KWSP umumkan kadar dividen 6.4% bagi tahun 2015
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Sebagaimana yang dilaporkan sebelum Tahun Baru Cina yang lepas, KWSP dijangka akan mengumumkan kadar dividen yang 'berpatutan' untuk tahun 2015.
Penantian para pencarum KWSP akan pengumuman yang dinanti-nantikan itu berakhir hari ini. Hari ini, KWSP telah mengumumkan kadar dividen 6.4% , dengan jumlah bayaran dividen keseluruhan sebanyak 38.24 billion bagi tahun 2015.
Berikut ialah infografik dari Astroawani.com yang menunjukkan bayaran dividen KWSP daripada tahun 2000 hingga 2015.
Credit : Astroawani.com |
Selain pergi ke kaunter dan pejabat KWSP, bagi pencarum yang ada i-akaun, boleh lah login ke i-akaun atau kunjungi kiosk KWSP di lokasi-lokasi ini (klik sini) untuk menyemak jumlah dividen yang diterima dan baki caruman yang terkini.
Gembira melihat baki caruman anda setelah ditambah dengan dividen? |
Walaupun kadar dividen yang diumumkan kurang 0.35% berbanding tahun sebelumnya, bagi mereka yang dah lama mencarum dan tak pernah sekali pun keluarkan wang caruman KWSP, pasti masih boleh tersenyum lebar dengan baki terkini caruman mereka!
Baca juga:
Dividen Tabung Haji 'memberansangkan', dividen KWSP 'berpatutan'...
0 comments: