Penyakit malu dan saya!

Saturday, October 31, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ni saya nak bercerita pasal 'penyakit malu'. (Macam nak cerita pasal diri sendiri je ni)


penyakit malu
Gaya selfie seorang yang pemalu. Selfie tepi tudung saja!
 Kenapa perlu ada perasaaan malu? Bagus atau tidak menjadi pemalu?

Malu itu perlu ada bagi seseorang individu. Jangan sampai jadi orang yang tak tahu malu.

"Malu itu adalah sebahagian daripada iman - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim"

Tapi yang menjadi masalah bila terlebih malu sehingga membantutkan perkembangan peribadi mahupun pergaulan dengan masyarakat. Saya nak kongsikan sifat malu yang pada pandangan saya ada baik dan buruknya kepada diri saya sendiri:


Malu 1 : Malu gagal dalam peperiksaan
- Saya sangat malu jika saya gagal dalam peperiksaan. Di sekolah menengah saya dahulu, setiap kali keluar keputusan peperiksaan utama seperti PMR, SPM atau STPM, semua pelajar yang akan mengambil keputusan akan berkumpul dalam dewan. Pelajar-pelajar lain juga selalunya ada sama di dalam dewan tersebut.

- Pengetua akan mengumumkan nama-nama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan pelajar-pelajar ini akan diminta naik ke atas pentas supaya pelajar lain dapat lihat siapakah yang dapat result yang hebat itu dan jadikan mereka ini sumber inspirasi.

- 2 jenis perasaan malu akan 'melanda' saya time-time macam ni:
a. malu tidak dapat keputusan cemerlang, dan tidak dipanggil naik pentas macam kawan-kawan yang lain. Malu sebab orang akan tahu result saya tak bagus sebab tu tak dipanggil naik pentas.
b. malu kalau dapat keputusan cemerlang, kena naik pentas dan berdiri mengadap orang yang ramai dalam dewan tu!

Akhir sekali apa yang saya buat ialah naik ke atas pentas bila nama dipanggil dan berdiri malu-malu kucing di tepi-tepi pentas supaya tak nervous sangat berdiri depan orang ramai!


Malu 2: Malu dianggap menipu
- Yang ini pada saya pelik sikit sangat dan menyusahkan diri saya sendiri.
- Contoh : Saya demam. Kepala memang dah terasa panas, dan kaki tangan dah seram sejuk. Saya pergi klinik dengan harapan dapat MC tapi saya malu kalau doctor kata suhu saya normal dan saya sebenarnya tak demam pun!
- Malu yang ini sangat menyusahkan diri saya sendiri sebab selalunya bila saya pergi klinik tu memang suhu badan dah terlebih tinggi.
- Sila jangan contohi malu yang tak bermanfaat ini,


Malu 3: Malu salah cakap
- Kerana malu jenis ke-3 ini lah saya sangat-sangat tak suka pergi mesyuarat di pejabat, Sebab saya selalunya malu nak suarakan pendapat saya time meeting tu. Kalau dah terpaksa sangat baru lah saya bersuara. Terpaksa di sini bermaksud ada-orang-lain-yang-cakap-macam-bagus-dalam-meeting-tu-tapi-fakta-faktanya-mengarut-dan-kalau-saya-biarkan-tak-bersuara-membantah-boleh-menyebabkan-masalah-besar!


Malu 4 : Malu nak tinggikan/kuatkan suara
- Tinggi suara di sini maksud saya bersuara dengan kuat sikit supaya orang dengar dengan lebih jelas.
- Disebabkan malu nak kuat kan suara, saya telah di denda berdiri di luar kelas semasa pelajaran Matematik ketika di sekolah rendah. (Cikgu Matematik ini garang tau!)
- Kelakar pula bila diingatkan balik, selalunya orang didenda sebab buat bising dalam kelas, tapi saya didenda sebab bersuara perlahan! :P


Malu 5 : Malu menyusahkan orang
- Malu yang ini yang paling saya ingat ketika saya berada di Mina.
- Ketika di Mina, kami semua tidur dalam khemah beramai-ramai. Saya memang tidak 'berpisah' dengan batuk dan selesema semasa di Mina. Dan pada suatu malam, ketika lampu khemah dah dipadamkan, suasana senyap sunyi dan orang pun dah ramai yang terlena, masa itu juga lah saya terasa nak batuk sangat-sangat!
- Masa tu memang malu sangat sebab memang bunyi batuk saya kong-kong-kong itu saja yang kedengaran dalam khemah tu. Tak berhenti-henti pula tu! Malu saya sebab menganggu Jemaah lain yang sedang tidur.


Malu juga nak kongsikan jenis-jenis malu ini. Tapi tak apa lah untuk kebaikan bersama. Walaupun saya ada macam-macam jenis penyakit malu, tapi bagi saya belum sampai tahap kronik, masih boleh bergaul dan masih tak menghalang saya dalam urusan seharian mahupun urusan kerja saya dulu.

Apa-apa pun, jangan contohi penyakit malu saya yang tak berfaedah ini ya!

Malu biar bertempat...



 

0 comments: