Reunion sekolah : Nak pergi ke tidak?

Sunday, February 07, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Saya dapat jemputan ke majlis reunion sekolah menengah baru-baru ini, melalui invitation di FB. Dah bertahun-tahun rupa-rupanya saya tinggalkan sekolah menengah!



Tengah berfikir-fikir nak pergi ke tidak>reunion ini? Rasa macam seronok dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan lama. Tapi pada masa yang sama, rasa segan pun ada sebab dah lama tak jumpa. Dah lost contact. Sekadar tahu perkembangan terkini kawan-kawan di FB sahaja, Walaupun sekolah menengah saya adalah sekolah perempuan sahaja, saya rasa mesti saya tersipu-sipu bila berjumpa semula. Agak-agaknya kawan-kawan lama ini kenal lagi ke saya ini agaknya?

Soalan-soalan (soalan wajib!) yang dijangkakan akan ditanya masa reunion nanti rasa-rasanya macam ini:

Awak kerja kat mana sekarang?
Awak dah kahwin ke?
Anak berapa orang?
Suami kerja di mana?
Sekarang tinggal kat mana?

Lebih seronok rasanya kalau masa reunion kita sembang cerita-cerita zaman sekolah dulu. Cerita kita kena denda dengan cikgu, cerita kita 'denda' cikgu (hehehe, kami buli satu-satunya cikgu lelaki di sekolah masa itu!), cerita kita buli cikgu pelatih, cerita kita dengan nakalnya main-main kan cikgu masa April Fool (ok, yang ini memang tak baik, saya terpaksa ikut plan kawan-kawan, tiada pilihan lain!), cerita kita berlatih untuk pertandingan choral speaking, cerita kita minat orang itu minat orang ini (walaupun sekolah saya tiada pelajar lelaki, tapi ada juga minat-minat ini. Jangan salah sangka, bukan minat sesama perempuan ya! Minat senior / junior sebagai kakak angkat /adik angkat saja!), cerita hari sukan sekolah (masa itu hari sukan sekolah saya dibuat di Stadium Merdeka, sebab pdang sekolah kami kecil saja), dan macam-macam lagi cerita yang mebih seronok daripada menjawab soalan-soalan cepumas di atas kan.

Baru saja sekejap ini baca FB ada lagi update terkini mengenai reunion sekolah saya ini.

Nak pergi ke tidak...nak pergi ke tidak?

:)


0 comments: