12 tips temuduga yang mudah! (tapi ramai yang lupa amalkan)

Tuesday, February 16, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

12 tips temuduga yang mudah untuk 1.5 juta pekerja Bangladesh atau untuk rakyat Malaysia?

1.5 juta pekerja Bangladesh yang rajin vs rakyat Malaysia pemalas? (Macam Isteri vs Tunang pula kan?)

Mana satu yang betul, 1,5 juta pekerja Bangladesh yang rajin atau rakyat Malaysia yang pemalas?

Macam tak baik pula nak tuduh-tuduh rakyat Malaysia pemalas kan? Kita tak tahu macam mana susah nya sesetengah orang itu bekerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Kita tak tahu macam mana graduan lepasan universiti susah payah ke hulu ke hilir bawa resume, hadiri temuduga sana sini, mengharapkan akan berjaya diterima bekerja?

Sebut pasal temuduga, mungkin masih ramai lepasan universiti yang tidak menguasai teknik untuk menghadiri temuduga. Perkara asas persediaan temuduga sepatutnya sudah dalam tangan.

tips temuduga


Untuk anda yang akan @ bakal hadiri temuduga, cuba perhatikan tips-tips di bawah ini:

1. Dapatkan tidur yang lena pada malam sebelum anda hadiri temuduga. First impression itu penting. Mata yang lebam dan mulut sentiasa menguap adalah perkara yang tidak diminati oleh penemuduga.

2. Bangun awal pagi pada hari anda akan hadiri temuduga, supaya dapat menenangkan diri dan alas perut yang sepatutnya. Pastikan anda sampai 15 @30 minit lebih awal di tempat temuduga. Lebih awal lebih baik,

3. Cuba untuk tidak buat perkara yang di luar kebiasaan pada hari temuduga, Misalnya, anda memang jenis yang tidak pernah bersarapan pagi, jadi tidak perlu ubah kebiasaan untuk mengelakkan perut rasa tidak selesa pada hari tersebut.

4. Berlatih sesi temuduga dengan rakan anda untuk biasakan diri dengan situasi dalam bilik temuduga dan soalan-soalan yang akan ditanyakan. Sediakan juga diri anda dengan maklumat mengenai syarikat bagi menunjukkan yang anda berminat untuk bekerja di syarikat tersebut dan supaya anda lebih bersedia sekiranya disoal oleh penemuduga.

5. Sentiasa bersopan dengan penemuduga. Berikan salam apabila masuk ke bilik temuduga dan pastikan anda duduk hanya setelah dijemput duduk oleh penemuduga. Duduk dengan sopan. Elakkan daripada duduk membongkok atau terlalu banyak bergerak sepanjang sesi temuduga.

6. Sediakan semua dokumen penting yang diperlukan dalam satu fail yang mudah untuk dirujuk oleh penemuduga sekiranya perlu. Bersedia juga untuk menerangkan latar belakang ringkas mengenai diri anda.

7, Cuba kawal diri supaya tak nampak terlalu nervous semasa ditemuduga. Dinasihatkan untuk membuat eye contact dengan penemuduga sepanjang sesi temuduga untuk menunjukkan keyakinan anda. Berikan perhatian yang sama kepada setiap penemuduga sekiranya ada lebih daripada seorang penemuduga.

8. Tunjukkan keyakinan dalam percakapan anda. Bagi sesetengah penemuduga, mereka telah tahu mengenai latar belakang akademik dan kelayakan anda (berdasarkan resume anda), dan mereka hanya ingin melihat cara penyampaian dan keyakinan anda bercakap.

9,  Cuba tunjukkan yang anda amat berminat dengan syarikat tersebut dengan cara menyediakan beberapa soalan mengenai syarikat dan juga mengenai jawatan yang anda pohon untuk ditanya kepada penemuduga. Sebelum itu, pastikan dulu info ini memang tiada dalam laman web syarikat, jika tidak anda mungkin dianggap malas untuk mencari maklumat sendiri sebelum hadiri temuduga.

Khas untuk anda yang dapat panggilan temuduga kerja kerajaan, dapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dengan mudah di sini!

10. Bersikap jujur. Jika tidak tahu mengenai sesuatu perkara yang disoal oleh penemuduga, lebih baik bersikap jujur. Contohnya, jika ditanya adakah anda tahu menggunakan aplikasi komputer, katakan aplikasi A, dan anda memang tidak tahu. Anda boleh menjawab "Saya tidak tahu gunakan aplikasi A tapi saya pernah guna aplikasi B yang seakan sama fungsinya dengan aplikasi A"

11. Ambil 2 atau 3 saat sebelum anda menjawab soalan penemuduga. Ini akan membolehkan anda menjawab soalan dengan lebih tenang.

12. Anda mungkin akan diminta untuk menerangkan mengenai kelemahan diri anda. Kalau soalan yang ini, tak perlu lah jujur sampai lurus bendul. Ceritakan kelemahan anda dan selepas itu jadikan kelemahan itu sesuatu yang positif. Mungkin anda boleh menjawab, "Kelemahan saya ialah saya selalunya mengambil masa agak lama untuk menyemak sesuatu perkara atau tugasan saya berulang kali. Tapi hasilnya ialah tugasan saya selalunya mendapat pujian dan bebas daripada sebarang kesilapan!"


Dah amalkan semua tips di atas tapi masih belum berjaya dalam temuduga?

Tak mengapa, itu masih belum ada rezeki namanya. Sesuatu yang baik itu memang selalunya datang sedikit lambat!




0 comments: