar di bawah) ada disebut:

"TNB is aware that a number of customers have not received their bills for July and August or have received their bills late"

Adakah TNB turut 'aware' yang pengguna nya tak terima bil untuk bulan September?

notis tnb mengenai tak dapat bil elektrik


Ada netizen komen mengatakan Change Management atau Pengurusan Perubahan (agak janggal bunyinya dalam bahasa malaysia) TNB ini gagal sebab tak boleh nak uruskan perubahan yang dibuat dengan baik. Saya setuju seratus peratus dengan komen ini. Gagal dalam komunikasi kepada pengguna. Gagal dalam menjangka kesan daripada upgrade yang bakal dibuat. Agak menyedihkan kerana bukan sebarang organisasi yang buat perubahan ini tapi TNB. Seperti tak percaya TNB boleh terlupa uruskan perkara-perkara penting macam ni.

Jadi, apa langkah seterusnya?

Terima sajalah hakikat yang tiada bil dalam peti surat saya untuk bulan September (kalau nak juga kena cetak sendiri atau pergi kedai tenaga yang terdekat), bayar sajalah bil yang tinggi daripada biasa itu dan tunggu dengan penuh harapan bil untuk bulan Oktober nanti ada pengurangan atau penolakan.

Dan selepas nombor akaun ditukar tanpa makluman sejak Julai,  serta tak terima bil untuk bulan September, doa saja lah agar tiada lagi 'kejutan' dari TNB selepas ini.



0 comments: