Cerita sabar di restoran mamak...

Monday, May 23, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini nak cerita mengenai kedai mamak @ restoran mamak. Siapa tak suka lepak di restoran mamak kan. Sambil lepak-lepak minum teh tarik dan roti canai sekeping, duduknya berjam-jam dengan kawan-kawan sebab tengok siaran langsung di tv! Mungkin juga bulan Ramadhan yang tak lama lagi menjelang, kedai mamak akan terus meriah sebagai tempat untuk berbuka puasa dan tempat lepak selepas solat terawih. Selain faktor kebanyakan restoran mamak yang beroperasi 24 jam sehari dan kebanyakannya menyediakan kemudahan wifi percuma, memang biasanya restoran mamak yang jadi pilihan untuk melepak bersama kawan atau keluarga sebab suasana nya yang santai dan relaks.

Kalau anda perasan, di kedai mamak selalunya pekerja-pekerja tak menang tangan nak layan pelanggan. Seorang pekerja biasanya akan ambil pesanan daripada beberapa pelanggan sekaligus. Memang jarang dapat lihat pekerja restoran mamak duduk rehat-rehat tunggu pelanggan (kecuali lah waktu itu restoran baru saja dibuka). Saya pernah makan di restoran mamak yang baru beberapa hari dibuka. Memang keadaannya kelam kabut mungkin sebab pekerja-pekerjanya belum biasa lagi dengan keadaan pelanggan yang ramai. Paling teruk pun pekerja-pekerja ini akan buat tak tahu saja dengan pelanggan yang panggil-panggil mereka untuk pesan makanan. Atau buat-buat tak nampak pelanggan yang melambai-lambai panggil mereka. Tapi, saya ada pengalaman yang tidak best di sebuah restoran mamak.

cerita sedih di restoran mamak
Sumber : kuali.com


Restoran tersebut baru beberapa hari dibuka di sebuah kawasan yang memang jadi tumpuan ramai. Melihatkan ramai yang menjamu selera di situ, saya dan emak pun teringinlah nak mencuba sedap sangatkah roti canai dan teh tariknya. Berhampiran restoran tersebut pada setiap hari Sabtu memang ada pasar tani, jadi memang ramai orang pada pagi tersebut. Saya dan emak 'berjaya' mendapat tempat duduk kosong yang berhadapan dengan pekerja yang sedang sediakan minuman, jadi tempat tersebut bukanlah tersorok pun hingga pekerja restoran tersebut tidak nampak akan kami yang menunggu untuk buat pesanan.

Setelah tunggu hampir 15 minit dan dah penat lambai sana sini untuk buat pesanan, akhirnya ada seorang pekerja yang agak berusia tapi tidaklah tua sangat pun datang membersihkan meja dj sebelah kami (lama juga kami tumggu sampai orang sebelah pun dah habis makan). Emak saya pun memanggil pekerja tersebut dan bertanya 'Tak ambil order kah?'

Jawapan pekerja tersebut 'sangat best'. Nak tahu apa jawapannya?

"Sabar lah. Tak boleh sabar kah??"

Siap dengan riak muka tak puas hatinya pada kami. Orang di kiri kanan meja kami pun dengar jawapan pekerja tersebut dan dah pandang-pandang kami.

Saya pandang emak saya. Emak saya pandang saya. Saya terus ajak emak saya bangun dan keluar dari restoran itu!

Mungkin saya dan emak tak cukup sabar dan tak cukup lama tunggu sebelum buat pesanan.

Mungkin masa menunggu untuk buat pesanan di restoran itu ialah sekurang-kurangnya 1 jam. Kalau baru tunggu 15 minit jangan sibuk nak buat pesanan. Tunggu dulu.

Mungkin pekerja itu stress ramai sangat orang sampai dia tak terlayan.

Mungkin pekerja itu ada masalah peribadi atau baru lepas kena marah dengan boss. Jadi mood nya kurang baik. Yang jadi 'mangsa' mood kurang baiknya ialah saya dan emak.

Mungkin, mungkin dan mungkin. Mungkin juga pekerja itu terlupa yang budi bahasa budaya kita. Atau mungkin juga bukan budaya beliau.

Dah lama juga 'peristiwa' ini berlaku sebenarnya. Teringat balik bila saya lalu di depan restoran itu pagi tadi. Tapi sampai sekarang memang akan teringat balik setiap kali lalu depan restoran itu. 'Trauma' dituduh tak boleh sabar. Tak apa, saya anggap saja tak ada rezeki makan roti canai di restoran mamak itu.




0 comments: