Bajet 2016 : Antara harapan, impian dan kenyataan (2)

Friday, October 23, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...


bajet 2016


Salam Bajet 2016!

Macam mana dengan pembentangan bajet petang tadi? Ada harapan dan impian anda yang jadi kenyataan tak?

Terjawab tak keluh kesah anda mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat?

Terjawab tak rintihan ramai mengenai kesukaran pemilikan rumah kerana harga rumah naik mencanak?

Antara isi kandungan bajet yang saya tonton di tv petang tadi:
1. 351200 unit rumah bakal dibina tangani isu pemilikan rumah

2. 29.2 billion utk pembangunan di Sabah dan Sarawak

3. Membangunkan modal insan melalui sektor pendidikan

4. 7 rancangan tingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan - antaranya pembukaan lebih banyak klinik 1malaysia, kemudahan haemodialis bagi yang kurang kemampuan. Caj penuh rawatan akan dikenakan untuk bukan warganegara mulai 1 Januari 2016.

5. Had pelepasan utk 5 kategori dinaikkan, antaranya had pelepasan cukai anak berumur 18 tahun ke atas dan kategori baru untuk anak yang menyara ibubapa (walaupun tidak tinggal bersama)

6. Sistem pengangkutan awam ditambah baik dan rancak dibangunkan

7. Agihan 5.3 billion utk sektor pertanian seperti penambahbaikan pasar tani

8. Naik taraf jalan dan elektrik di penempatan luar bandar serta projek bekalan air

9. Memperkukuh sistem jaringan perlindungan sosial seperti jabatan kebajikan dan kemudahan bagi OKU

10. 5 inisiatif utk memacu pembangunan PKS

11.Gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1000 bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM800 kepada RM920 bermula 1 Julai 2016.

12. Penjawat awam akan dibayar bayaran khas bonus RM500 pada 1 Januari 2016.

13. Bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 akan dibayar kepada pesara kerajaan pada 1 Januari 2016.
Lain-lain intipati rumusan Bajet 2016 boleh anda rujuk di link ini.

Harapan sesetengah pihak untuk melihat GST dimansuhkan tidak kesampaian, namun ada juga barangan yang dikurangkan kadar GST nya dan sesetengah barang dimansuhkan GST seperti susu bayi dan kanak-kanak berasaskan soya dan organic serta ubat bagi 30 jenis penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.Bagi saya, intipati rumusan saya bagi Bajet 2016 ialah:

"Walau apa pun yang berlaku, hidup mesti terus!!"
 
:)

0 comments: