Tambah pendapatan dengan hobi menaip dan menulis!

Sunday, February 07, 2016 Ana 2 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

hobi sebagai cara tambah pendapatan


Best kan dapat jadikan hobi kita sebagai kerjaya kita? Kita buat hobi yang memang kita minat dan pada masa yang sama dengan hobi itu kita dapat jana pendapatan. Memang InsyaAllah kita tak rasa stress atau bosan buat kerja @ hobi kita itu.

Apa hobi anda?

Hobi saya menaip. Ada ke orang hobi menaip? Hehehehe...Eh ada tau, saya jumpa banyak di Internet yang mana ramai individu ceritakan hobi mereka adalah menaip! Saya minat menaip sampai kan masa saya kecil dulu, (masa itu masih di sekolah rendah kalau saya tak silap), hadiah hari jadi yang saya minta ialah mesin taip @typewriter! Saya masih simpan lagi typewrite itu tapi di almari paling atas sekali dalam bilik. Nanti bila sempat menyelongkar, saya share kan gambar typewriter antik itu ya!

Tapi kan, walaupun saya suka menaip, saya tidak lah begitu hebat dan cekap dalam menaip. Dan saya memang tercari-cari apakah yang saya boleh lakukan dengan hobi menaip ini. Masa bekerja dulu sebagai programmer dulu, memang ada melibatkan taip-menaip ini, tapi taip coding program la, dalam language Assembler atau Cobol. Tapi itu tak berapa nak best, sebab saya suka menaip laju-laju. Tak sesuai lah saya nak menaip coding laju-laju sebab buat coding banyak nak kena fikir logik bagai.

Akhirnya saya jumpa cara nak manfaatkan hobi menaip saya ini. Dengan sebab hobi menaip ini lah saya pun mulakan blog ini. Walaupun blog ini dah bertahun-tahun, tapi saya hanya dapat serius dan aktif mengupdate blog lepas saya berhenti kerja, iaitu sejak 7 bulan yang lepas. Selain menulis blog, saya gunakan juga hobi menaip ini dengan menulis novel. Heheheh berangan nak jadi penulis novel, tapi novel nya tak siap-siap. Setiap kali dah siap , ada saja cerita nak ditambah lagi. Setakat ini baru 40,000 lebih patah perkataan yang tertulis dalam novel saya itu.

Jadi, dapat kah saya jadikan hobi menaip saya ini sebagai sumber pendapatan saya? Oh, jauh lagi perjalanan saya ke arah itu, Masih merangkak. InsyaAllah, harapnya saya kuat untuk berjalan dan berlatih pula lepas ini dengan hobi menaip saya itu!

Baca juga:
Ada ke orang nak baca blog awak?

Kalau anda pun ada minat macam saya, mungkin anda pun boleh cuba jadikan minat sebagai sumber pendapatan. Daripada hobi menaip kepada hobi menulis novel. Bukan senang nak menulis novel ini rupanya, kadang-kadang keluar idea ayat merapu dan kadang-kadang tiada idea langsung nak tulis apa.

Salah satu e-book rujukan yang terbaik untuk penulisan ialah ebook saudara Aqif Azizan bertajuk 'Rahsia Penulis'. Saya dah beli e-book ini dan bab yang paling saya suka ialah Bab 8 iaitu bab yang menyenaraikan 37 Cara Untuk Mendapatkan Idea Penulisan. Memang best tips yang dikongsikan, sangat berguna di saat-sata kekeringan idea menulis!. Anda juga boleh cuba tips-tips ini, klik di sini untuk dapatkan e-book 'Rahsia Penulis' hari ni!

Alang-alang anda dah minat menaip dan menulis novel, kan best dapat jana pendapatan pada masa yang sama.

Selamat menaip dan menulis mencuba!



2 comments:

  1. Saya mempunyai hobi yang sama. Menulis. Namun, kadang kala kita malu dengan tulisan sendiri, apabila kita bandingkan dengan penulis lain. Dari segi gaya, penyampaian dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sebenarnya, menulis itu sebagai satu cabang ilmu yang tiada penghujung. Sentiasa menjadikan seorang penulis itu sebagai seorang pelajar. Sebagai pelajar, seharusnya tiada perasaan malu untuk belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menulis pada awalnya susah juga, tapi bila dah jadi kebiasaan lama-lama jadi seronok :) Selalunya saya tulis cerita berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman orang terdekat atau isu semasa. Kalau tak berapa nak pandai tentang suatu perkara itu, memang saya tak tulis. Memang akan rasa bezanya kalau tulis dari jiwa dan tulis yang direka-reka..

      Delete