Iklan Petronas Rubber Boy : The greatest blessing has always been by your side...
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Siapa suka tengok iklan Petronas sempena Tahun Baru Cina bertajuk 'Rubber Boy' ?
Pada pendapat saya, macam dah lama Petronas tak keluarkan iklan musim perayaan yang bermakna dan menyentuh perasaan (atau mungkin saya seorang yang tak tersentuh perasaan? hehehe) macam iklan Rubber Boy ini. Dah lama semenjak peninggalan arwah Yasmin Ahmad yang iklan-iklan Petronas musim perayaan arahannya melekat dalam ingatan orang ramai.
Permulaan iklan Rubber Boy yang menunjukkan Ah Hock (dilakonkan oleh adik Low Zheng Yang) ditampar oleh ibunya adalah sesuatu yang menarik membuatkan penonton terus menonton untuk tahu cerita sebenar Ah Hock ditampar.
Saya paling suka babak Ah Hock dan ibunya bertengkar selepas Ah Hock balik dari sekolah itu. Babak ini sangat real! Saya rasa macam saya adalah Ah Hock (tiba-tiba pula kan!). Maksud saya, watak Ah Hock itu berjaya menyampaikan rasa memberontak dan tidak puas hati yang terpendam dalam diri Ah Hock. Ah Hock tidak puas hati hidup miskin , terpaksa ke sekolah naik motor buruk ibunya, tak dapat pakaian dan mainan sempena Tahun Baru Cina dan digelar Rubber Boy oleh kawan-kawan sekolahnya kerana ibunya penoreh getah. Sampaikan Ah Hock suruh ibunya kerja lebih kuat supaya mereka tak hidup miskin lagi. Memang kelas lakonan adik yang pegang watak Ah Hock itu!
Tapi lepas Ah Hock sendiri saksikan betapa ibunya bekerja keras menoreh getah untuk mencari rezeki, baru lah Ah Hock sedar kesilapannya.
Mesej yang ingin disampaikan dalam iklan Rubber Boy ini adalah supaya kita sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang ada.
#RubberBoy
#greatestblessing
#thegreatestblessinghasalwaysbeenbyyourside
0 comments: