5 bintang untuk filem Ola Bola

Saturday, February 13, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

5 bintang untuk filem Ola Bola.

Saya tak pernah tonton filem di panggung yang mana cerita nya sangat menarik sampai buat saya nak tonton filem itu sekali lagi. Lagi dan lagi.

Dibarisi para pelakon yang seorang pun saya tak kenal (mungkin sebab saya jarang tonton filem / drama), kecuali pelakon karismatik Bront Palare dan kemunculan cameo Datuk Rahim Razali, saya tak letak jangkaan yang tinggi bila diajak untuk tonton filem ini  malam tadi.

Ya lah, dengan tajuk Ola Bola, dah sah-sah cerita pasal bola kan. Jadi apa yang menarik dengan filem Ola Bola ini?

Best sangat kah filem Ola Bola ini sampai dapat RM8 juta dalam masa 2 minggu?

Filem Ola Bola bukan sekadar mengenai bola. Filem ini lebih daripada itu.

Filem Ola Bola bermula dengan keadaan kucar kacir dalam pasukan bolasepak kebangsaan tahun 1970an. Kekalahan demi kekalahan dialami oleh pasukan negara.

filem ola bola memang best


Pemain besar kepala, tak ikut arahan coach.

Pemain tak ada semangat berpasukan, semua pentingkan diri sendiri.

Pemain tak boleh nak terima perubahan, terkongkong dengan cara latihan lama yang tak berkesan.

Dan akhirnya, semua masalah ini dapat diatasi dengan satu matlamat. Matlamat berjuang demi mempertahankan maruah negara Malaysia.

Sangat menyentuh emosi melihat semangat juang dalam diri pemain bolasepak yang ditunjukkan dalam filem berlatarkan persiapan ke Sukan Olimpik tahun 1980 ini.



filem ola bola memang best
Tak pernah se semangat ini bila dengar lagu Inilah Barisan Kita!


Jika sebelum ini bila mendengar lagu Inilah Barisan Kita dinyanyikan, tiada rasa yang benar-benar terasa dalam hati. Tapi bila mendengar lagu yang sama dinyanyikan oleh pemain dalam filem Ola Bola ini, semangat juang untuk tanahair itu sangat mencengkam di hati.

"Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama"

"Biarpun aku hanya satu skru yang kecil, aku nak jadi skru kecil yang bermakna"

Dialog yang ringkas tapi sangat 'deep'. Mendalam maknanya.

Tiada satu saat pun yang membosankan dalam filem Ola Bola ini. 30 minit yang terakhir adalah 30 minit yang sangat mendebarkan. Semangat jadi  berkobar-kobar.

Paling tak sangka bila saya boleh bergenang air mata tengok cerita pasal bola. Sempat lah lap airmata dengan hujung tudung hehehe. Saya pasti bukan saya seorang saya yang bergenang air mata dalam panggung itu.

Masih ada kah pemain yang secekal Muthu, anak peraih kelapa, se komited Keong @ Tauke, kapten pasukan yang tegas namun kadangkala panas baran, segigih Ali yang berlatih bola siang dan malam? Tak lupa juga Harry Mountain, coach yang bijak dengan strategi walaupun sukar diterima oleh pemain pada awalnya.

Saat genting ketika menentang pasukan Korea dalam pusingan kelayakan ke Olimpik, adalah kemuncak kepada filem Ola Bola ini.

Berlatih bagai nak rak hingga tinggal satu langkah saja lagi untuk ke Olimpik, masih boleh bayangkan betapa kecewanya perasaan Ali apabila salah seorang pemain Korea menegurnya ketika perlawanan genting itu;

"Why are u playing so hard? Malaysia already boycott the Olympics"

Dan saat yang paling membanggakan ialah bila melihat pemain kebangsaan melangkah megah bersebelahan pasukan Korea walaupun para pemain telah tahu yang walaupun mereka menang, mereka tetap tidak akan ke Moscow untuk sukan Olimpik. (**Malaysia dan 67 negara lain telah memboikot suka  Olimpik 1980 sebagai protes kepada pencerobohon ke atas Afghanistan oleh Rusia**)

Tahniah untuk watak -watak penting seperti Keong, Ali, Muthu, Eric, Abu, Sarjeet,Coach Harry dan Chai. Tidak lupa juga buat watak Rahman si pengulas sukan yang dilakonkan oleh Bront Palare. Watak ini sangat hidup dengan teriakan Gol! Gol! Gol! Gol! Gol!  Gol! Gol! nya dan berjaya membawa penonton sama-sama bersorak, risau, gembira, sedih dan bangga dengan pemain-pemain negara.

watak keong dalam ola bola

watak rahman dalam ola bola


Filem Ola Bola telah mengembalikan keyakinan yang bukan mustahil untuk Malaysia melangkah ke Olimpik sekali lagi.

Filem Ola Bola menyedarkan jika maruah negara menjadi perkara nombor satu dalam diri pemain (dan bukannya gaji bulanan yang ribu-ribu atau hidup mewah dan glamour sebagai pemain bolasepak yang mengalahkan artis!) , maka impian ke Olimpik bukannya tinggal angan-angan semata-mata.

Filem yang sangat wajib tonton untuk pemain bolasepak negara kita!

Filem Ola Bola untuk semua. Semua rakyat Malaysia. Semua peminat bolasepak tanahair. Yakin suatu hari nanti bolasepak Malaysia akan melangkah ke Olimpik.



Sebaik saja tamat filem, panggung bergema dengan tepukan penonton. Dan barisan pelakon-pelakon yang saya tak kenal itulah yang berjaya hidupkan watak mereka sehingga tinggalkan kesan yang mendalam di hati penonton.

Kembalikan Keyakinan.

You will believe again.

#olabola
#olabolathemovie
#youwillbelieveagain
#kembalinyakeyakinan


*saya sempat snap beberapa gambar di atas semasa menonton di panggung. Tapi pada awalnya saja, sebab semakin hampir ke penghujung memang tak sempat nak snap apa-apa, saya 'tenggelam' bersama-sama dengan semangat berkobar-kobar pemain ke Olimpik!*







0 comments: