Penting sangat ke tambah followers Instagram?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Cerita apa hari ini ya? Kita cerita mengenai followers di Instagram hari ni.
Saya baru saja lepas buat 'kemaskini' akaun Instagram blog ini. Tak banyak pun followers IG blog ini, setakat 100+ saja.
Akaun IG pun nak kena kemaskini ke?
Sesiapa yang ada akaun Instagram pasti tahu kan 'peraturan' nya bila kita ada follower baru yang follow IG kita. 'Peraturan' yang tak rasmi nya ialah sebagai cara berbudi bahasa, kita sepatutnya follow akaun IG orang itu pula. Jadi macam tolong menolong. Follower itu naikkan angka followers kita dan kita naikkan angka followers si follower tadi (pening banyak sangat follow follow?)
Cara nak naikkan followers Instagram memang ramai yang dah sedia maklum kan. Salah satunya ialah cari akaun yang ada banyak followers macam selebriti , tak kira selebriti artis, ahli sukan, orang politik dan lain-lain lagi. Contohnya katakan kita search Instagram Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris tu yang dah ada 587,000 followers (pada waktu entry ini ditulis). Kita pun follow lah satu-persatu followers Datuk Terlajak Laris tu. InsyaAllah mereka yang kita follow ini akan follow kita balik.
Akaun Instagram blog ini saya kemaskini sebab ada beberapa orang yang pada mulanya follow akaun Instgram blog ini. Saya pun dengan rela hatinya akan follow akaun Instagram mereka. Tetapi beberapa hari lepas itu mereka akan unfollow akaun saya. Kenapa ya?
Mungkin antara sebabnya:
1. Tak menarik kot akaun Instagram blog saya untuk di follow. Memang di akaun Instagram blog ini, saya ada letakkan gambar-gambar yang kebanyakannya samada gambar pemandangan menarik atau kata-kata motivasi. Err...tapi kalau tak menarik, kenapa follow akaun Instagram saya in the first place?
Dan ada juga akaun IG ni yang follow saya, lepas tu saya follow pula akaun IG nya. Dua hari lepas itu orang ini unfollow saya. Saya pun buat benda yang sama lah kan, unfollow akaun tadi (aplikasi yang boleh guna untuk kesan follow unfollow pun dah banyak sekarang ni, antaranya Crowdfire). Apa yang 'menarik' esok nya, akaun yang sama akan follow saya semula! Memang fikir banyak kali lah saya nak follow balik kan!
2. Untuk beri laluan untuk mem follow akaun IG yang lain. Saya pun baru tahu info ini (saya pun tak mahir sangat guna IG) setelah di google, rupanya ada limit untuk follow setakat 7,500 akaun saja. Jadi mungkin followers IG blog saya ini dah follow 7,500 akaun IG dan tiba-tiba rasa nak follow lagi akaun-akaun IG yang lain untuk tambah followers nya, jadi saya dijadikan mangsa unfollow nya...
Memang tak dinafikan tambah followers Instagram yang ramai adalah suatu perkara yang penting terutama untuk peniaga-peniaga online di Instagram promosikan produk mereka. Tapi, dalam ke'terujaan' nak tambah followers Instagram janganlah dilupakan adab interaksi di alam maya ini.
Kalau anda peniaga online di Instagram yang ingin tambah followers serta tingkatkan jualan, dapatkan tips-tips hebat (seperti tips penting yang anda perlu tahu sebelum mula menjual di Instagram dan bagaimana cara nak tambah 3,000+ followers dalam masa 5 hari!) yang dikongsikan dalam ebook 'Instagram Kaboom' hari ini juga! Mulakan langkah pertama untuk lariskan jualan anda dengan klik di sini!
Jadi, untuk elakkan rasa tak best, sakit hati dan sebagainya, kalau boleh elakkan lah niat nak unfollow lepas IG kita difollow balik. Tak baik ya buat macam itu!
0 comments: