Jalan ditutup di KL sempena LTDL 2016, Ahad (28 Feb 2016) ini...

Saturday, February 27, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup sempena perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi (LTDL) 2016 pada hari Ahad 28 Februari ini.

jalan di kuala lumpur ditutup sempena ltdl

Perlumbaan Peringkat 5 : Tapah - Kuala Lumpur dengan jarak 148.8 km dan berakhir di Dataran Merdeka itu akan melibatkan penutupan jalan di Pasar Borong Selayang, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka.

jalan di kuala lumpur tutup sempena ltdl 2016


Jalan-jalan akan ditutup bermula jam 1.30 petang sehingga jam 3 petang dan penutupan dilakukan secara berperingkat.

Bagi anda yang ada perancangan untuk melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan ini, dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif dan sentiasa mengikuti maklumat terkini trafik dari ITIS .

Kalau ada rancangan nak bawa anak-anak tengok pelumba-pelumba basikal ini beraksi pun menarik juga. Saya pernah secara tak sengaja saksikan sendiri perlumbaan LTDL ini suatu masa dahulu (berbelas-belas tahun yang lepas rasanya!). Masa itu saya dan rakan-rakan seuniversiti terlibat dengan projek kemasyarakatan di salah sebuah kampung di Selangor (di Kuala Kubu Bharu kot kalau tak silap). Tengah bergotong-royong membersihkan longkang tepi jalan raya kampung itu, tiba-tiba datang beratus-ratus pelumba basikal betul-betul tengah berlumba di depan mata saya. Memang terkagum kejap masa tu sebab tak pernah seumur hidup terfikir nak saksikan LTDL secara live.

Selamat berhujung minggu!




0 comments: