Al-Fatihah buat mangsa helikopter hilang di Sebuyau

Friday, May 06, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Innalillahi wainna ilahi rajiun...





Al-Fatihah dan takziah buat semua mangsa yang terlibat dengan nahas helikopter membawa 6 orang termasuk juruterbangnya yang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching semalam. Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan. Pesawat yang berlepas dari Betong pada jam 4:12 petang semalam dan dijadualkan tiba di Kuching sekitar jam 5 petang itu terputus hubungan dengan menara kawalan DCA selepas 20 minit berlepas.

Mangsa pertama yang dijumpai di Sungai Lupar petang tadi telah disahkan ialah Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Turut berada dalam helikopter berkenaan ialah suami Datuk Noriah, Asmuni Abdullah, anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun serta juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Insiden yang berlaku semalam (05/05/16) ini membuatkan saya teringat kembali kepada nahas helikopter di Kampung Pasir Baru, Semenyih yang berlaku kira-kira setahun sebulan yang lalu , yang mengorbankan ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada tahun lepas (04/04/15).

Semoga segala usaha mencari mangsa yang masih lagi hilang akan dipermudahkan. InsyaAllah.


**Al-Fatihah dan takziah juga buat PU Zaid yang telah kembali ke rahmatullah semalam. Terbayang-bayang lagi persembahan PU Zaid ketika sampaikan takzirah Oh My Solat di final Pencetus Ummah yang lalu...**



0 comments: