Berita gembira dari Zoo Negara : Harga tiket akan diturunkan!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Selain berita harga minyak turun, memang kita ternanti-nanti berita mengenai apa lagi harga barang yang akan turun. Memang penantian itu satu penyeksaaan kan. Nanti dan tunggu lah berapa lama pun, agak mustahil nak dengar harga barang akan turun.
Tapi semalam ada berita gembira dari Zoo Negara! Dari Zoo Negara?
Zoo Negara mengumumkan harga tiket akan diturunkan sehingga 27%, berkuatkuasa pada 1 Mac nanti. Harga tiket dewasa sekarang yang berharga RM55 (bagi pemegang MyKad) akan diturunkan kepada RM43, manakala tiket kanak-kanak (bagi pemegang MyKid) akan diturunkan kepada RM16 berbanding harga asal RM22.
Ini berita gembira buat ibu bapa yang bercadang nak bawa anak-anak melawat panda gergasi di Zoo Negara musim cuti sekolah nanti.
Credit : themalaymailonline.com |
Mungkin kah kehadiran panda gergasi, Liang Liang , Xing Xing dan anak panda yang lahir pada 18 Ogos lepas, telah memberikan keuntungan yang banyak kepada Zoo Negara sehingga mampu menurunkan harga tiket? Mungkin juga kan. Di sebalik kos tahunan penyelenggaraan pusat konservasi panda itu yang melibatkan jutaan ringgit, pulangan daripada peningkatan pengunjung ke zoo negara mungkin juga telah membolehkan harga tiket diturunkan.
Saya pun dah laaaaaaaam tak berkunjung ke Zoo Negara, mungkin kali terakhir masa sekolah rendah dulu! Zama sekolah kan selalu buat lawatan ke tempat-tempat yang ada perkataan negara macam Zoo Negara, Muzium Negara, Tugu Negara dan Pusat Sains Negara. Mesti dah banyak bezanya Zoo Negara dahulu dan sekarang.
Jom kita ke Zoo Negara!
0 comments: