Drama Akadku Yang Terakhir : Adakah Rania akad terakhir Irham Zahari?

Wednesday, May 11, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dah lama juga saya tak menulis mengenai drama. Last sekali tulis pasal drama 'Aku Bukan Bimbo'. Lepas tu drama 'Suami Tanpa Cinta' macam tak best sangat (pandangan peribadi saya) dan agak jauh bezanya dengan drama 'Tuan Anas Mikael' walaupun kedua-dua drama adalah adaptasi novel daripada penulis yang sama.

Drama yang tengah saya ikuti sekarang ialah 'Akadku Yang Terakhir' lakonan Amar Baharin dan Tiz Zaqyah. Drama 43 episod arahan Amie Maziah ini adalah adaptasi novel 'Akadku Yang Terakhir' karya Acik Lana. Tebal juga novel ini dengan 957 muka surat. Saya tak ikuti dari episod pertama pun, baru saja mula tengok sejak minggu lepas. Jalan ceritanya menarik. Tak pernah lagi saya tengok drama cerita pasal lelaki yang trauma terkesan dengan kisah silam pakciknya yang mempunyai isteri yang curang dan kemudian dihantar oleh ayahnya untuk ikuti sesi terapi sebab nak pulih daripada sikapnya yang berkahwin dan bercerai sampai 3 kali. Adaptasi novel dengan jalan cerita yang berbeza daripada adaptasi-adaptasi novel sebelum ini. Tapi ada juga lah adegan klise seperti adegan cemburu, orang ketiga dan plot merampas hero dari heroin. Lama tak tengok drama lakonan Tiz dan lakonan Tiz sebagai pakar psikiatri Rania Baheera memang comel, gandingan yang baru bersama Amar Baharin sebagai Irham Zahari.

Pada asalnya heroin untuk drama ini ialah Mia Ahmad yang dikatakan menarik diri pada saat-saat akhir. Baca di sini.


drama akadku yang terakhir



Baca juga:
OST Akadku Yang Terakhir : Menang (Faizal Tahir)
Drama Akadku Yang Terakhir : Watak Irham Zahari yang psiko!


Drama 'Akadku Yang Terakhir' ditayangkan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang hingga 7 malam. Ulangan boleh ditonton setiap Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Kalau tak sempat juga boleh saksikan marathon drama 'Akadku Yang Terakhir' ini setiap Sabtu jam 1 petang hingga 6 petang.

Adakah Rania akan menjadi akad terakhir Irham Zahari? Atau Rania bakal menjadi isteri ke-4 yang akan diceraikan?

Selamat menonton!



0 comments: