Salam Isra' dan Mikraj 1437H....

Thursday, May 05, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

27 Rejab 1437H
Salam Isra' & Mikraj

salam isra' dan mikraj
Sumber : FB Salam Muslim

Hari tercatatnya peristiwa agung junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW diisra'kan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan dimikrajkan naik hingga ke Sidratul Muntaha, menembusi 7 lapis langit bertemu Allah. Melalui peristiwa penting ini lah umat Islam telah difardukan dengan ibadah solat. Bukti menunjukkan kebesaran perintah solat apabila kefarduan solat ini disampaikan sendiri kepada Nabi Muhammad SAW tanpa melalui perantaraan malaikat seperti ibadah-ibadah yang lain.

Solat yang difardukan pada asalnya sebanyak 50 waktu dan Baginda Rasulullah SAW sanggup berulang alik memohon dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sahaja sehari semalam.

Rasulullah SAW bersabda: “(Selain daripada apa yang aku saksikan ketika aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardukan (atasku) dan atas umatku lima puluh solat, lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan solat itu yang sudah pun dikurangkan hingga tinggal lima saja); maka Allah berfirman yang bermaksud: “Solat fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti.” (Hadis riwayat Bukhari). - sumber : shafiqolbu.wordpress.com -

Subhanallah, bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 5 waktu tapi pahala ganjarannya masih bersamaan dengan 50 waktu. Apa lagi kah alasan untuk tidak mengerjakan solat? Tidak cukup menarikkah ganjaran pahala yang sebesar itu untuk hanya 5 waktu solat yang kita kerjakan? Tiada sedikit pun kah rasa kasih kita kepada Nabi Muhammad SAW yang berusaha memohon dikurangkan 50 waktu solat itu kerana tahu umat Baginda SAW tidak mampu mengerjakannya? Tiada sedikit pun kah rasa kasih kita kepada Baginda SAW yang sentiasa memikirkan tentang kita umat yang dikasihinya?

solat tiang agama
Sumber : Utusan Online




Di antara perkara yang ditunjukkan kepada Baginda SAW ketika peristiwa Isra' Mikraj ini ialah melihat orang yang memukul kepala dengan besi.

Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan solat, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.” - sumber : shafiqolbu.wordpress.com -
Solat itu tiang agama, solat lah perkara pertama yang akan disoal dan dihisab di hari akhirat kelak. Solat sebagai tanda kesyukuran kita di atas segala rahmat kurniaan Ilahi yang tidak terkira nikmatnya. Memang tidak mudah untuk menasihatkan orang yang meninggalkan solat untuk kembali mengerjakannya. Kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan semoga golongan yang meninggalkan solat ini diberikan petunjuk dan hidayah untuk kembali taat dan sujud kepada yang Maha Esa. Saya pernah terbaca satu kata-kata (maaf tak ingat dah kata-kata siapa), yang berbunyi lebih kurang begini:

Jika kita rasa malas nak solat, ingatlah Allah tak pernah rasa malas nak bangunkan kita dari tidur pagi tadi (kalau Allah tak kejutkan kita memang innalillahiwainnalillahirojiun lah jawabnya!)

Menarik bila tonton program Tanyalah Ustaz pagi tadi yang membincangkan tajuk 'Bukan Khayalan' berkaitan dengan peristiwa Isra' Mikraj. Ustaz cerita yang orang Perancis mengkaji peristiwa Isra' dan Mikraj ini. Hasil kajian tersebut, Perancis telah mencipta jet pejuang. Nama jet pejuang tersebut? Mirage, sempena peristiwa Mikraj!





Semoga kita semua terus istiqomah di jalan yang lurus!



0 comments: