Dividen dan bonus haji tahun 2015 diumumkan esok. Tak sabar nak kemaskini buku Tabung Haji!

Wednesday, February 03, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tabung Haji akan umumkan dividen dan bonus Tabung Haji untuk tahun 2015 pada esok, 4 Februari 2016.

Memang satu berita yang amat dinanti-nantikan oleh kira-kira 9 juta penyimpan di Tabung Haji yang telah menunggu 'sedikit lama'  berita mengenai dividen Tabung Haji untuk kali ini, Untuk tahun 2013 dan 2014 , bonus dan dividen Tabung Haji telah diumumkan pada hujung bulan Januari.

dividen dan bonus haji untuk tahun 2015 diumum esok

Agak-agaknya berapa dividen dan bonus haji (jika ada) yang akan diumumkan esok? Untuk tahun 2014, pendeposit Tabung Haji telah menikmati dividen sebanyak 6.25% dan bonus haji (bagi yang belum pernah menunaikan haji) sebanyak 2%. Adakah dividen dan bonus Tabung Haji untuk tahun 2015 akan lebih banyak daripada tahun sebelumnya? Atau pun kurang?

Sedikit atau banyak dividen dan bonus Tabung Haji kali ini, haruslah diterima dengan hati yang terbuka. Pengumuman mengenai dividen dan bonus haji ini semestinya melegakan sedikit para pendeposit yang telah mendengar banyak berita kurang enak mengenai dakwaan kemampuan Tabung Haji membuat pembayaran bonus 2015 selepas rizabnya dikatakan telah turun ke paras negatif. Dakwaan ini telah ditepis melalui pengumuman dividen yang akan dilakukan esok, namun tidak dapat dielakkan yang jumlah dividen yang sedikit pasti nya sedikit sebanyak akan dikaitkan juga dengan dakwaan rizab negatif tersebut.

Mana lebih penting, Tabung Haji ada rizab simpanan pada paras yang selamat atau pun membayar dividen tinggi kepada pendeposit hingga rizab Tabung Haji turun ke paras negatif?

Kalau ditanyakan soalan ini kepada pendeposit, mestilah mahu kan dividen yang tinggi kan!

Kebijaksanaan dalam pengurusan rizab dan pembayaran dividen rasanya tidak perlu disentuh. Ini bukan pertama kali Tabung Haji membayar dividen. Tapi mungkinkah ada perkara yang terlepas pandang sehingga boleh timbul dakwaan rizab negatif?

Kepercayaan pendeposit haruslah dipikul dengan penuh sikap amanah. Apa yang pendeposit mahu tahu ialah wang simpanan mereka selamat. diuruskan dengan betul dan ada pulangannya setiap tahun.

Seperti mana biasa, pembayaran dividen akan dikreditkan terus ke akaun pendeposit. Cara pengiraan dividen dan bonus haji banyak telah dikongsikan di blog-blog dan salah satunya yang lengkap dengan contoh boleh dirujuk di sini (sila klik).

Tak sabar rasanya nak kemaskini buku Tabung Haji...



0 comments: