Anda pencinta kucing?

Saturday, February 13, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Siapa di sini pencinta kucing?

Saya ialah seorang yang penakut kucing dan tak berani nak pegang kucing hehehe... tak tahu lah kenapa. Kalau setakat kucing datang gesel-gesel kat kaki masa tengah makan di kedai itu saya ok lagi, tapi kalau suruh pegang atau belai-belai kucing memang tak pandai.

Pernah satu hari saya kononnya nak tolong alihkan kucing yang duduk di tengah jalan, hingga sebabkan kereta lain tak boleh nak lalu. Kebetulan saya tengah melintas jalan masa itu. Nak pegang dan angkat kucing itu memang tak mungkin lah saya akan buat, jadi saya buatlah apa yang saya rasa macam betul. Saya cucuk-cucuk perut kucing itu dengan jari dengan harapan kucing itu akan bergerak dari situ!

Memang nampak benar tak reti nak belai kucing kan. Kucing itu memang sah lah tak akan bergerak. Mesti kucing itu pun rasa pelik "Apa lah orang ni cucuk-cucuk perut aku". Akhir sekali saya angkat tangan give up pada pemandu kereta itu, dan dia sendiri yang turun dari kereta untuk alihkan kucing itu.

Bagi pencinta kucing, apa saja mengenai kucing mesti akan menarik minat mereka kan. Memang ramai pencinta kucing, kalau tidak takkan segmen Meow Si Kucing di rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O ada ramai peminatnya dan bertahan sampai sekarang.

Johan And His Cats Studio yang terletak di Setia Alam, Shah Alam ialah yang pertama kali saya dengar diwujudkan di Malaysia (dan di dunia) bertujuan untuk beri peluang pencinta kucing bermain dan bermesra dan bermain-main dengan 25 jenis baka kucing kepunyaan Johan. Menarik kan idea ni? Daripada sekadar hobi memelihara kucing akhirnya jadi sumber tambah pendapatan. Jika dilihat pada gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram, memang studio kucing ini nampak luas dan selesa, ditambah dengan idea kreatif Johan dalam menghias studio dengan pelbagai peralatan yang sesuai untuk permainan kucing-kucingnya. Memang berbaloi dengan bayaran yang dikenakan kepada pengunjung untuk masuk ke studio ini.

johan and his cats studio
Sumber : Blog JohanAndHisCats


Sumber : Blog JohanAndHisCats


Yang terbaru saya baca ialah Pawfect Inn Cat Hotel and Cafe yang terletak di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, juga menggunakan konsep yang sama dengan Johan and His Cats. Pawfect Inn ini baru sahaja dibuka pada 13 Jan 2016 yang lepas. Yang menariknya, ada beberapa tambahan kemudahan di sediakan di Pawfect Inn Cat Hotel and Cafe iaitu tempat menjaga kucing (jika tuanpunya kucing outstation atau balik kampung) dan juga cafe dengan pelbagai menu menarik (di sini tiada menu berasaskan kucing ya!). Memang kreatif pemilknya. Guna idea yang sedia ada kemudian tambah baik dengan sediakan kemudahan tambahan. Daripada gambar yang dikongsikan di IG Pawfect Inn, ruang atau 'bilik' yang disediakan bagi setiap kucing nampak sangat selesa dan bersih. Harga bagi setiap 'bilik' kucing adalah berbeza-beza dan berpatutan mengikut berapa ekor kucing dalam satu bilik.

khas untuk pencinta kucing
Sumber : Instagram Pawfect Inn


pawfect inn cat hotel
Sumber : Instagram Pawfect Inn


Apa pula ya selepas ini? Mungkin kah akan ada pula tempat tinggal setaraf hotel untuk haiwan-haiwan peliharaan yang lain?

Samada Johan And His Cats Studio mahupun Pawfect Inn Cat Hotel and Cafe, kedua-duanya adalah usaha yang menarik dan kreatif. Untuk pencinta kucing, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat tarikan khas yang terbaru untuk pencinta kucing, Pawfect Inn Cat Hotel and Cafe ini. di samping teruskan sokongan untuk Johan And His Cats Studio.

#pencintakucing
#sayapenakutkucing



0 comments: