Best kerja kerajaan @ keje gomen

Saturday, October 17, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Anda pernah buat permohonan bekerja di perkhidmatan awam?

Saya pernah memohon melalui SPA (dah lama, dalam beberapa tahun lepas) dan telah menduduki peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam yang diadakan di MAEPS dekat ibupejabat MARDI, di UPM Serdang. Ketika itu saya masih lagi bekerja di bank , saja hendak mencuba nasib dalam perkhidmatan awam.

Pengalaman hendak ke dewan peperiksaan itu memang tak boleh dilupakan. Peperiksaan bermula jam 9 pagi tapi jam 10 pagi saya (dan beratus-ratus lagi calon) masih tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Tambah pula dengan hujan yang turun renyai-renyai pagi itu. Akhir sekali, saya join calon-calon lain yang parking kereta beberapa kilometer dari dewan peperiksaan dan berjalan menapak (jauh tau!) ke dewan. Nasib baik pegawai peperiksaan memahami keadaan dan semua calon yang lewat masih dibenarkan menduduki peperiksaan.

Seronok juga ambil exam ini sebab dah lama tinggalkan zaman belajar. Yang paling saya seronok sebab 2 soalan yang saya target muncul dalam kertas soalan itu. Ketika itu topik NKRA (National Key Result Areas atau Bidang Keberhasilan Utama Negara) sedang hangat dibincangkan di media massa. Memang panjang lebar lah saya buat karangan pasal topik ini heheh. Satu lagi soalan yang saya target dan mengena itu saya dah lupa dah apa soalannya.

Beberapa bulan (kot) lepas exam itu, saya dapat surat untuk menghadiri kursus @ assessment untuk jawatan Pegawai Penerangan. Eh? Saya apply hari itu untuk Pegawai Teknologi Maklumat, macam mana boleh terpanggil untuk Pegawai Penerangan pula ni.

Assessment itu 2 hari kalau saya tidak silap, dan ada pelbagai modul. Antaranya ada sesi buat pembentangan mengenai topik yang diberikan.

Saya tidak pergi pun assessment tu.

Kenapa? Sebab, saya seorang yang pemalu nak buat presentation/pembentangan ni!

Alasan remeh kan?

Mungkin sebab masa itu saya memang dah selesa (terperuk lama di zon selesa) dengan kerja di bank, jadi tiada rasa yang bersungguh-sungguh sangat nak usahakan masuk perkhidmatan awam ni.

Bagi anda yang dapat panggilan atau temuduga SPA, gunakan  peluang sebaik mungkin untuk berjaya diterima dalam perkhidmatan awam. Banyak faedahnya 'keje gomen' ni.


 
 
Anda boleh dapatkan tips interview SPA di sini sebagai panduan dan persediaan.

Tips lengkap ini dikongsikan oleh Jud Jamil, yang berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 7 tahun lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong  serta kerap menjadi panel temuduga.

Perkara yang wajib anda tahu dan dikongsikan oleh penulis adalah:

31 tips mudah untuk berjaya dan lulus dalam temu duga kerja kerajaan
20 contoh soalan berserta jawapan yang popular di kalangan panel temu duga
115 tambahan soalan-soalan temu duga supaya anda lebih bersedia dan yakin


Yang penting sekali, pastikan apa tujuan utama anda memohon berkhidmat dengan perkhidmatan awam ini.

Tujuan 1: "Keje kerajaan rileks, banyak masa pegi kursus sana sini, banyak makan-makan"

Tujuan 2: "Saya seronok tau kak keje gomen ni , siap ada bilik sendiri , siap boleh tidur lagi!"

Tujuan 3: "Memang heaven keje kat gomen ni kak, keje saya asyik men google je"

Di atas adalah kisah benar (kata-kata benar) yang pernah saya dengar daripada kawan-kawan yang berkhidmat di perkhidmatan awam. Tujuan nombor 2 dan 3 itu memang tidak patut sangat lah kan!

Selain cari duit dan rezeki, jangan lupa keberkatan dalam rezeki anda itu ya!




0 comments: