Me'roti ' yang tak berapa nak menjadi!

Sunday, May 01, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Mengambil semangat sempena Hari Pekerja hari ini, saya tiba-tiba jadi rajn pula nak cuba buat roti. Kenapa roti? Entah lah, mungkin sebab buat roti tidak serumit buat kek. Betul ke?

Saya pernah hadiri demo buat kek dan roti sebelum saya membeli sebuah breadmaker yang ada multifungsi ini. Dengan breadmaker tersebut, selain buat roti, antara fungsinya ialah boleh juga digunakan untuk memanggang, buat kek dan menggril. Lepas balik dari demo memang semangat nak mencuba , jadi memang kerap lah buat roti, muffin, kek dan pizza mengikut sebiji macam resepi yang diberi semasa demo itu. Hari ini, saya guna resepi yang di google, sebab resepi lama itu dah hilang! Dan hasilnya memang tak berapa nak jadi :P. Kalau tengokkan pada resepi dan cara-cara yang ditunjukkan macam mudah je. Mungkin saya ada silap sukat atau silap cara di mana-mana bahagian resepi itu. Tak puas hati dengan kegagalan meroti, saya cuba lagi cari resepi yang mudah untuk diikuti dan terjumpa resepi roti manis di sini. Ok, resepi ini akan jadi tugasan meroti saya untuk minggu depan!

kena cuba lagi buat roti sampai berjaya
Percubaan meroti yang tak berjaya *jangan ketawakan saya*


Tak apa, sekali gagal buat roti bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Thomas Alva Edison pun berjaya cipta mentol pada percubaannya yang ke 1000 kan? Bayangkan kalau beliau berhenti pada percubaan yang ke 999? Mungkin kita semua tak kenal apa itu mentol dan macam mana rupanya kan? Mungkin saya kena cuba juga buat roti yang tersedap hingga percubaan kali yang ke 1000? Dan lepas itu buat bisnes roti yang berkembang hingga ke peringkat antarabangsa ? Ok, itu dah agak sedikit terlebih berangan namanya!

Selain sebab mengambil semangat Hari Pekerja, saya semangat nak buat roti (dan kek selepas ini) sebab saya dapati saya kerap juga beli roti yang dijual di bakeri. Sekali beli seketul/sekeping roti yang ada cheese@sosej@kacang merah pun kebanyakannya harga RM2 ke atas. Sekali beli tak kan beli untuk diri sendiri saja kan? Jadi sekali beli mungkin beli 2 atau 3 keping/ketul roti. Kalau pandai buat roti sendiri kan lebih menjimatkan?

Saya juga kadang-kadang rasa tak puas hati dengan kek cawan @cupcake yang dijual dengna harga yang pada saya agak terlampau (tapi beli juga sebab budak-budak suka cupcake yang comel dan ada gambar kartun itu), Dengan 4 biji kek cawan yang saya anggarkan saiznya besar sikit saja dari saiz duit syiling 50 sen yang lama dan tinggi nya tak seberapa, dah dikenakan harga leih daripada RM10. Saya yang kedekut atau memang standard harga macam itu untuk kek cawan jenis ini (macam dalam gambar di bawah)

cupcake yang comel tapi mahal
Memang mahal ke cupcake jenis ini?
kek chocolate lava yang sedap!
Kek favorite: Kek chocolate lava yang wajib saya
pesan kalau makan di Secret Recipe

Semoga semangat saya nak hasilkan roti dan kek yang terbaik dan tersedap tidak hanya tinggal semangat saja! (*nak kena cari balik resepi lama yang hilang itu nampaknya!*)

   

0 comments: