Piala Thomas, Misbun dan Denmark..

Tuesday, May 24, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Pagi tadi saya ada membaca di akhbar berita mengenai Misbun Sidek di sebalik kejayaan Denmark menjuarai Piala Thomas, menewaskan Indonesia, Ahad yang lalu. Misbun dikatakan menyumbang kepada kemenangan Denmark kerana pemain-pemain Denmark dikatakan berguru dengan Misbun sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas. Banyak kali juga saya ulang baca kenyataan Jalani Sidek, seperti di bawah:

"Mereka berguru bersama Misbun selama dua minggu sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia lagi...memang sasaran mereka untuk menjulang Piala Thomas dan Sukan Olimpik. 
Sebenarnya sebelum saya dan pasukan negara menjulang Piala Thomas pada 1992, kami turut melakukan perkara yang sama yang mana pasukan negara berlatih dengan tiga jurulatih dari China, dan ketika itu memang sasaran kami adalah untuk menjulang Piala Thomas. Ini adalah persiapan yang dilakukan oleh Denmark, seharusnya kita pun begitu"
Sumber: Utusan Malaysia

Sumber : Kosmo.com.my

Rasa kecewa Malaysia kalah kepada Denmark di peringkat separuh akhir masih belum hilang. Bila baca berita di atas, macam-macam yang saya terlintas di fikiran.

"Kenapa Misbun bagi tunjuk ajar pada pemain Denmark?"

"Sebab tunjuk ajar Misbun itu ke  Malaysia kalah kepada Denmark?"

"Misbun tak patut bagi tunjuk ajar pada pemain Denmark!"

Tapi lepas difikir-fikirkan balik, mungkin soalan-soalan yang sepatutnya difikirkan ialah:

"Kenapa pemain-pemain Malaysia sendiri tidak berguru dengan Misbun??"

"Selepas 24 tahun menunggu dapatkan semula Piala Thomas, mustahil tiada sesiapa yang terfikir apa taktik atau formula kemenangan Malaysia 24 tahun yang lepas?? Tiada kah persiapan seperti mana yang dinyatakan oleh Jalani di atas?"

"Bersalah kah Misbun bagi tunjuk ajar pada pemain Denmark? Kalau ikutkan hati yang kecewa memang saya akan kata salah. Tapi kalau ikutkan rasional, tiada salahnya berkongsi ilmu!"

Sedikit ralat ialah yang rebut peluang untuk 'korek ilmu' itu bukanlah pemain-pemain Malaysia sendiri. Pastinya Misbun lebih berbesar hati untuk berkongsi ilmu dengan pemain-pemain negara sendiri.

Ironi juga situasinya.

Pengarah Teknikal Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia ialah Morten Frost yang berasal dari Denmark (yang pastinya lebih tahu mengenai pemain-pemain Denmark).

Pemain-pemain Denmark pula berguru dengan Misbun Sidek dari Malaysia!

Baca juga:
Piala Thomas 2016: Harapan Malaysia ke final tidak kesampaian


Yang lepas jangan dikenang. Kalau dikenang pun hanya untuk dijadikan pengajaran. Piala Thomas sudah pun jauh di mata. Bak kata Chong Wei, penantian Malaysia untuk menjuarai Piala Thomas dan menamatkan penantian 24 tahun itu masih jauh lagi perjalanannya....


0 comments: