KL Car Free Morning, jom berbasikal keliling KL!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
KL Car Free Morning 2016 atau Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan setiap Ahad pertama dan ketiga setiap bulan kini semakin mendapat sambutan di kalangan warga kota. Tidak terhad kepada aktiviti berbasikal, warga kota juga berpeluang untuk berjalan kaki, berjogging, bermain papan luncur dan kasut roda sekitar Kuala Lumpur ketika aktiviti pagi bebas kenderaan ini berlangsung. Aktiiti ini adalah percuma dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia.
Tiada kenderaan akan dibenarkan melalui jalan-jalan yang terlibat dengan aktiviti KL Car Free Morning ini bermula daripada jam 7 pagi sehingga jam 9 pagi. Orang ramai yang ingin menyertai aktiviti ini akan berkumpul di hadapan HQ DBKL di Jalan Raja Laut mulai jam 6 pagi. Antara jalan-jalan yang akan dilalui oleh peserta aktiviti KL Car Free Morning ini ialah Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee dan Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman.
Bagi warga kota yang telah terlepas aktiviti KL Car Free Morning pada Ahad, 7 Feb yang lalu, jangan ketinggalan untuk Ahad ketiga yang akan datang.
Bagus juga aktiviti sebegini diadakan 2 kali dalam sebulan. Sekurang-kurangnya dapat dijadikan aktiviti riadah yang sihat bersama keluarga atau rakan-rakan di hujung minggu, Bukan selalu dapat berbasikal @ jalan kaki @ berjogging di tengah-tengah jalan raya di Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dengan kesesakan lalu lintas. Masa aktiviti ini lah kita dapat benar-benar menghayati suasana dalam bandar. Selama ini kalau memandu kita hanya fokus ke destinasi saja kan. Lebih-lebih lagi kalau jalan tengah sesak dan kita pun dah terlewat, memang tak minat lah nak tengok kiri kanan, yang penting nak cepat sampai saja. Bila berbasikal @ jalan kaki @ jogging, baru lah kita perasan, "Eh, ada bangunan xyz kat Jalan Dang Wangi ini rupanya", atau "Eh, ada kedai xyz depan Sogo ini rupanya".
Untuk lebih maklumat lebih lanjut (seperti kat mana nak park kereta untuk sertai aktiviti ini, kena bawa basikal sendiri atau ada basikal disediakan, ada tak disediakan basikal yang boleh disewa pada pagi tersebut, aktiviti-aktiviti lain yang disediakan) dan terkini, boleh lah layari laman http://www.klcarfreemorning.com/ atau FB Car Free Morning.
Selamat berbasikal!
0 comments: