Tugas lipat kain kini jadi lebih mudah!

Tuesday, May 31, 2016 Ana 1 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Dah dengar atau baca mengenai mesin lipat kain yang dikeluarkan oleh Foldimate? Saya percaya ini adalah mesin yang diidam-idamkan oleh ramai orang, terutamanya suri rumah dengan anak yang ramai.

Melipat kain adalah antara kerja-kerja rumah yang kurang digemari oleh kebanyakan orang. Tak tahu kenapa, mungkin kerana leceh hendak melipat satu demi satu kain yang telah dibasuh. Ditambah pula dengan pelbagai saiz dan jenis kain yang hendak dilipat dengan cara tertentu. Tambahan pula lagi bila kain-kain tersebut bila dijemur di ampaian telah diterbalikkan terlebih dahulu (bahagian dalam ke luar dan sebaliknya) untuk elak bahagian luar cepat pudar dek panas matahari. Jadi bila nak melipat akan ada satu kerja tambahan iaitu perlu terbalik kan dahulu bahagian dalam ke luar. Atau ada ke orang yang tak kisah bahagian dalam atau luar dan terus lipat sahaja kain itu?

Kalau melihat pada video demo cara mesin lipat kain ini berfungsi (klik di sini), nampak mudah saja caranya. Mesin lipat kain ini boleh melipat kebanyakan jenis kain kecuali kain yang besar seperti cadar atau yang kecil seperti baju bayi atau pakaian d*alam. Selain melipat kain, mesin ini juga menawarkan pilihan untuk stim pakaian bagi mengurangkan kedutan serta fungsi kapsul seperti mewangi, melembut dan sanitasi pakaian.


mesin lipat kain foldimate
Sumber : foldimate.com

cara mesin lipat kain foldimate berfungsi
Sumber : foldimate.com

mesin lipat kain foldimate boleh kurangkan kedutan pada kain
Sumber : foldimate.com


Tempoh keseluruhan masa untuk proses melipat kain ini adalah dalam lebih kurang 45 saat (jika termasuk proses stim) untuk setiap satu item. Eh, lambatnya nak lipat satu kain. Mungkin kita boleh lipat lebih pantas daripada itu kan, Tapi kalau kain yang hendak dilipat ada dalam 3 bakul, mungkin kita tidak akan berfikir panjang lagi dan serahkan semua tugas melipat kain pada mesin ini!

Bagi pengusaha dobi pula, mesin melipat kain ini mungkin juga boleh membantu sedikit sebanyak dalam urusan melipat kain di kedai dobi. Mungkin juga boleh tawarkan satu lagi servis berbayar bagi mereka yang tiada kain yang hendak dicuci tetapi hanya mahu kan servis lipat kain sahaja, Sekarang pun telah ada syarikat yang menawarkan servis lipat kain ini bagi orang ramai yang tiada masa untuk melipat kain. Adakah dengan ada nya mesin lipat kain ini akan menggugat bisnes servis lipat kain yang sedia ada? Saya rasa tidak. Mungkin akan ada juga individu yang lebih selesa pakaiannya dilipat oleh 'orang sebenar' berbanding mesin. Ini disebabkan mereka mahukan pakaian dilipat dengan cara tertentu (mesin lipat kain mungkin agak terhad cara lipatannya) dan juga faktor kos upah melipat kain yang mana mungkin lebih mahal apabila melibatkan mesin yang menggunakan tenaga elektrik.

Tapi kan, bagi saya lah, walau malas atau sibuk macam mana sekali pun, tak pernah pula saya terlintas nak hantar kain ke kedai untuk dilipat. Beli mesin lipat kain? Mungkin tidak, kot!

Apa-apa pun ini adalah satu rekaan yang kreatif dan inovatif. Peluang dan idea bisnes yang tercipta daripada masalah orang lain.

Bagi yang berminat, boleh lah layari foldimate,com.



1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete