8 jenis aiskrim yang sedap!

Monday, October 26, 2015 Ana 5 Comments


8 jenis aiskrim yang sedap!


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Saya baru saja menonton rancangan Majalah 3 di TV3. Cerita mengenai aiskrim.

Meriah rupanya industri aiskrim di Malaysia ini. Selama ini saya cuma tahu makan aiskrim yang dibeli di kedai biasa , jenama Nestle dan Magnum :P

Antara aiskrim-aiskrim yang dipaparkan dalam Majalah 3 tadi ialah:

sangkaya ice cream


Sangkaya
- Aiskrim kelapa di Jalan Alor, Bukit Bintang hanya menggunakan ramuan asli tanpa pengawet dan dihidangkan dalam buah kelapa yang dibawa khas daripada Thailand nampak sangat menyelerakan. Menurut penjual aiskrim Sangkaya di Jalan Alor ini, pada hari biasa berniaga beliau boleh menjual sebanyak 100 sehingga 200 aiskrim dan pada hari minggu atau cuti sehingga 300 aiskrim terjual. Harga untuk satu aiskrim Sangkaya ini? RM10.00. Anda kira lah sendiri berapa untung sehari!


320 below
- Sebuah restoran yang mana anda perlu pesan perasa aiskrim yang anda inginkan dan masa itu juga baru aiskrim itu dibuat menggunakan gas nitrogen! Aiskrim ini sudah lama terkenal di negara jiran, Singapura dan baru bermula di negara kita sejak 4 bulan yang lalu.


Aiskrim turki
- Memang tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Untunglah peniaga Turki dapat mencari rezeki dan menambah pendapatan di Malaysia. Saya teringin hendak rasa aiskrim Turki atau dikenali juga sebagai dondurma, tapi bila tengok pembeli aiskrim kena sakat dengan penjual aiskrim-aiskrim Turki masa membeli aiskrim ini, terus tak berani nak cuba!


Aiskrim gulung
- Yang ini pun menarik. Bahan-bahan untuk perisa aiskrim yang dipilih oleh pelanggan akan dimasak atas dapur/plate yang sejuk yang akan membekukan bahan-bahan itu tadi. Memang lain daripada yang lain. Menurut pengusaha aiskrim gulung yang diwawancara Majalah3  ini, beliau pergi ke Thailand untuk memahirkan diri dengan cara-cara penyediaan aiskrim gulung ini.


Bisnes Aiskrim : Aiskrim Mana Yang Paling Untung? Adakah Aiskrim Colek atau Aiskrim Lembut atau Aiskrim Potong atau Aiskrim Goyang atau Aiskrim Kelapa? Ketahuinya di sini!


Aiskrim kelapa pandan
- Sama seperti Sangkaya, aiskrim ini juga dihidangkan dalam buah kelapa. Aiskrim yang dibuat dan diproses sendiri secara manual, ditambah dengan air kelapa pandan itu sendiri yang manis dan segar, keenakan aiskrim ini turut diserikan lagi dengan pulut, jagung dan biji selasih. Sesuai sebagai penghilang dahaga dalam cuaca panas.


Baca juga:
Pakcik jual aiskrim dan pendapatan 4 angka...
Aiskrim tak laku di musim hujan?
Mari jual aiskrim!
Cara sediakan aiskrim Malaysia dengan lebih cepat!



Aiskrim Malaysia
- Siapa yang tidak kenal dengan aiskrim Malaysia. Mungkin kurang dikenali sedikit di kalangan anak-anak muda sekarang, tapi aiskrim Malaysia masih ada peminatnya yang tersendiri. Jangan pandang sebelah mata, seperti yang dipaparkan dalam Majalah 3, seorang suri rumah berjaya buat duit dengan menjual aiskrim Malaysia ini. Perniagaan aiskrim Malaysia secara bisnes online ini juga dipelbagaikan dengan pelbagai perisa , sesuai dengan trend aiskrim masakini. Sangat sesuai bagi suri rumah untuk menjalankan bisnes online yang mudah ini di rumah.


Pops Malaya
- Sama seperti bisnes online aiskrim Malaysia suri rumah tadi, Pops Malaya ini juga diusahakan oleh seorang wanita. Kisahnya  bermula apabila wanita ini yang sangat gemar makan aiskrim (sehingga 3-4 batang aiskrim sehari!) ketika mengandung sehingga mendapat mild diabetes, membuatkan beliau mendapat idea untuk membuat aiskrim sendiri! Aiskrim ini ada ramai pengikutnya di laman sosial.  Jom follow Pops Malaya di FB!


pops malaya


Aiskrim goyang
- Mudah didapati di pasar-pasar malam, aiskrim ini juga diusahakan secara manual dengan peralatan khas untuk menggoyangkan aiskrim sehingga membeku.


Yang mana satu aiskrim pilihan anda?



5 comments:

  1. Replies
    1. memang semua aiskrim2 ni nampak sedap kan Lucy Saputri! :)

      Delete
  2. Kat mana nak order pencetak aiskrim goyang jenis petak tu ye? Pm sye kat no ni please 0177135313

    ReplyDelete
  3. Kat mana nak order pencetak aiskrim goyang jenis petak tu ye? Pm sye kat no ni please 0177135313

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya singgah blog saya. Saya kurang pasti di mana boleh order pencetak aiskrim goyang. Mungkin Syufaat boleh cuba cari info mengenai mesin aiskrim goyang di blog seperti di bawah ini:

      http://mesinaiskrimgoyangmurah.blogspot.my/



      Delete