5 derita di kala jerebu!

Monday, October 05, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Selain mengganggu sesi persekolahan, mari kita lihat kesan jerebu yang sedang melanda negara ketika ini:

Sumber : Utusan Online


1. Lapangan terbang ditutup. Antaranya lapangan terbang di Ipoh, Alor Star dan Kerteh. Pesawat dilencongkan ke lapangan terbang lain kerana jarak ketampakan yang kurang.

2. Aktiviti sukan terjejas. Larian Standard Chartered Marathon, perlawanan bola sepak Piala Malaysia ditunda disebabkan bimbang kesan jerebu ke atas kesihatan mereka yang terlibat. Aktiviti yang telah dirancang untuk Hari Sukan Negara yang buat pertama kalinya diadakan turut dibatalkan di negeri-negeri yang terlibat jerebu.

3. Aktiviti nelayan terganggu. Kurangnya jarak ketampakan mengundang bahaya bot nelayan melanggar kapal-kapal besar.

4. Meningkatnya kes di hospital yang melibatkan asma, radang paru-paru dan kerengsaan mata kesan asap jerebu.

5. Menjejaskan aktiviti pelancongan. Siapa yang berminat nak bersiar-siar dalam keadaan berjerebu?

And the list goes on and on. Banyak lagi kalau nak disenaraikan kesan jerebu ini.

Kalau Indonesia masih tak mampu nak mengawal pembakaran hutan yang semakin merebak (Pak Jokowi kata tunggu lagi 3 tahun ya untuk lihat hasil usaha Indonesia atasi jerebu ini!), mungkin tindakan menyaman individu/syarikat yang terlibat dalam pembakaran terbuka, sebagaimana yang dilakukan oleh Singapura patut Malaysia lakukan.

Tapi, mana tahu, kemungkinan syarikat yang terlibat itu adalah kepunyaan rakyat Malaysia? Panjang lagi lah cerita nya nanti!

Apa-apa pun, selagi asap jerebu masih berlegar-legar di ruang udara kita, sama-sama lah kita menjaga kesihatan dengan memakai penutup hidung dan mulut. Minum air masak secukupnya dan jika terlibat dengan aktiviti luar, jangan lupa cuci muka dan tangan setiap kali selesai aktiviti.

Dapatkan penutup RON95,  N95 untuk perlindungan yang lebih efektif ya!

0 comments: