1.5 juta pekerja Bangladesh tak jadi masuk Malaysia?

Friday, February 19, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Ada tak sesiapa yang pening dengan kenyataan demi kenyataan berkaitan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini?
1.5 juta pekerja bangladesh


12 Februari 2016
"Kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh bukannya kehendak kerajaan tetapi dibuat atas permintaan industri bagi sektor yang dibenarkan persatuan dan dewan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi" - Astroawani.com


18 Februari 2016
"Bangladesh dan Malaysia hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun" - Astroawani.com


19 Februari 2016
"1.5 juta pekerja Bangladesh bukan untuk Malaysia sahaja - Menteri Sumber Manusia , Datuk Seri Richard Riot " - Astroawani.com


19 Februari 2016
"Pengambilan pekerja asing ditangguhkan berkuatkuasa serta merta - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi"

"Tambahnya, penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja asing sebagaimana yang diperlukan industri"

- Astroawani.com



Pening tak dengan kenyataan demi kenyataan di atas?

Mulanya dikatakan 1.5 juta pekerja itu adalah atas permintaan industri. Jadi yang saya faham di sini ialah industri berkaitan telah buat permintaan berapa jumlah pekerja asing yang diperlukan, dan 1.5 juta ialah angka yang telah dipersetujui sebagai jumpah pekerja asing yang diperlukan.

Jadi berdasarkan jumlah 1.5 juta yang telah dipersetujui itu, MoU ditandatangani dengan Bangladesh.

Sekali tiba-tiba ada pula kenyataan lain yang kata 1.5 juta pekerja Bangladesh itu bukan untuk Malaysia saja?

Dan lagi terkejut ialah dengan tiba-tiba pula kata pengambilan pekerja asing ditangguhkan serta merta? Ditangguhkan sehingga "kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja asing sebagaimana yang diperlukan industri"

Eh, bukan sebelum itu dah dipersetujui ke jumlah pekerja asing yang diperlukan oleh industri ialah 1.5 juta? Dan sebab dah setuju dengan jumlah 1.5 juta itu, maka MoU ditandatangani kan?

Tandatangan MoU dulu lepas itu baru nak kaji keperluan sebenar tenaga kerja asing yang diperlukan?


Pening!






0 comments: