Perak dan Kelantan alami cuaca sejuk seperti di London bulan Februari ini....

Monday, February 01, 2016 Ana 2 Comments




*** Terkini 01 Feb 2016 : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) nafi suhu sejuk mencecah 20 darjah Celsius. Untuk berita penuh klik di sini. ***

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cuaca sejuk seperti di London diramal akan berlaku di sekitar Perak dan Kelantan pada bulan ini. Cuaca sejuk ini adalah susulan angin sejuk di kawasan kutub utara yang terkumpul terlalu lama mengakibatkan laluan luruan angin yang diramal sampai ke utara Semenanjung Malaysia seperti kawasan pedalaman Perak dan Kelantan yang berlatitud tinggi.

Apa itu laluan luruan angin? Harap maaf, saya pun kurang pasti, sila tanya en google. Saya memang susah sikit nak faham istilah geografi ini, Memang saya kurang minat geografi sejak dari zaman sekolah lagi hehhehe.

cuaca sejuk di Perak dan Kelantan sepanjang Februari, tapi takdelah sampai turun salji!
Teringin nak rasa musim sejuk macam ini,,,,

Suhu dikatakan akan turun sehingga 20 darjah Celsius sepanjang Februari ini. Paling rendah suhu pernah dicapai ialah 17 darjah Celsius di Kuala Krai pada tahun 2014. Seronoknya dapat rasa cuaca sejuk di waktu kebanyakan tempat di negara kita ini mengalami cuaca panas akibat El-Nino. Cuaca panas sekarang ini memang lain macam rasanya. Sangat panas dan membahang.

Dan untuk tambah kan 'kepanasan' itu, aircond di bilik tidur saya pun 'mengambil keputusan' untuk rosak! Time cuaca panas-panas macam ini lah pula aircond nak rosak kan. Masa mula-mula on aircond, nampak ok (walaupun anginnya tak berapa nak sejuk). Tak lama lepas itu, lampu power akan terpadam (tapi angin masa boleh rasa keluar dari aircond), dan lampu timer nya akan berkelip-kelip. Setiap kali berkelip, lampu timer aircond ini akan berkelip-kelip 3 kali secara berterusan. Lepas tanya en google, ada banyak punca yang sebabkan lampu timer aircond berkelip-kelip, memang biasa rupanya masalah ini dan kalau nak cepat masalah selesai, memang kena call orang untuk betul kan jawabnya.


Nak kata kan gas habis, tak pasti juga sebab saya sangat-sangat jarang pasang aircond. Sesekali nak merasa sejuk tidur malam pasang aircond, tak kesampaian pula hajat bila aircond tak sejuk.

Harap-harap dapat selesai masalah aircond tak sejuk ini bila repairman datang esok.

Kalau tidak, mungkin sudah tiba masanya saya bercuti di London kawasan pedalaman Perak atau Kelantan!



Lazada Malaysia

2 comments:

  1. Mungkin untuk kawasan altitude tinggi yang hampir dengan Banjaran Titiwangsa. Tapi untuk pekan-pekan rasanya tak terasa. Tambahan METs pun dah nafikan suhu akan turun drastik, malahan dijangka naik 1 kw 2 darjah. Kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ada orang yg post di FB gambar Banjaran Titiwangsa berkabus tebal dan lebih sejuk drpd biasa. Di sekitar Lembah Klang pun sejak kelmarin agak mendung dan tak panas terik mcm selalu.

      Delete