Rayani Air ni rupanya indah khabar dari rupa...

Monday, March 21, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

"Rayani Air ni rupanya indah khabar dari rupa..." - Asyraf Wajdi

Terkedu saya baca komen dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Satu kenyataan yang menusuk kalbu, terutamanya bagi pihak pengurusan Rayani Air sendiri.

rayani air indah khabar dari rupa


Betul ke Rayani Air hanya indah khabar dari rupa? Hanya penumpang-penumpang yang telah berdepan sendiri dengan masalah pembatalan penerbangan di saat-saat akhir yang tahu kebenarannya. Memang betul, kadangkala kebenaran itu pahit untuk ditelan.

Dan memang betul juga komen dari Timbalan Menteri tersebut. Rayani Air bukan sekadar sebuah satu lagi syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia. Rayani Air merupakan satu-satunya syarikar penerbangan Malaysia yang memperkenalkan prinsip patuh syariah dengan krew yang mentup aurat, tiada arak dihidangkan dalam penerbangan dan bacaan doa sebelum pesawat berlepas. Tapi, adakah sekadar itu sahaja prinsip patuh syariah yang diamalkan?

Mematuhi masa penerbangan yang telah dijanjikan kepada penumpang tidak termasuk dalam prinsip patuh syariah?

Memastikan penumpang dimaklumkan tentang pembatalan penerbangan dalam kadar waktu yang sesuai dan bukan di saat-saat akhir, adakah ini tidak termasuk dalam prinsip patuh syariah?

Sekalipun tidak dapat dielakkan dan berlaku juga kecemasan pembatalan di saat-saat akhir, tidak kah disediakan sebarang plan sokongan @ kecemasan untuk kemudahan penumpang? Membiarkan penumpang tersadai di lapangan terbang sudah pasti tidak melambangkan sebuah syarikat yang patuh syariah kan?

rayani air diharap amalkan prinsip patuh syariah secara menyeluruh

Selepas 200 orang penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 9 Februari 2016, (apabila Rayani Air membatalkan 2 penerbangan akibat masalah teknikal), yang terkini ialah beberapa siri pembatalan penerbangan ke destinasi Kota Bharu dan Kota Kinabalu pada minggu lalu.

Baca juga : Rayani Air, indah khabar dari rupa?

Diharap Rayani Air dapat segera bangkit membaiki mutu perkhidmatan mereka yang kini agak terjejas imejnya di mata penumpang. Sayang sekali kerana ramai juga penumpang yang pada mulanya ingin terbang dengan Rayani Air sebagai tanda sokongan terhadap syarikat penerbangan baru itu, kini telah serik serta berpaling tadah dan berjanji tidak akan menempah penerbangan dengan Rayani Air lagi!

Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan disebabkan Rayani Air, habis rosak pandangan semua orang terhadap prinsip patuh syariah yang sebenarnya!




0 comments: