Bisnes online dikenakan cukai?

Tuesday, May 17, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Kos sara hidup tinggi dan gaji yang rendah, Jalan keluar dari masalah ini ialah cari pendapatan sampingan. Pendapatan kedua untuk tampung perbelanjaan diri dan keluarga.

Contoh pendapatan sampingan? Ada yang jadi pemandu teksi part time, ada yang berniaga pisang goreng, ada yang letak meja kecil depan rumah, pacakkan payung dan jual air kacang soya dengan pau. Atau pun air kelapa muda yang sangat laku di musim panas. Bagi yang ada lebih sedikit ilmu berniaga di media sosial, maka berniaga secara online atau atas talian jadi pilihan. Tak perlu pacak payung dan tak perlu memandu seharian cari penumpang teksi. Berniaga online tak perlu risau modal yang besar. Tak perlu sewa kedai untuk simpan stok. Ada telefon bimbit dan Internet dah cukup untuk mulakan bisnes online! Promosi tak perlu nak cetak banner atau iklan kan di media massa atau media cetak kerana jaringan media sosial yang luas seperti FB, IG, blog kebanyakannya percuma dan kumpulan sasaran lebih luas. Yang paling penting, bisnes online adalah fleksibel, boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

cadangan kenakan cukai kepada perniagaan atas talian

Bagi yang dah lama mulakan perniagaan online mungkin perniagaannya telah berkembang maju dan mungkin juga dah miliki kedai fizikal yang dibuka hasil keuntungan bisnes online. Dan bagi yang jalankan bisnes online secara part time, mungkin juga hasil pendapatan bisnes online nya melebihi gaji tetap yang diterima secara bulanan. Jadi, dah boleh tarik nafas lega dan tersenyum lebar (sikit) kerana sikit sebanyak dapat menampung kos sara hidup yang tinggi.


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan bercadang untuk mengenakan cukai kepada perniagaan atas talian tahun depanPenilaian dan kajian menyeluruh, bagi mengenakan cukai kepada mereka ini (peniaga atas talian) yang mendapat pendapatan yang boleh dicukai.“Jika tidak, ia akan merupakan kerugian pendapatan terhadap kerajaan. Bergerak ke hadapan, banyak perniagaan berpindah ke ekonomi digital, sebab itu pungutan cukai kita perlu cekap dan melihat ke bahagian ini bersesuaian dengan transformasi ekonomi" -sumber : Astroawani.com

Mengikut berita di atas, ada 'berita gembira' untuk mereka yang mengusahakan perniagaan online atau perniagaan atas talian ini. Jika hasil pendapatan perniagaan online anda adalah dalam lingkungan yang boleh dikenakan cukai (rujuk di sini siapa yang layak dikenakan cukai), maka anda 'berpeluang' untuk dikenakan cukai dan membayar cukai tahun depan! Memandangkan ramai yang telah beralih kepada perniagaan online sebagai peniaga full time mahu pun part time, dan banyak perniagaan online yang maju dan menjana keuntungan yang lumayan kebelakangan ini, maka perniagaan online yang sebegini layak dikenakan cukai.

Menarik kan berita ni? Boleh 'memberi semangat' dan menyebabkan lebih ramai individu 'berkobar-kobar' nak mulakan perniagaan online! Apa-apa pun, bagi semua peniaga atas talian, ini baru cadangan sahaja dan mungkin ramai (atau semua?) yang berharap ia akan terus kekal sebagai cadangan sahaja sampai bila-bila!

Update:
Perniagaan dalam talian oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpendapatan kurang daripada RM500,000 tidak akan dikenakan cukai 




0 comments: