Boys Over Flowers kini di ntv7!

Wednesday, October 14, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam Maal Hijrah 1437H. Tahun baru dengan azam baru, semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun yang lalu, insyaAllah...

Sempena cuti umum hari ini, paginya saya hanya duduk melepak di rumah. Buka tv, belek-belek siaran yang ada, sekali terbuka saluran ntv7. Tengok rupa-rupanya cerita yang ditayangkan cerita favorite saya.

Boys Over Flowers!

Cerita ini saya tonton banyak kali pun tidak akan bosan. Pertama kali disiarkan tahun 2009 jika tidak silap. Ceritanya simple saja, kisah percintaan antara 2 darjat. Antara hero nya yang kaya Gu Jun Pyo lakonan actor kacak Lee Min Ho dan heroin miskin Geum Jan Di lakonan aktres comel Ku Hye Sun. Tapi , walau kacak macam mana pun hero nya, saya lebih minat dengan second hero nya, Kim Hyun Joong, yang memegang watak Yun Ji Hoo. Tengok lah senyuman nya, memang boleh cair sesiapa yang melihat nya (ke saya seorang je yang cair?)

boys over flowers


Tapi itu dulu lah, sekarang dah tak minat sebab dah berubah betul penampilannya. Hyun Joong ni selain pelakon , dia juga merupakan seorang penyanyi daripada kumpulan KPOP (Kumpulan Peluk Orang Perempuan) , SS501.Soundtrack drama ini iaitu lagu 'Because I'm Stupid' adalah nyanyian SS501.

Boys Over Flower ini jalan ceritanya nampak mudah tapi ada banyak kisah di dalamnya. Kadang-kadang nampak tidak masuk akal juga bila Jan Di dan keluarganya terpaksa bersusah payah cari mcam-macam jalan cara buat duit bila mereka sekeluarga dizalimi oleh emak Jun Pyo yang kejam tidak merestui hubungan mereka ini. Apa saja demi cinta!

Ending nya biasalah, happy ending (walaupun saya lebih suka kalau heroin tu end up with the second hero).

boys over flowers cast
 
 
Boys Over Flowers kini ditayangkan di ntv7 setiap hari Isnin hingga Jumaat setiap jam 12 tengahari.

Selamat menonton!









0 comments: