5 tips anda boleh cuba bila kering idea menulis...

Tuesday, February 23, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Mencabar juga bila kering idea menulis ini. Kalau dilayan, memang akan terus kering kontang dan blog pun akan bersawang....


tips bila tiada idea menulis

Kenapa dan apa puncanya kering idea atau dipanggil juga writer's block?  Tak kisah lah samada kering idea menulis untuk blog, novel atau apa juga bentuk penulisan. Mungkin ada kaitan juga kering idea dengan rasa malas untuk menulis, sebagaimana tulisan saudara Azwan dalam entry nya bertajuk 'Pasang Surut Menulis'. Menarik tulisannya, berkaitan dengan rasa malas menulis disebabkan keinginan untuk menjadi sempurna.

Jadi, bila kering idea atau writer's block ini 'menyerang' anda, mungkin boleh cuba tips-tips berikut. Ada yang saya sendiri selalu buat bila kering idea dan ada tips yang saya tanya en google:

1. Kering idea atau malas menulis kerana merasakan apa yang ditulis tidak sempurna. Cara untuk atasinya? Teruskan menulis! Penulisan anda mungkin rasa tidak menarik pada percubaan yang pertama, tapi InsyaAllah ia akan bertambah baik untuk kali yang ke-2, 3 atau 4! Yang penting teruskan menulis dan anda sentiasa boleh baiki entry anda bila idea tiba-tiba datang mencurah.

2. Jadikan menulis itu satu habit atau kebiasaan. Mulakan dengan 200 patah perkataan sehari dan kalau dah rasakan nak tulis 200 patah perkataan itu kacang mudah sangat, tingkatkan lagi patah perkataan yang ditulis. Setkan masa menulis anda. Gunakan masa menulis untuk menulis sahaja. Gunakan masa lain untuk mencari idea.

3. Berhenti menulis dan cuba buat aktiviti lain yang boleh menenangkan fikiran. Eh, tadi tips nombor satu kata teruskan menulis, sekarang kata berhenti menulis pula? Ya. Berhenti seketika (bukan berhenti sampai 2,3 hari!) daripada terus mengadap komputer dan memaksa diri fikirkan idea yang tak kunjung tiba. Bila fikiran lebih tenang, idea akan datang.

4. Tulis perkara yang kita tahu dan selesa lebih mudah daripada menulis mengenai sesuatu yang asing pada kita. Bukan tidak boleh, cuma kalau nak tulis perkara yang kita tak berapa nak tahu, pastikan kita buat sedikit kajian dan faham apa yang tulis bagi elakkan hasil penulisan kita itu rasa janggal bila dibaca.

5. Ada orang boleh dapat idea menulis dengan melepak di shopping complex dan perhatikan gelagat orang ramai. Ada yang dapat idea bila dengar muzik, ada yang dapat idea lepas tidur sekejap, ada yang dapat idea bila sembang dengan kawan. Paling mudah ialah dengan tanya en google idea untuk menulis. Antara contoh laman untuk dapat idea menulis novel atau cerpen ialah http://www.writersdigest.com/prompts dan http://www.shortstoryideas.co.uk/


Selamat mencuba!



0 comments: