Jom 'sambut' 1.5 juta pekerja Bangladesh!

Thursday, February 11, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bangladesh lulus MoU hantar 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.

Bukan 150 orang, bukan 1,500 orang, bukan 15,000 orang dan bukan juga 150,000 orang.
Tapi 1.5 juta orang rakyat Bangladesh!

Kini, warga Bangladesh boleh bekerja dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. Sebelum ini mereka hanya dibenarkan bekerja dalam sektor perladangan" - Setiausaha Kabinet Bangladesh (Utusan Malaysia)

Sudah begitu kurang agaknya rakyat tempatan yang dapat mengisi kekosongan dan permintaan majikan dalam sektor-sektor di atas. Sudah kurang rakyat tempatan yang menganggur atau sudah kurang rakyat tempatan yang berminat bekerja di sektor-sektor tersebut? Kalau diikutkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Januari 2015, kadar pengangguran ialah 3.1%. Macam susah nak percaya dengan statistik ini bila melihatkan ramai graduan yang masih menganggur dan merungut susah nak dapat kerja yang 'bersesuaian' dengan mereka.

1.5 juta pekerja bangladesh dibawa masuk ke malaysia
Credit : astroawani.com


Tapi, membawa masuk 1.5 juta orang pekerja Bangladesh itu bukankah terlalu ramai??

Pada masa ini, tanpa kehadiran 1.5 juta rakyat Bangladesh ini pun, negara kita sudah padat dengan kebanjiran pekerja asing, samada yang datang secara sah mahupun tidak. Buktinya? Tidak perlu pergi jauh, 'luangkan' masa hari minggu (tak perlu tunggu hari minggu pun sebenarnya) untuk melihat sendiri betapa ramai pekerja asing yang bekerja mahupun berkumpul di Jalan Tun Tan Siew Sin atau lebih dikenali dengan Jalan Silang.

Zaman saya sekolah dahulu (dah bertahun-tahun yang lepas), saya memang kerap melalui Jalan Silang kerana menghadiri kelas tuisyen di Pusat Tuisyen Kasturi  yang terletak berdekatan. Tak pasti samada masih ada lagi pusat tuisyen ini di sana.  Sebelum ke pusat tuisyen, singgah di McDonalds Jalan Silang atau Mcdonalds depan Central Market (dah ditutup kalau tak silap) adalah sesuatu yang wajib (sekarang saya dah boikot McDonalds ya).  Memang jauh bezanya jumlah pekerja asing dulu dan sekarang. Boleh dikira dengan jari. Tak ramai pekerja asing waktu itu.

Sekarang ini, jika berjalan di Jalan Silang, mahupun Kompleks Kotaraya, hatta Mydin depan Menara Maybank itu pun, memang terasa seperti berada di 'luar negara'. Lebih ramai warga Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan lain-lain lagi dibandingkan dengan rakyat tempatan. Ini lebih terasa (seperti berada di luar negara) kalau anda ke tempat-tempat ini terutama di hujung minggu dan musim cuti perayaan.

Sekarang nak tambah lagi 1.5 juta rakyat Bangladesh?

Tak tahu nak kata apa lagi...



0 comments: