Cerita saya dan pengemis...
Membaca mengenai laporan khas Utusan Malaysia berkenaan semakin ramai pengemis di seluruh negara mengingatkan saya kepada pengalaman saya sendiri berhadapan dengan pengemis yang ada pelbagai cara untuk mengemis.
1. Pengemis asing ini ialah seorang wanita bersama dengan anak perempuannya. Semasa pandu balik dari kenduri pada waktu tengahari dan telah matikan enjin kereta, wanita dan anaknya ini terus sahaja datang ke depan pintu rumah sebelum saya sempat menutup pintu. Memang wanita ini tidak membawa sebarang barang jualan dan memang semata-mata datang untuk meminta wang. Saya hanya berikan beberapa keping wang kertas yang ada pada masa itu.
Ingatkan dah selesai di situ. Petangnya sekali lagi saya kebetulan baru juga balik daripada kedai, wanita yang sama datang ke rumah saya! Salah ke kalau saya katakan "Err...tadi kan saya dah bagi derma?"
Takkan miskin orang yang bersedekah. Betul tu. Tapi tak kan datang 2-3 kali ke rumah yang sama dalam satu hari? Ketahui rahsia sedekah di sini!
Credit : utusan.com.my |
2. Suatu hari selepas selesai solat di Masjid Hasanah di Bangi, saya dan emak yang berada dalam kereta dihampiri oleh seorang lelaki tua warga asing sambil tersenyum. Saya ingatkan pakcik itu juga baru selesai solat di masjid itu dan tengah menuju ke keretanya, saya pun senyum juga lah pada pakcik itu hehehe. Sekali pakcik itu datang dekat dengan kereta saya menghulurkan beberapa keping kertas yang berlaminate yang tertulis doa-doa harian dan surah-surah pendek. Saya pun ambil satu dan hulurkan derma ikhlas sekeping duit RM5.
Habis di situ? Tidak! Pakcik itu kata kertas yang tertulis doa berukuran 10cm x 5cm itu berharga RM20. Kalau tak bagi RM20, dia akan ambil semula kertas itu. Macam ini pun ada juga ya!
3. Sekali lagi insiden bersama pengemis yang berlaku di depan rumah saya. Juga seorang wanita. Saya memang dah perasan akan wanita ini semasa saya sedang menutup pintu kereta dan hendak masuk ke dalam rumah. Saya nampak dia berjalan terus saja dan tidak berhenti di depan rumah saya. Tiba-tiba ketika saya hendak menutup pintu gril rumah, wanita ini terpacak di depan pagar rumah saya dan melambai-lamba memanggil "Adik, sini kejap dik. Sini lah kejap. Adik jangan takut dik, akak bukan nak buat apa-apa!"
Mendengar wanita itu cakap begitu lagi lah saya takut nak keluar! Terus saya kata saya ada hal kat dalam rumah dan tutup rapat pintu gril!
4. Insiden yang keempat ini lagi 'best'. Kali ini bukan pengemis, tapi seorang pakcik yang menjual keropok (yang belum digoreng). Saya dan emak sedang makan di dalam sebuah restoran dan ketika sedang makan nampak pakcik ini sedang berjalan dari meja ke meja menjual keropoknya kepada pelanggan restoran yang ada. Emak saya memang dah siap pesan tak perlu lah beli keropok sebab kat rumah banyak lagi keropok pemberian jiran dan rakan yang belum digoreng. Emak saya pesan beri sedekah ikhlas saja lah.
Apabila pakcik ini tiba di meja kami itu lah yang saya cakap kan kepada pakcik itu, iaitu kami ada banyak keropok di rumah yang belum digoreng. Belum sempat saya nak hulur derma ikhlas , saya telah terlebih dahulu diberi ceramah oleh pakcik itu.
"Kenapa simpan banyak-banyak keropok di rumah, Orang beri bukan untuk simpan, tapi untuk makan. Dah tahu tak sempat nak goreng berilah pada orang lain. Ini membazir saja simpan di rumah, Rezeki Tuhan bagi untuk kongsi dengan orang lain , bukan simpan untuk diri sendiri saja!". Lepas itu pakcik itu pun berlalu pergi.
Err..memang agak segan saya dan emak pada waktu itu sebab pakcik itu suara nya kuat memang satu restoran itu boleh dengar 'pengumuman' pakcik itu. Ya, memang ada betul nya cakap pakcik itu, tapi tak perlu kot nak cakap kuat-kuat macam itu.
Rasanya ramai yang dah baca mengenai kisah kucing yang viral di Internet kan, Ada sebabnya, mengapa ketika kita tengah makan di kedai, kucing datang pada kita dan tidak pergi pada orang lain. Memang telah tertulis rezeki kucing itu ada pada kita kan.
Rezeki kita memang telah tertulis. Disebabkan rezeki telah tertulis, kita tak perlu 'cari' rezeki, tapi kita hanya perlu 'jemput' rezeki, betul? Ketahui rahsia rezeki di sini....
Sama juga lah dengan pengemis-pengemis yang saya jumpa ini, mungkin rezeki mereka ada pada saya!
0 comments: