Tutup jalan raya untuk program lumba halal mat motor
Assalamualaikum & salam sejahtera....
"Kerajaan akan berbincang untuk mewujudkan program khas membolehkan penunggang motosikal tegar atau 'mat motor' berlumba secara sah di jalan raya sekitar ibu kota"
"Mungkin kita boleh ambil sehari atau dua hari dalam seminggu dan kita buat macam program KL Bebas Kereta, tetapi ini untuk motorsikal sahaja di mana mereka boleh berlumba pada waktu siang atau malam"
Sumber: -AstroAwani.com-
Credit : Astroawani.com |
Penunggang motorsikal tegar @ mat motor itu sama tak dengan mat rempit?
Semasa saya masih bekerja pejabat dulu, saya pernah berhadapan dengan mat motor semasa saya dalam perjalanan ke pejabat. Kerja bidang IT sememangnya waktu kerja tak tentu. Bila ada projek hendak di implement, semua proses hanya boleh dibuat pada awal pagi untuk elak gangguan sistem kepada pengguna. Awal pagi di sini maksudnya pukul 1 atau 2, atau kadang-kadang pukul 3 atau 4 pagi ya.
Bila memandu seorang diri ke pejabat jam 12 tengah malam, selain daripada terbayang-bayang cerita seram yang pernah saya tonton, saya kadang-kadang risau juga kalau-kalau perasan ada kereta atau motorsikal yang ikut belakang kereta saya. Suatu hari pernah juga lah di simpang 4 berhadapan shopping complex Ampang Park, hanya kereta saya seorang yang berhenti di lampu merah. Memang tiada langsung kereta lain masa itu. Masa itu jam dah pukul 1 pagi. Tak sampai seminit saya di simpang itu, tiba-tiba di kiri, kanan, depan dan belakang kereta saya ada berderet-deret mat-mat motor dengan motorsikal masing-masing. Memang bingit dengan bunyi motor masa itu.
Seriau juga masa itu, tapi saya buat-buat cool, buat-buat tak pandang mereka, saya pandang depan je konon fokus kat lampu isyarat, walaupun dari sudut mata saya perasan mat-mat motor di depan dan kiri kanan kereta saya pandang-pandang dan bunyi-bunyikan hon. Bila lampu bertukar hijau memang lega rasanya bila semua mat-mat motor itu terus memecut dan berlumba antara satu sama lain!
Ok, berbalik kepada cadangan nak tutup jalan raya untuk buat program lumba halal mat motor.
Mungkin satu cadangan yang baik dengan niat untuk mendekati golongan mat motor yang suka berlumba di jalan raya ini. Siapa tahu, dengan perancangan dan pendekatan yang betul, program lumba halal ini dapat melahirkan lebih ramai pelumba motor yang berkualiti untuk bersaing di landasan yang betul.
Atau mungkin juga cadangan ini perlu kan kajian yang lebih terperinci sebelum sebarang keputusan untuk adakan program lumba halal ini dibuat. Mengapa lumba haram sangat diminati? Sebab habuan bagi pemenangnya ialah wang pertaruhan yang tinggi atau wanita cantik? Sebab rasa puas dapat tunjuk skill berlumba, wheely, wekang dan superman? Sebab dapat lari daripada segala bebanan masalah keluarga?
Dapatkah program lumba halal ini menawarkan rasa puas hati yang sama seperti lumba haram? (bunyi ayat macam saya sokong lumba haram pula kan!)
Mungkin jika ada jawatankuasa yang ditugaskan untuk mengkaji perlaksanaan lumba halal ini, ada baiknya jika salah seorang ahli jawatakuasanya ialah seorang bekas pelumba haram.
Ok tak?
0 comments: