Perlu kah buat pinjaman bank untuk mulakan bisnes?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Petang tadi saya terbaca di FB kata-kata di bawah daripada Puan Ainon Mohd. Beliau merupakan seorang usahawan dan penulis (rujuk profil beliau di sini dan di sini) serta merupakan pengasas syarikat PTS Media Group dan ABS (Ainon Business School).
Secara automatik saya terus teringat kepada dua sahabat saya yang sedang menghadapi sedikit masalah dengan perniagaan yang baru mereka mulakan. Secara kebetulan kedua-duanya mengusahakan bisnes yang mempunyai kedai fizikal, iaitu seorang mengusahaka kedai makan @ restoran dan seorang lagi mengusahakan kedai minuman. Satu baru dibuka pada awal September 2015 dan satu lagi memulakan bisnes pada awal bulan Oktober 2015.
Pada peringkat awal saya mendengar cerita plan bisnes mereka, saya akui yang saya agak 'takut' bila
setiap 'angka' yang disebut adalah melibatkan ribu-ribu saja. Contohnya untuk sahabat saya yang saya namakan sebagai A, sewa kedai makan sebulan adalah RM8,000. gaji pekerja seorang RM1,200 dan pinjaman dengan badan-badan tertentu sebagai modal permulaan ialah RM200,000. Itu belum termasuk wang yang dipinjam dengan ahli keluarga sementara menunggu pinjaman ratusan ribu ini diluluskan. Memang gerun saya dengar cerita ribu-ribu ini. Tapi bila melihatkan sahabat ini sangat yakin, optimis dan teruja hendak memulakan perniagaan dan telah pun menghantar surat letak jawatannya, saya hanya mampu memberi semangat dan sokong dari belakang.Tapi jauh di sudut hati saya tidak berapa setuju bila memulakan perniagaan dengan meminjam sejumlah besar modal. Tambahan pula ini adalah kali pertama sahabat ini memulakan perniagaan. Pengalaman masih kurang.
Kisah yang lebih kurang sama juga untuk sahabat yang saya namakan sebagai B. Bezanya, sewa kedai minuman B sedikit murah berbanding A dan B hanya perlu menggajikan 2 orang pekerja saja untuk kedai kecilnya itu. Sebelum ini B pernah mengusahakan perniagaan kedai dobi dan kedai runcit namun menghadapi masalah dan telah ditutup. Akhirnya B nekad berhenti kerja dan memulakan bisnes kedai minuman ini. Untuk bisnes kali ini, B meminjam daripada suami dan ibunya sebagai modal permulaan dan bayaran permulaan sewa kedai.
Apa yang berlaku kepada 2 sahabat saya ini?
A yang berkongsi modal dengan seorang kenalan nya menghadapi masalah setelah 9 bulan kedai makannya beroperasi. Kurang kerjasama dan komitmen menyebabkan kelancaran perniagaan sedikit terganggu, Masalah yang kecil ini kemudiannya melarat pula kepada masalah pusingan modal bila kurangnya pelanggan pada bulan puasa yang lalu. Akhirnya, sayang sekali, A dan rakan kongsinya telah mengambil keputusan untuk menutup perniagaan kedai makan ini pada awal bulan Ogos. Nasib masih menyebelahi A bila mana mendapat tender untuk berniaga di sebuah kafe di sebuah pusat pengajian tinggi. Saya agak lega mendengar berita ini kerana sekurang-kurangnya kafe masih lagi dalam skop yang kecil dan terkawal berbanding mengusahakan kedai makan atau sebuah restoran. Semoga A dapat bertahan.
Apa pula yang berlaku kepada B?
Sedikit kesilapan B ialah terlalu bergantung kepada pekerja-pekerjanya untuk menguruskan kedai minumannya, B jarang sekali berada di kedai nya untuk memantau apa yang berlaku. Kesannya, pekerja hanya melakukan kerja separuh hati dan kualiti minuman yang disediakan tidak memuaskan hati pelanggan. Keuntungan semakin lama semakin merosot sehingga tidak mampu lagi membayar sewa dan akhirnya kedai terpaksa ditutup. B sehingga kini masih lagi mencari-cari peluang pernigaan yang benar-benar sesuai untuk dirinya.
Jadi, seperti yang dikatakan Puan Ainon, berniaga bukan bererti berkedai. Berniaga haruslah dengan apa yang ada. Tujuan berniaga pun hendak menambahkan pendapatan dan simpanan, bukannya menghabiskan simpanan kan. Ukur baju di badan sendiri. Jika dicongak-congak dan dapati kita memang tak mampu untuk membayar pinjaman bank secara bulanan, maka jangan mulakan bisnes dengan pinjaman bank. Meminjam dengan ahli keluarga dan sahabat masih boleh dikira selamat (melainkan mereka ini juga mengenakan 'bunga' atas pinjaman kita itu!).
Telah ada banyak contoh berniaga atas talian atau berniaga online yang mampu menjana keuntungan lumayan. Hasil keuntungan dari berniaga online dapat pula digunakan untuk sewa kedai fizikal dan akhirnya miliki kedai sendiri. Jadi pemikiran nak berniaga mesti ada modal besar dan mesti ada kedai mungkin tidak boleh dipakai lagi sekarang ini,
Mula kan bisnes anda dengan apa yang anda ada....
Hello, semua orang, sila, saya cepat ingin menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi pinjaman kredit yang benar-benar mengubah hidup saya kemiskinan dengan seorang wanita kaya dan kini saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kewangan kesukaran,
ReplyDeleteSelepas berbulan-bulan cuba untuk mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu sebanyak 400 juta saya menjadi begitu terdesak dalam mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian adalah legit dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kita bercakap mengenainya dan kesimpulan kami memberitahukan kepadanya tentang seorang wanita yang bernama Puan Theresa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Theresa Loan.Company
Saya memohon untuk jumlah pinjaman (800 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, jadi pinjaman yang diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dibuat pada pindahan kredit, disebabkan oleh hakikat bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen daripada mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang daripada dua jam wang pinjaman itu telah didepositkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah jenaka sehingga saya menerima panggilan daripada bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 800 juta. Saya amat gembira kerana akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan pesanan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberikan keinginan hati saya.
Terima kasih kepada Puan Theresa untuk membuat adil hidup saya, jadi saya cadangkan sesiapa yang berminat dalam mendapatkan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui e-mel Theresaloancompany@gmail.com untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi terima kasih banyak untuk masa yang anda luangkan untuk membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam kehidupan anda.
Saya menamakan martini, anda boleh hubungi saya untuk lebih banyak rujukan melalui e-mel saya: martinimarais1986@gmail.com atau fatma melalui feyzilfatma@gmail.com. terima kasih
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete