Mampukah kita jadi sehebat Masterchef Junior?

Tuesday, February 09, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Seronok lah bagi yang ada kampung, musim cuti perayaan macam ini boleh beramai-ramai balik ke kampung halaman. Atau bagi yang ada bajet lebih, boleh lah melancong ke mana-mana destinasi dalam atau luar negara sempena cuti Tahun Baru Cina ini kan.

Bagi saya yang tiada kampung ini, memang duduk di rumah saja lah nampaknya (bagus juga sebenarnya, tak perlu nak pening-pening terperangkap dalam kesesakan balik kampung). Nak travel bercuti, memang tiada dalam list saya untuk tahun ini. Maklumlah, lepas ambil keputusan berhenti kerja, memang saya 'ketat' kan sikit poket dan elak kan 'kebocoran wang' untuk perkara yang kurang penting (walaupun kadang-kadang itu ter bocor juga!)

Petang tadi sempat menonton Masterchef Junior US Season 3 yang disiarkan di saluran Star World Astro.  Sekarang ini dah Season 4 kalau tak silap. Kagum betul tengok kanak-kanak berumur bawah 12 tahun ini memasak. Memang hebat masakan mereka ini! Saya yang menonton ini bukan setakat tak tahu nak masak masakan mereka itu, tapi bahan-bahan yang mereka gunakan untuk memasak pun saya tak pernah dengar hahhaha!

Dalam episod yang saya tonton tadi, peserta yang paling muda, Riley yang berumur 8 tahun dan berasal dari Texas tersingkir bersama dengan seorang lagi rakannya Ryan Kate. Dengan saiz badan yang kecil dan rendah, memang comel saja tengok Riley ini memasak. Kadang-kadang itu disebabkan Riley agak rendah, peserta lain akan menbantu Riley membuka peti cabaran misteri, sebab nak buka sendiri tak sampai!. Masakan Riley pernah terpilih antara 3 masakan terbaik dalam cabaran peti misteri. Umur 8 tahun dah pandai masak menu yang hebat-hebat ala menu restoran di hotel mewah. Memang hebat!

masterchef junior us season 3
masterchef junior us season 3 riley

Peserta-peserta cilik ini memang sangat minat memasak dan hampir keseluruhannya mempunyai cita-cita untuk membuka restoran mereka sendiri. Ada yang telah pun mempunyai bisnes biskut sendiri!

Bukan calang-calang orang terpilih untuk sertai rancangan Masterchef Junior ini. Selain cabaran menyiapkan makanan dalam masa yang terhad, cabaran lain pastinya ialah cabaran untuk menerima kekalahan dan tersingkir daripada persaingan.

masterchef junior us season 3 riley tersingkir
masterchef junior us season 3 riley tersingkir

Memang memberi motivasi betul menonton rancangan ini. Bukan motivasi nak memasak, tapi motivasi tiada yang mustahil untuk berjaya jika kita betul-betul minat dengan apa yang kita lakukan.

Kalau kanak-kanak sekecil 8 tahun boleh buktikan, mengapa tidak kita?

Mampukah kita jadi sehebat Masterchef Junior?






0 comments: