Jerebu dalam Kalendar 2016

Monday, October 19, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

"Esok sekolah tutup lagi...yahoo! "

Agak-agaknya itu ke jeritan gembira sambil melompat-lompat keriangan anak-anak anda bila dengar sekolah tutup lagi esok sebab jerebu?

Mungkin seronok bagi sesetengah pelajar, tapi bagi yang tengah / bakal menghadapi peperiksaan penting, semestinya berita sekolah tutup buka tutup buka ini memeningkan kepala mereka dalam membuat persediaan peperiksaan.

Disebabkan masalah jerebu ini telah berlanjutan saaaaangat lama kali ini, pada pandangan saya memang wajar kalau kita masukkan jerebu sebagai salah satu acara atau peristiwa (atau perayaan?) dalam kalendar kita tahun depan!

Jadi untuk 'persediaan' awal, anda boleh lah tanda siap-siap kat kalendar 2016 , senang kalau nak mengagak atau merancang cuti anak-anak sempena sekolah tutup sebab jerebu!

Paling mudah kalau anda ada kalendar 2016 yang petak-petak itu. Saya terjumpa di laman Pendidik2u yang sediakan download Kalendar Kuda 2016, anda boleh klik di link ini.

kalendar 2016


Kalau nak tandakan di kalendar pun perlu tahu bila dan bulan berapa selalunya petani-petani di Indonesia melakukan pembakaran terbuka sampai timbulkan masalah jerebu.

Kalau anda rajin atau anda boleh call terus petani-petani itu, boleh lah buat kajian sikit bulan berapa jerebu teruk melanda negara kita pada tahun 1997 dan 2006. Seingat saya, tahun 1997 itu , jerebu teruk ketika saya tengah jawab soalan SPM di dewan peperiksaan. Kabur je pandangan dalam dewan masa itu, rasa macam tengah bermimpi jawab soalan SPM!

Jadi , untuk tahun depan, selain jualan murah sempena musim-musim perayaan, mungkin kita ada jualan murah sempena musim jerebu!



0 comments: