Piala Thomas 2016: Harapan Malaysia ke final tidak kesampaian
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Malaysia 2 - Denmark 3
Kecewa? Sebagai rakyat Malaysia tipu lah kalau tak ada rasa kecewa Malaysia kalah kepada Denmark di pusingan separuh akhir badminton Piala Thomas yang baru sahaja berakhir sebentar tadi (12 tengah malam tadi).
Saya sempat tengok perseorangan pertama Datuk Lee Chong Wei menentang pemain Denmark, Viktor Axelsen yang berlangsung tak sampai 50 minit. Tengok cara permainan Chong Wei memang tak banyak yang perlu dirisaukan sebab dah banyak pengalaman berbanding lawannya yang masih muda berusia 22 tahun itu. Tapi ada juga lah saat-saat yang merisaukan bila pemain Denmark mendahului beberapa mata. Chong Wei memberikan mata pertama buat negara bila menang straight set 23-31, 21-18.
Selepas Chong Wei saya hanya sambung balik tonton siaran langsung pada pukul 9 malam jadi tak sempat nak jadi saksi kemenangan perlawanan beregu pertama Goh V Shem-Tan Wee Keong dengan straight set 21-18, 21-18. Sebelum mula tengok game perseorangan kedua, Iskandar Zulkarnain, dah nampak Malaysia mendahului 2-0, hati dah gembira sebab rasa-rasa macam Iskandar boleh dapatkan mata ke-3 untuk negara. Tapi apa kan daya, Iskandar tewas di tangan pemain Denmark Vittinghus dengan straight set 18-21, 18-21. Apa-apa pun yang penting nampak lah ada usaha Iskandar berjuang sehingga mata penamat.
Iskandar Zulkarnain yang telah berusaha sehingga mata penamat |
Beregu kedua dengan aksi yang sangat meyakinkan di set pertama |
Datuk Lee Chong Wei pun nampak confident dengan game Koo Kean Keat-Tan Boon Keong di set pertama |
Apa lah agaknya yang nak dibisikkan oleh pemain Denmark tu? |
Beregu kedua kalah di set ketiga |
Perlawanan penentuan antara perseorangan ke-3 negara Chong Wei Feng menentang Holst dari Denmark memang memenatkan. Bukan hanya penat berdebar sebab game ini yang akan tentukan pasukan mana yang berjaya ke peringkat akhir. Tapi penat tengok corak permainan Chong Wei Feng. Mungkin boleh diterima Wei Feng berada dalam keadaan tertekan sebab ini adalah game penentuan. Tapi yang tak boleh diterima bila banyak benar unforced error seperti pukulan yang tersangkut di jaring, pukulan tak lepas ke gelanggang lawan, pukulan keluar court dan kesalahan-kesalahan kecil yang dengan mudahnya bagi mata pada lawan. Sayang sangat, sebab Chong Wei Feng ini ada juga tunjukkan skil dan taktik yang boleh kelirukan lawan, tapi semua itu 'ditenggelamkan' oleh kesilapan-kesilapan yang boleh dielakkan. Akhirnya kalah dengan 15-21, 18-21. Cakap memang lah senang kan, cuba letakkan diri kita kat tempat Chong Wei Feng itu :p
Berdebar + penat tengok Chong Wei Feng di game penentuan |
Chong Wei berlalu pergi selepas Chong Wei Feng kalah di tangan Holst |
Pada final yang akan diadakan Ahad nanti, Denmark akan bertemu Indonesia yang telah pun menewaskan Korea pada separuh akhir pertama petang tadi. Melihatkan corak permainan pantas Indonesia dalam perlawanan menentang Korea tadi, Indonesia yang dibarisi pemain muda seperti Anthony Ginting yang baru berusia 19 tahun, mungkin ada kelebihan berbanding Denmark.
Baca juga :
Piala Thomas, Misbun dan Denmark
Penantian untuk menjulang Piala Thomas sekali lagi selepas 24 tahun berlalu, kini masih kekal menjadi suatu penantian yang panjang....
Tak rasa nak tonton pun final Piala Thomas Ahad ni. Kecewa masih belum hilang!
0 comments: