Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi!
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Siapa pernah naik belon udara panas?
Credit : myballoonfiesta.com |
Kalau sebut pasal belon udara panas mesti ramai yang terbayangkan belon panas di Cappadocia, Turki kan. Saya pertama kali tengok pemandangan menakjubkan langit yang dihiasai belon-belon udara panas yang pelbagai warna pun melalui filem ini lah. Tapi kini tak perlu nak pergi jauh sampai ke Cappadocia. Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya kali ke-8 kini kembali lagi ke Putrajaya pada 11 hingga 13 Mac 2016 ini.
Bersesuaian dengan cuti persekolahan pertengahan semester satu yang bermula dari 12 Mac 2016 hingga 20 Mac 2016, fiesta ini boleh dijadikan salah satu aktiviti riadah bersama anak-anak semasa cuti sekolah.
Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2016 ini disertai oleh 17 individu atau balloonist yang akan menaikkan belon-belon udara panas ini di langit Putrajaya. Belon-belon ini akan dinaikkan 2 kali dalam sehari iatu setiap jam 7 pagi dan jam 6 petang. Kalau nak lihat belon-belon udara ini dari jauh pun boleh nampak, tapi untuk lebih puas hati, pengunjung perlu mendapatkan tiket untuk melihat dengan lebih dekat di kawasan yang dikhaskan iaitu kawasan Blue Zone. Bayaran juga akan dikenakan untuk pengunjung yang ingin melihat secara lebih dekat belon-belon udara panas ini (masuk ke dalam bakul di belon itu) dan juga menikmati pengalaman menaiki belon panas secara tethered atau terikat (tidak dilepaskan tinggi ke awan).
Credit : myballoonfiesta.com |
Dengan cuaca yang panas terik di negara kita sekarang ini, mungkin lebih ramai yang akan memilih untuk melihat belon-belon ini dinaikkan pada waktu malam (aktiviti night glow). Memang waktu malam dengan lampu-lampu di belon ini dinyalakan nampak lebih cantik rasanya (tengok gambar pun nampak sangat cantik!) dan lebih selesa bawa anak-anak.
Di fiesta belon udara panas ini juga disediakan aktiviti-aktiviti lain (bayaran dikenakan) seperti Cold Inflation (berjalan selama 3 minit di dalam belon udara yang 'dikembungkan' , Paintball, Bumper Orbing, Hamster Roll dan pertunjukan Paramotor.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya ini seperti lokasi fiesta, cara nak ke sana, aktiviti-aktiviti sepanjang 4 hari fiesta berlangsung, cara dapatkan tiket dan bayaran yang dikenakan, gambar-gambar menarik belon udara panas yang akan sertai fiesta ini serta lain-lain lagi, boleh layari laman web rasmi di sini: http://myballoonfiesta.com/
Pada tahun-tahun yang lepas dilaporkan tiket fiesta belon udara panas Putrajaya ini habis dijual dalam masa yang singkat, jadi bagi yang berminat, segera lah dapatkan tiket anda sebelum kehabisan.
0 comments: