Siapa pernah cuba khidmat runner hantar barang ke rumah?

Monday, February 29, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Masa dalam perjalanan ke sekolah jemput anak saudara tadi, sepanjang perjalanan itu kereta saya berada di belakang sebuah lori milik pasaraya Tesco.

Sempat juga lah saya baca iklan di belakangnya lori itu. Rupa-rupanya, lori Tesco untuk penghantaran belian barang Tesco secara online. Di kawasan perumahan saya hanya baru-baru ini ada nampak lori Tesco ini, jadi saya pun baru tahu Tesco ada perkhidmatan hantar barang sampai ke muka pintu rumah. Dah lama rupanya service ini, sejak 2013 kalau tak silap.

**Tapi saya tak beli barang di Tesco, saya boikot**

Terfikir juga ada tak pasaraya-pasaraya kecil lain yang tawarkan khidmat macam ini. Bila nampak lori Tesco tadi sebenarnya ada rasa macam nak cuba lah service ini. Maksud saya cuba sediakan khidmat hantar barang ke rumah. Hantar barang bawa motor di KL ini memang mencabar nak selit-selit sana sini dalam traffic jam, kalau bawa kereta lagi lah besar cabarannya. Saya nak kena belajar bawa motor ni! Sambil hantar barang boleh ronda-ronda sana sini.

beli barang dapur online
Lori Tesco hantar barang beli online

Kan sekarang ada ramai belia yang sediakan khidmat sebagai runner (macam contoh Hafiz dan Faizal ini) untuk apa-apa khidmat yang diperlukan, macam beli barang kat kedai/pasaraya, hantar barang untuk di tempat tertentu, hantar bunga dan lain-lain khidmat yang sesetengah daripada kita tak ada masa nak buat.

Nampak macam remeh kan, kerja hantar barang ke rumah. Tapi dengan adanya khidmat macam ini lah yang sebenarnya bantu mereka yang memerlukan.

Contoh, ada makcik yang nak masak kari kepala ikan untuk hidangan tengahari. Tapi bila ke dapur tengok santan pula tiada. Serbuk kari dan garam pun dah habis. Nak ke kedai membeli, kedai pula jauh. Kan senang kalau ada yang sediakan khidmat beli barang di kedai runcit dan hantar kat depan muka pintu macam ini.

khidmat hantar barang ke rumah

Bukan nak didik orang jadi pemalas, tapi sekadar untuk memudahkan. Pada masa yang sama secara tak langsung, khidmat ini juga membuka peluang pekerjaan untuk mereka yang mencari sumber pendapatan. Yang pentingkan runner kena lah amanah dengan tugasan yang diberikan.

Secara tak langsung ia juga menunjukkan rezeki ada di mana-mana, cuma perlu luaskan pandangan dan rebut peluang yang ada. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

 

0 comments:

Masalah rumah tangga : Sampai bila mahu bertahan?

Sunday, February 28, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Anda pernah dengar atau tahu mengenai rakan-rakan atau saudara-mara yang terlibat dengan masalah penderaan atau keganasan rumah tangga?

Baru semalam dapat panggilan sahabat yang bemasalah dengan rumah tangga nya, Saya pun tak pasti kenapa saya dikelilingi dengan individu yang mempunyai masalah dengan rumah tangga mereka. Mungkin saya antara bertuah dapat dengar dan kongsi kisah masalah mereka?

Kisah 1:
Sahabat saya ini memang bagi saya banyak rahsia. Bila berkahwin pun kami di pejabat tidak tahu dan tidak dijemput. Tahu-tahu saja sudah ada cincin di jari. Bila nampak cincin kahwin itu saya ingatkan saya nak merajuk dan kecil hati lah konon-kononnya kerana tidak dijemput ke kenduri kahwinnya, rupa-rupanya kawan-kawan lain pun tak tahu dan tidak dijemput ke majlisnya.

Tak mengapalah, mungkin ada alasannya tersendiri.

Tapi kisah ini tidak berakhir di situ.

Suaminya seorang yang panas baran dan kuat cemburu. Kalau balik lambat sikit dari pejabat, mulalah bertanya dan syak kawan saya ini keluar dengan lelaki lain. Dan satu masalah lagi, suaminya ini tidak mempunyai kerja tetap.

Sahabat saya ini kerap juga mengadu mengenai masalah rumah tangganya. Nak dikatakan tidak bahagia, anak dah ada 5 orang. Masalah duit memang selalu jadi masalah utama. Puas sahabat saya ini menebalkan muka meminjam duit dengan saya dan kawan-kawan di pejabat.

Selain sahabat saya ini yang sering dipukul dan didera fizikal dan mental, agak menyedihkan bila anak-anaknya turut terlibat sama dipukul oleh si suami.


Kisah 2:
Seorang lagi sahabat saya ini suaminya kuat berbelanja. Hasilnya, hutang pun banyak. Kalau beli barang-barang keperluan keluarga dan anak-anak tidak mengapalah, ini barang yang lebih kepada kehendak dirinya saja. Sampi buat pinjaman peribadi untuk beli barang yang tidak perlu.

Hari minggu dihabiskan bersama kawan-kawan dengan konvoi menaiki motorsikal besar. Kawan-kawan di tempat pertama, isteri dan anak-anak di tangga kedua.

Kawan saya ada mengadu yang dia pernah terfikir nak lari tinggalkan rumah. Dan orang yang dia terfikir untuk minta tolong menjayakan misi melarikan diri itu ialah saya!


Kisah 3:
Seorang sahabat yang merupakan isteri kedua kepada seorang lelaki yang lebih berusia daripadanya. Bahagia dengan seorang anak perempuan. Memang tiada masalah dengan isteri pertama. Sahabat saya yang bergaji lumayan ini kemudiannya berhenti kerja kerana stress dengan pekerjaannya dan memulakan bisnes. Tidak sampai setahun, bisnes yang dijalankan tidak berjaya dan terpaksa ditutup. Rumah kedua yang dibelinya bersama suami dijual kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan. Hasil jualan rumah diserahkan kesemuanya kepada si suami.

Bermulalah kisah tidak gembira apabila suaminya mula buat hal. Ya lah, sahabat saya sudah tidak bekerja kan. Mungkin si suami mula merasakan sahabat saya ini sebagai beban kepadanya.



Dalam semua kisah di atas, ketiga-tiga sahabat saya ini tidak pernah berani untuk mengadukan masalah mereka kepada jabatan agama. Mereka tidak berani mengambil apa-apa tindakan. Mereka masih cuba dan cuba untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka sendiri. Mereka masih mengharapkan keajaiban berlaku.

masalah rumah tangga sampai bila mampu bertahan


Yang kasihannya ialah anak-anak. Anak tidak ke sekolah, susu anak habis. pampers tidak berganti, anak melihat ayah dan emak mereka bergaduh di depan mata, melihat emak dihalau keluar rumah oleh si ayah, anak-anak didera sebagai tempat lepas geram dan macam-macam lagi.

Kasihan.

Kisah yang tidak akan berkesudahan selagi si emak masih menaruh harapan kepada si ayah yang tidak bertanggungjawab.

Jawapannya di tangan wanita yang menjadi mangsa dera itu sendiri. Selagi mereka tidak berani untuk berhadapan dengan masalah dan berani untuk melangkah keluar daripada masalah, selagi itu lah tiada apa yang akan berubah.

Saya hanya mampu melihat.

(Panjang pula entry kali ini)








0 comments:

Segmen promosi produk di rancangan Nasi Lemak Kopi O

Sunday, February 28, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tonton rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di tv9 pagi ini.

Saya tengok semakin lama semakin banyak segmen untuk promosi produk di rancangan ini. Daripada produk kesihatan kepada produk kecantikan @ pelansingan, dah macam ruangan iklaneka di suratkhabar pula rancangan NLKO ini saya tengok.

Macam dalam NLKO pagi ini saja, daripada promosi produk Jus Al Khan, kepada promosi set pelansingan London Weight Management hinggalah kepada produk untuk sendi dari Herba Prima.

Mungkin bagi sesetengah penonton tak kisah sangat dengan segmen promosi-promosi produk ini, tapi bagi saya mungkin lebih baik kalau dikurangkan kerana cukuplah dengan iklan-iklan yang sedia ada masa rancangan itu berhenti rehat.

Tapi segmen-segmen sebegini rasanya memang mendapat perhatian penonton kerana NLKO sendiri merupakan rancangan yang ada penonton setianya yang tersendiri. Jadi tak hairanlah ramai pengasas-pengasas produk yang tampil di ruangan segmen promosi produk ini. Dan tak hairan lah pagi ini semasa promosi set susut lemak London Weight Management percuma di NLKO untuk 100 orang pertama yang menghantar sms laku dalam sekelip mata, tak sampai 5 minit pun rasanya dah dapat 100 orang yang hantar sms.

Tak semua pengasas produk yang pandai promosikan produk mereka, Ada juga yang saya tengok tergagap-gagap nak terangkan khasiat @ kelebihan produk mereka. Rugi lah sebab masa yang diberikan untuk segmen promosi produk itu sekejap saja.

Selalunya segmen yang saya tunggu di NLKO di pagi Ahad ialah segmen Trio Bikin Jus. Menu jus yang disediakan memang menarik dan berkhasiat, walaupun kadang-kadang itu tak selera juga nak buat bila ada libatkan peria, halia atau bahan-bahan yang pahit. Pagi ini jus (bukan jus sebenarnya) yang dikongsikan ialah Smoothie Peanut Butter dan Pisang.




Rasanya smoothie ini boleh buatkan kita cepat rasa kenyang, tak pernah pula saya minum peanut butter sebab selama ini hanya tahu peanut butter makan dengan roti!

Ok, dah lari tajuk.

Ada juga segmen-segmen promosi yang bermanfaat dalam NLKO ini seperti promosi untuk seminar NLP Grand Power, promosi untuk sertai unit-unit amanah yang boleh dipercayai dan segmen promosi untuk aktiviti amal atau kesenian yang akan diadakan.

Cuma diharap agar segmen promosi produk di rancangan Nasi Lemak Kopi O ini tidak semakin bertambah,  bimbang pengisian maklumat bermanfaat dalam rancangan NLKO lama-kelamaan semakin berkurang.






0 comments:

Drama Jepun yang best suatu ketika dahulu,,,,

Sunday, February 28, 2016 Ana 3 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Ada seorang sahabat di FB kembali 'membongkar' kenangan lama sewaktu zaman drama-drama @ dorama Jepun menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu. Ini yang buat saya teringat kembali cerita-cerita Jepun yang pernah popular sebelum ditenggelamkan oleh demam drama-drama dari Korea.

Antara drama Jepun yang best suatu ketika dulu:

1. With Love
- Drama ini ditayangkan di TV3 (kalau tak silap) sekitar tahun 1990-an. Memang dah lama sangat. Drama ini mengisahkan seorang komposer bernama Hata lakonan Yutaka Takenouchi yang tersilap kirim lagu gubahannya yang separuh siap kepada alamat email yang salah. Penerima email tersebut, Amane pula jatuh hati dengan lagu itu dan terus membalas kiriman email itu walaupun emailnya tidak pernah dibalas oleh Hata. Jalan ceritanya menarik, dan penonton memang sentiasa ternanti-nanti bila Hata dan Amane ini dapat bertemu walaupun mereka seringkali bertembung tetapi tidak mengenali antara satu sama lain.

yutaka takenouchi


2. Ice World
- Drama berbentuk penyiasatan, juga dilakonkan oleh Yutaka Takenouchi. Saya tak berapa ingat sangat cerita ini tetapi yang saya ingat jalan ceritanya memang misteri sampai ke penghujung dalam usaha Eiki (lakonan Yutaka) untuk menyiasat wanita misteri bernama Toko yang disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan.  Zaman itu saya rasa Yutaka ini lah pelakon Jepun yang paling hensem selain Takuya Kimura!

takuya kimura


3. Long Vacation
- Kisah antara Senna (lakonan Takya Kimura) dan Minami yang bertemu setelah Mjnami ditinggalkan kekasihnya pada hari perkahwinan mereka. Keakraban membuatkan mereka mula menyimpan perasaan antara satu sama lain tetapi masing-masing tidak mengakui. Senna berasa tidak mungkin dia jatuh cinta dengan Minami yang lebih tua daripadanya dan bersikap lantang, manakala Minami pula tidak percaya yang dia akan jatuh cinta dengan Senna yang lebih muda daripadanya, Seperti drama With Love, drama Long Vacation juga mengambarkan pelakon lelaki utamanya sebagai seorang yang mempunyai latarbelakang pemuzik,


4. One Litre of Tears
- Saya agak skeptikal bila kawan saya cadangkan saya menonton drama ini di vcd. Kawan saya seorang amoi, katanya pada saya, "U mesti nangis punya tengok ini cerita", sambil berkali-kali sibuk nak pinjamkan vcd kepunyaannya. Pada fikiran saya, mesti cerita biasa, heroinnya sakit, dan akhirnya mati, sebab itu lah yang kawan saya ini tengok sampai menangis-nangis agaknya.

one litre of tears

Tapi saya silap. Saya tonton drama ini yang akhirnya ditayangkan di tv (tak ingat tv mana).

Drama ini berdasarkan kisah benar seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bernama Aya yang menghidap penyakit Spinocerebellar Ataxia, Penyakit ini menyerang otak pesakit hiingga mengakibatkan pesakit mengalami gangguan keseimbangan badan secara perlahan-lahan. Jalan cerita drama ini diambil daripada buku catatan harian yang ditulis Aya sendiri sehinggalah saat dia tidak mampu lagi memegang pen untuk menulis.

Lakonan mantap Sawajiri Erika sebagai Aya mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata menonton lakonannya. Bermula dengan kisah ceria Aya dan keluarga, akhirnya kita akan turut sama terkesan dengan Aya yang perlahan-lahan tidak mampu lagi bercakap dengan betul. Saya memang tak boleh lupa episod di mana Aya mula tidak dapat memegang pensel untuk menulis dengan betul. Sehinggalah akhirnya dia tidak mampu lagi bercakap dan menggerakkan anggota badannya,

Aya yang sebenarnya meninggal dunia ketika berusia 25 tahun, setelah 10 tahun berjuang dengan penyakit yang dihidapinya...

Memang lebih daripada 1 liter air mata tumpah menonton drama ini.

Selain drama-drama di atas, tak lupa juga drama best yang lain seperti Beach Boys, GTO, Pride, Engine dan banyak lagi. Sekarang demam drama Jepun dah tiada. Drama-drama Korea pun kebanyakannya lebih kepada kpop dan dah tak se demam zaman drama Winter Sonata dan Autumn In My Heart.

Atau mungkin juga saya yang dah berusia dan tak terikut dengan demam drama Korea terkini?





3 comments:

Mampukah kita 'Terkenal Di Langit' ?

Saturday, February 27, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Niat di hati nak cari buku 'Lelaki Terakhir Menangis di Bumi' tulisan saudara Musa Nuwayri di kedai buku, tapi tak jumpa. Memang lah tak akan jumpa sebab saya cari di kedai buku Popular. Penulisnya dah pesan buku ini hanya boleh didapati di kedai buku MPH, Kinokuniya, Dubook Press, SMO atau buat belian secara pesanan whatsapp.

Akhirnya, terbeli buku 'Terkenal Di Langit' tulisan saudara Khairul Hakimin Muhammad. Itu pun setelah pilih-pilih antara nak beli buku 'Terkenal Di Langit' atau buku 'Kisah Orang Menang' karya saudara Saiful Nang. InsyaAllah, lain kali ke Popular, buku 'Kisah Orang Menang' akan ada dalam tangan.


buku terkenal di langit

Buku 'Terkenal Di Langit' ini simple saja. Isi kandungan buku ini ialah status-status Facebook penulisnya yang dikumpulkan oleh pihak penerbit dan dibukukan.
Ada status atau entry penulis ini yang pernah viral di seluruh negara. Saya pun mula mengenal penulis ini setelah terbaca post viral penulis mengenai rancangan 'Terlajak Puteh Nampak' baru-baru ini.

Buku yang simple tetapi kandungannya banyak menjentik hati, perasaan dan pemikiran. Saya rasa penulis ini sangat bertuah kerana banyak kali berpeluang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan atau di saat-saat kesusahan seperti yang diceritakan dalam kisah minyak motorsikal habis, kisah anak kecil yang mencuri kerana terpaksa, kisah makcik jual keropok, kisah pakcik yang kehilangan anak isteri, kisah pasangan suami isteri dengan tikus mereka, kisah kereta rosak di tengah jalan dan banyak lagi kisah yang menarik.

Adakah penulis ini yang sangat bertuah atau saya yang tak perasan semua kisah-kisah ini di sekeliling saya?

Tak perasan atau buat-buat tak perasan?

Memang betul-betul membuka minda bila membaca buku ini. Penulis membuatkan kita terfikir pelbagai jalan-jalan untuk buat kebaikan. Mudah sebenarnya. Semudah menceriakan pekerja tol dengan membelikan mereka sarapan pagi!

buku terkenal di langit

Ayat dalam buku ini yang paling saya akan ingat ialah:

"Kalau Tuhan berikan kita duit yang sangat sikit, dan kita nampak kesusahan depan mata, waktu itu ialah waktu yang paling indah dan seronok untuk berbuat kebaikan. Dan lihatlah hadiah daripada Tuhan kembali kepada kita. Subhanallah."

Tidak perlu syarahan atau ceramah, penulis menyampaikan dakwah membuat kebaikan dengan cara yang santai, yang dekat dengan kehidupan kita sehari-hari, dengan cara contoh melalui teladan. Penulis menunjukkan bahawa tiada sempadan dalam membuat kebaikan. Kebaikan itu universal, menerobos sempadan agama, bangsa, usia malah kepada haiwan sekalipun kita mampu berbuat kebaikan jika ruang-ruang kesempatan berbuat baik itu direbut dan dimanfaatkan.

Memang berbaloi untuk anda dapatkan buku ini di pasaran. Semoga kita semua mampu menjadi 'terkenal di langit' nanti....

Misi seterusnya ialah untuk dapatkan 'Lelaki Terakhir Menangis di Bumi'. Bukan misi untuk dapatkan lelaki itu. Misi untuk dapatkan bukunya.




0 comments:

Jalan ditutup di KL sempena LTDL 2016, Ahad (28 Feb 2016) ini...

Saturday, February 27, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup sempena perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi (LTDL) 2016 pada hari Ahad 28 Februari ini.

jalan di kuala lumpur ditutup sempena ltdl

Perlumbaan Peringkat 5 : Tapah - Kuala Lumpur dengan jarak 148.8 km dan berakhir di Dataran Merdeka itu akan melibatkan penutupan jalan di Pasar Borong Selayang, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka.

jalan di kuala lumpur tutup sempena ltdl 2016


Jalan-jalan akan ditutup bermula jam 1.30 petang sehingga jam 3 petang dan penutupan dilakukan secara berperingkat.

Bagi anda yang ada perancangan untuk melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan ini, dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif dan sentiasa mengikuti maklumat terkini trafik dari ITIS .

Kalau ada rancangan nak bawa anak-anak tengok pelumba-pelumba basikal ini beraksi pun menarik juga. Saya pernah secara tak sengaja saksikan sendiri perlumbaan LTDL ini suatu masa dahulu (berbelas-belas tahun yang lepas rasanya!). Masa itu saya dan rakan-rakan seuniversiti terlibat dengan projek kemasyarakatan di salah sebuah kampung di Selangor (di Kuala Kubu Bharu kot kalau tak silap). Tengah bergotong-royong membersihkan longkang tepi jalan raya kampung itu, tiba-tiba datang beratus-ratus pelumba basikal betul-betul tengah berlumba di depan mata saya. Memang terkagum kejap masa tu sebab tak pernah seumur hidup terfikir nak saksikan LTDL secara live.

Selamat berhujung minggu!




0 comments:

Keputusan SPM 2015 : Gagal bukan untuk selama-lamanya

Friday, February 26, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Keputusan SPM 2015 akan diumumkan pada hari Khamis, 3 Mac 2016 ini.

Mesti rasa berdebar-debar kan, bukan saja bagi pelajar, malah debaran mungkin lebih-lebih lagi bagi ibu bapa pelajar yang mengharapkan keputusan terbaik buat anak-anak mereka.

Selain daripada datang sendiri ke sekolah untuk mengambil slip keputusan, pelajar dan ibu bapa juga boleh menyemak keputusan SPM secara online atau sms:

1. Semakan keputusan SPM melalui online

Layari http://lp.moe.gov.my/semakan/ untuk semakan secara online. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran tanpa tanda sempang (-).

*laman di atas akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan.


2. Semakan keputusan SPM melalui  SMS

Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran Peperiksaan

dan hantar ke 15888

semak keputusan spm 2015 secara online



Bagi calon persendirian, keputusan SPM akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat di mana anda mendaftar untuk peperiksaan SPM dahulu.

Tahniah diucapkan bagi yang mendapat keputusan cemerlang.

Baca juga:
SPM lagi sebulan, dah bersediakah anda?
Lepasan SPM : Pening fikirkan ke mana hendak sambung belajar?

Dan bagi mereka yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan, tahniah juga diucapkan kerana telah berusaha sedaya yang mampu. Yang penting, jangan berputus asa. Keputusan SPM bukanlah penamat bagi segala-galanya. Perjalanan anda masih panjang.

Jutawan Internet, Irfan Khairi pun pernah gagal dalam subjek Prinsip Akaun ketika SPM. Tapi lihatlah di mana Irfan Khairi berada sekarang ini!

Pakar perniagaan dan pemasaran, pemilik Richworks Group dan usahawan, Dr Azizan Osman pun pernah gagal SPM kali pertama. Dan lihatlah berapa ramai jutawan yang telah berjaya dibimbing dan dilahirkan daripada seminar dan klinik usahawan yang dianjurkan beliau sehingga hari ini!

Tak mustahil kan kegagalan hari ini akan menjadi permulaan kejayaan di kemudian hari!




0 comments:

Wordless Wednesday WW #5 Fruits & Flowers Puzzle

Wednesday, February 24, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Wordless Wednesday WW #5
Fruits & Flowers Puzzle










Sumber : FB






0 comments:

5 tips anda boleh cuba bila kering idea menulis...

Tuesday, February 23, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Mencabar juga bila kering idea menulis ini. Kalau dilayan, memang akan terus kering kontang dan blog pun akan bersawang....


tips bila tiada idea menulis

Kenapa dan apa puncanya kering idea atau dipanggil juga writer's block?  Tak kisah lah samada kering idea menulis untuk blog, novel atau apa juga bentuk penulisan. Mungkin ada kaitan juga kering idea dengan rasa malas untuk menulis, sebagaimana tulisan saudara Azwan dalam entry nya bertajuk 'Pasang Surut Menulis'. Menarik tulisannya, berkaitan dengan rasa malas menulis disebabkan keinginan untuk menjadi sempurna.

Jadi, bila kering idea atau writer's block ini 'menyerang' anda, mungkin boleh cuba tips-tips berikut. Ada yang saya sendiri selalu buat bila kering idea dan ada tips yang saya tanya en google:

1. Kering idea atau malas menulis kerana merasakan apa yang ditulis tidak sempurna. Cara untuk atasinya? Teruskan menulis! Penulisan anda mungkin rasa tidak menarik pada percubaan yang pertama, tapi InsyaAllah ia akan bertambah baik untuk kali yang ke-2, 3 atau 4! Yang penting teruskan menulis dan anda sentiasa boleh baiki entry anda bila idea tiba-tiba datang mencurah.

2. Jadikan menulis itu satu habit atau kebiasaan. Mulakan dengan 200 patah perkataan sehari dan kalau dah rasakan nak tulis 200 patah perkataan itu kacang mudah sangat, tingkatkan lagi patah perkataan yang ditulis. Setkan masa menulis anda. Gunakan masa menulis untuk menulis sahaja. Gunakan masa lain untuk mencari idea.

3. Berhenti menulis dan cuba buat aktiviti lain yang boleh menenangkan fikiran. Eh, tadi tips nombor satu kata teruskan menulis, sekarang kata berhenti menulis pula? Ya. Berhenti seketika (bukan berhenti sampai 2,3 hari!) daripada terus mengadap komputer dan memaksa diri fikirkan idea yang tak kunjung tiba. Bila fikiran lebih tenang, idea akan datang.

4. Tulis perkara yang kita tahu dan selesa lebih mudah daripada menulis mengenai sesuatu yang asing pada kita. Bukan tidak boleh, cuma kalau nak tulis perkara yang kita tak berapa nak tahu, pastikan kita buat sedikit kajian dan faham apa yang tulis bagi elakkan hasil penulisan kita itu rasa janggal bila dibaca.

5. Ada orang boleh dapat idea menulis dengan melepak di shopping complex dan perhatikan gelagat orang ramai. Ada yang dapat idea bila dengar muzik, ada yang dapat idea lepas tidur sekejap, ada yang dapat idea bila sembang dengan kawan. Paling mudah ialah dengan tanya en google idea untuk menulis. Antara contoh laman untuk dapat idea menulis novel atau cerpen ialah http://www.writersdigest.com/prompts dan http://www.shortstoryideas.co.uk/


Selamat mencuba!



0 comments:

Penulis blog perlu berdaftar dengan KKMM?

Tuesday, February 23, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Blogging memang bukan perkara yang asing di zaman teknologi maklumat ini.

blogger perlu berdaftar dengan kkmm


Semasa saya mula-mula menulis blog dulu, ada kawan-kawan yang pernah ketawakan saya.

"Tulis blog? Jadi blogger? Orang dah tak baca blog lagi lah sekarang ni!"

"Ada orang nak baca ke blog awak? Perasan Hanis Zalikha lah tu!"

Saya semyum saja lah bila dengar kawan-kawan cakap macam itu. Memang saya bukan Hanis Zalikha, dan saya tahu tak ramai akan baca blog saya (sebab saya bukan Hanis Zalikha!).

Tapi betul ke orang dah tak baca blog lagi sekarang ini?

Kalau betul orang dah tak baca blog lagi sekarang ini, takkan lah blogger dianggap sebagai orang yang penting sampai hendak diwujudkan akta untuk blogger?

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan undang-undang digubal untuk media dalam talian dan penulis blog supaya hanya berita sah dikeluarkan, sekali gus memastikan,mereka beretika dan bertanggungjawab" - bharian.com.my

Dalam penggubalan undang-undang itu, KDN mencadangkan penulis blog diwajibkan mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).


KDN cadangkan semua penulis blog berdaftar

Semua penulis blog wajib mendaftar kah? Termasuk penulis blog tak seberapa macam blog saya ini?

Saya tiada masalah jika perlu mendaftar.

Tapi, teringin juga hendak tahu, adakah ini bermakna pemilik akaun Facebook, Twitter dan media dalam atas talian yang lain juga perlu berdaftar dengan KKMM?

Jika tujuan penggubalan undang-undang itu adalah hendak memastikan penulis blog beretika dan bertanggungjawab, rasanya berita-berita yang kurang beretika dan kurang bertanggungjawab lebih awal viral melalui medium seperti Facebook dan Twitter.

Betul tak?




0 comments:

Tutup jalan raya untuk program lumba halal mat motor

Monday, February 22, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....


"Kerajaan akan berbincang untuk mewujudkan program khas membolehkan penunggang motosikal tegar atau 'mat motor' berlumba secara sah di jalan raya sekitar ibu kota"

"Mungkin kita boleh ambil sehari atau dua hari dalam seminggu dan kita buat macam program KL Bebas Kereta, tetapi ini untuk motorsikal sahaja di mana mereka boleh berlumba pada waktu siang atau malam"

Sumber: -AstroAwani.com-

tutup jalan untuk lumba halal
Credit : Astroawani.com

Penunggang motorsikal tegar @ mat motor itu sama tak dengan mat rempit?

Semasa saya masih bekerja pejabat dulu, saya pernah berhadapan dengan mat motor semasa saya dalam perjalanan ke pejabat. Kerja bidang IT sememangnya waktu kerja tak tentu. Bila ada projek hendak di implement, semua proses hanya boleh dibuat pada awal pagi untuk elak gangguan sistem kepada pengguna. Awal pagi di sini maksudnya pukul 1 atau 2, atau kadang-kadang pukul 3 atau 4 pagi ya.

Bila memandu seorang diri ke pejabat jam 12 tengah malam, selain daripada terbayang-bayang cerita seram yang pernah saya tonton, saya kadang-kadang risau juga kalau-kalau perasan ada kereta atau motorsikal yang ikut belakang kereta saya. Suatu hari pernah juga lah di simpang 4 berhadapan shopping complex Ampang Park, hanya kereta saya seorang yang berhenti di lampu merah. Memang tiada langsung kereta lain masa itu. Masa itu jam dah pukul 1 pagi. Tak sampai seminit saya di simpang itu, tiba-tiba di kiri, kanan, depan dan belakang kereta saya ada berderet-deret mat-mat motor dengan motorsikal masing-masing. Memang bingit dengan bunyi motor masa itu.

Seriau juga masa itu, tapi saya buat-buat cool, buat-buat tak pandang mereka, saya pandang depan je konon fokus kat lampu isyarat, walaupun dari sudut mata saya perasan mat-mat motor di depan dan kiri kanan kereta saya pandang-pandang dan bunyi-bunyikan hon. Bila lampu bertukar hijau memang lega rasanya bila semua mat-mat motor itu terus memecut dan berlumba antara satu sama lain!

Ok, berbalik kepada cadangan nak tutup jalan raya untuk buat program lumba halal mat motor.

Mungkin satu cadangan yang baik dengan niat untuk mendekati golongan mat motor yang suka berlumba di jalan raya ini. Siapa tahu, dengan perancangan dan pendekatan yang betul, program lumba halal ini dapat melahirkan lebih ramai pelumba motor yang berkualiti untuk bersaing di landasan yang betul.

Atau mungkin juga cadangan ini perlu kan kajian yang lebih terperinci sebelum sebarang keputusan untuk adakan program lumba halal ini dibuat. Mengapa lumba haram sangat diminati? Sebab habuan bagi pemenangnya ialah wang pertaruhan yang tinggi atau wanita cantik? Sebab rasa puas dapat tunjuk skill berlumba, wheely, wekang dan superman? Sebab dapat lari daripada segala bebanan masalah keluarga?

Dapatkah program lumba halal ini menawarkan rasa puas hati yang sama seperti lumba haram? (bunyi ayat macam saya sokong lumba haram pula kan!)

Mungkin jika ada jawatankuasa yang ditugaskan untuk mengkaji perlaksanaan lumba halal ini, ada baiknya jika salah seorang ahli jawatakuasanya ialah seorang bekas pelumba haram.

Ok tak?



0 comments:

8 tips berjimat cermat ketika shopping di pasaraya

Sunday, February 21, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pagi tadi saya ke pasaraya beli barang dapur. Rasa macam banyak pula barang-barang yang boleh dibeli dengan RM100 pagi tadi:

Pisang seikat
Lobak merah sepeket
Epal hijau sepeket
Penyembur ubat nyamuk 1 tin
Roti Gardenia 1 bungkus
Cupcake 4 peket
Air botol 1 liter sebotol
Soya bean 2 kotak
Milo kotak 3 pek (1 pek ada 8 kotak)
Bateri Eveready 1 pek
Telur 1 papan (15 biji)

Jumlah kena bayar untuk semua barang di atas = RM105. Ok kot? Itu pun sebab ada sesetengah barang yang dapat diskaun, kalau tidak mesti jumlah kena bayar lebih daripada RM105.

berjimat di pasaraya

Macam mana cara kita boleh berjimat semasa beli barang di pasaraya? Antara yang boleh kita (termasuk saya!) buat untuk berjimat ialah:

1. Buat list @ senarai barang yang hendak dibeli dan pastikan kita beli barang yang tersenarai dalam list saja! Bagus juga kalau bawa kalkulator untuk pastikan anda tak terlebih bajet. Saya selalunya akan kira dulu jumlah semua harga barang (saya tak bawa kalkulator, guna calc di hp saja!) sebelum saya ke kaunter pembayaran.

2. Abaikan barang-barang yang diletakkan berdekatan kaunter pembayaran. Antara barang yang selalu ada dekat-dekat dengan kaunter pembayaran ialah coklat dan gula-gula (cabaran bagi sesiapa yang bawa anak ke pasaraya!), minuman berkarbonat, aiskrim dam wafer.

3. Beli barang jenama pasaraya itu sendiri. Contohnya, kalau kita ke pasaraya Aeon nak beli susu pekat manis dalam tin, kita boleh beli susu pekat manis jenama Aeon sendiri yang selalunya lebih murah berbanding jenama lain seperti F&N atau Marigold.

4. Jangan beli barang semata-mata kerana barang tersebut ada diskaun! Beli barang yang benar-benar anda perlukan sahaja dan ikut tips nombor 1 di atas.

5. Elakkan pergi membeli barang keperluan di pasaraya ketika anda sedang lapar kerana ketika itu semua barang nampak sedap atau menarik di mata anda!

6. Beli barang yang tahan lama seperti beras, gula dan makanan dalam tin dalam kuantiti yang
banyak semasa barang-barang ini ada potongan harga (on sale). Elakkan beli barang yang cepat rosak seperti sayuran dalam kuantiti yang banyak.

7. Kalau rajin, bandingkan harga barang antara beberapa pasaraya yang berbeza. Saya pernah pergi ke pasaraya Aeon Big Wangsa Maju yang mana tertulis ada potongan harga untuk air kordial F&N. Bila tengok harga nya yang dikatakan ada promosi itu ialah RM9 lebih. Sedangkan di pasaraya Aeon AU2, harga kordial tersebut tanpa potongan harga pun ialah RM8.80!

bandingkan harga barang di beberapa pasaraya

8. Saya jumpa satu tips yang mengatakan ketika kita beli barang di pasaraya, cuba elakkan beli barang yang terletak di rak yang sama level dengan mata kita. Sebab selalunya barang yang sama tapi mingkin jenama lain dengan harga yang lebih murah diletakkan di rak bahagian atas atau bawah. Jadi kena rajin-rajinkan dongak atau tunduk sedikit untuk cari barang dengan harga yang lebih murah!

Memang zaman segala-gala harga barang naik dan tidak mungkin akan turun ini, teramatlah penting untuk kita berjimat cermat selagi boleh kan.

Selamat berjimat!



0 comments:

Naelofar Hijab bakal bertapak di New York!

Sunday, February 21, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

"Syarikat hijab terkemuka, Naelofar Hijab, berhasrat mengukuhkan lagi empayar perniagaan di arena antarabangsa dengan menubuhkan syarikat serantau pertamanya di New York, Amerika Syarikat." - Utusan Malaysia

Hebat!

Kunjungan Neelofa ke kota New York pada penghujung tahun 2015 yang lalu untuk menghadiri kursus jangka pendek berkaitan pemasaran dan penjenamaan telah membuka peluang yang lebih luas untuk jenama tudung Naelofar.

naelofar hijab tubuh syarikat serantau di new york
Credit : mstar.com.my

Memang cekap Neelofa menghidu peluang yang terbuka di depan mata. Berdasarkan pengalaman dan kaji selidik nya,  New York sesuai dijadikan tempat membina premis dan gudang bagi perniagaannya. Selain itu, faktor-faktor lain seperti perkembangan komuniti Islam di New York dan kerjasama pihak Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di New York turut membantu memudahkan beliau dalam usahanya menubuhkan syarikat serantau itu.

Bukan calang-calang orang kan boleh bina premis dan gudang di kota raya terkenal dan sibuk itu. Bisnes tudung anak kelahiran Malaysia kini bakal bertapak di bumi New York. Bangga dengan kejayaan anak muda ini. Pastinya bak kata Neelofa, ketika ditemubual mengenai kejayaan Naelofar Hijab meraih hasil penjualan RM50 juta untuk tahun 2015, kejayaan itu adalah hasil sokongan bersama keluarga terdekatnya, dan tak mungkin berlaku sekiranya beliau berseorangan tanpa sokomgan dan kerjasama keluarganya.

Memang jika diperhatikan, dalam usaha kita untuk meraih kejayaaan, terutamanya dalam sesuatu perkara atau bidang yang baru kita ceburi, kita perlu ada seseorang di sisi, samada ahli keluarga, rakan karib, isteri, suami dan lain-lain, yang mampu memberikan kita semangat dan menolak kita untuk pergi lebih jauh dalam hidup. Tak kira lah samada dari sekecil-kecil memulakan bisnes nasi lemak depan rumah (bukan senang walaupun nak mula bisnes depan rumah sendiri!) mahupun bisnes skala besar seperti bisnes tudung Naelofar Hijab ini.

Selain daripada bisnes tudung, Neelofa juga telah mengembangkan cabang produknya dengan produk abaya (Naelofar Abaya) dan kanta lekap (Lofalens). Mungkin di masa hadapan Neelofa boleh hasilkan buku menceritakan segala perjalanan dan pengalaman beliau untuk sampai ke tahap ini dalam bidang bisnes tudung. Mesti ramai yang ingin tahu dan jadikan panduan.

Macam ini barulah boleh dijadikan Ikon Belia!





0 comments:

KWSP umumkan kadar dividen 6.4% bagi tahun 2015

Saturday, February 20, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum Tahun Baru Cina yang lepas, KWSP dijangka akan mengumumkan kadar dividen yang 'berpatutan' untuk tahun 2015.

Penantian para pencarum KWSP akan pengumuman yang dinanti-nantikan itu berakhir hari ini. Hari ini, KWSP telah mengumumkan kadar dividen 6.4% , dengan jumlah bayaran dividen keseluruhan sebanyak 38.24 billion bagi tahun 2015.

Berikut ialah infografik dari Astroawani.com yang menunjukkan bayaran dividen KWSP daripada tahun 2000 hingga 2015.

Credit : Astroawani.com


Selain pergi ke kaunter dan pejabat KWSP, bagi pencarum yang ada i-akaun, boleh lah login ke i-akaun atau kunjungi kiosk KWSP di lokasi-lokasi ini (klik sini) untuk menyemak jumlah dividen yang diterima dan baki caruman yang terkini.

jom semak i-akaun kwsp


jom semak i-akaun kwsp
Gembira melihat baki caruman anda setelah ditambah dengan dividen?


Walaupun kadar dividen yang diumumkan kurang 0.35% berbanding tahun sebelumnya, bagi mereka yang dah lama mencarum dan tak pernah sekali pun keluarkan wang caruman KWSP, pasti masih boleh tersenyum lebar dengan baki terkini caruman mereka!


Baca juga:

Dividen Tabung Haji 'memberansangkan', dividen KWSP 'berpatutan'...





0 comments: