Mencari homestay untuk konvokesyen

Tuesday, October 20, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Menghampiri hujung tahun ini, banyak majlis konvokesyen diadakan di sana sini. Berikut adalah antara universiti tempatan yang mana majlis konvokesyennya berlangsung bulan Oktober sehingga awal November 2015:

Universiti Kebangsaan Malaysia : 31/10/15 hingga 03/11/15
Universiti Putra Malaysia : 31/10/15 hingga 03/11/15
Universiti Malaya : 17/10/15 hingga 21/10/15
Universiti Sains Malaysia : 17/11/15 hingga 21/11/15
Universiti Sains Islam Malaysia : 07/11/15 hingga 09/11/15
Universiti Malaysia Sarawak : 14/11/15 hingga 17/11/15
Universiti Malaysia Sabah : 21/11/15 hingga 23/11/15

Selain para graduan yang sibuk dengan persiapan dan menghadiri raptai majlis konvokesyen, sudah pasti tidak ketinggalan ibu bapa atau keluarga yang turut sibuk membuat persiapan bagi menghadiri majlis bersejarah meraikan kejayaan anak-anak mereka.

Bagi keluarga yang tinggal tidak jauh dari universiti pasti tiada masalah dengan pengangkutan ke majlis tersebut. Tapi, bagaimana pula jika keluarga di utara, dan majlis konvokesyen anaknya di universiti yang terletak di selatan?

Sudah pasti faktor tempat penginapan menjadi persoalan. Jika ada saudara-mara yang berdekatan , boleh lah menumpang tidur sehari dua. Jika tidak, sudah pasti hotel atau pun rumah sewaan harian menjadi pilihan penginapan sementara.

Tidak dinafikan rumah sewaan harian atau dikenali sebagai homestay menjadi pilihan ramai semenjak akhir-akhir ini. Berbanding hotel, memilih homestay sebagai tempat penginapan sementara lebih berbaloi dari segi kos dan keselesaan.

Mudah saja jika hendak mencari homestay untuk disewa. Google saja perkataan 'cari homestay' dan anda akan rambang mata memilih daripada senarai panjang homestay yang diiklankan di portal-portal seperti carihomestay.net, 1malaysiahomestay.com, homestaysmalaysia.com, direktorihomestay.com, iklanhomestay.com dan banyak lagi. Selain itu, banyak juga homestay yang diiklankan di mudah.my dan ibilik.my.




Jika ahli keluarga yang datang untuk majlis konvo adalah ramai , contohnya lebih daripada 10 orang, semestinya memilih homestay (rumah dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air) dengan kadar RM300 semalam lebih berbaloi berbanding tinggal di hotel dengan kadar yang sama untuk 2 bilik.

Perusahaan homestay memang semakin menggalakkan dan ramai yang telah berjaya menjadikan homestay sebagai sumber pendapatan sampingan. Jangan terkejut ada pengusaha homestay yang buat duit dengan mengenakan sewa homestay RM9000 sebulan ketika pilihanraya diadakan di Teluk Intan tahun lalu!.

Tapi, awas bagi anda yang mencari-cari homestay untuk disewa, pastikan anda tidak menjadi mangsa penipuan kerana ada juga yang mengambil kesempatan menipu dengan mengambil wang deposit tetapi apabila penyewa tiba di destinasi dan cuba menghubungi pemilik homestay, pemilik tersebut gagal dikesan.

Sebagai penyewa, pastikan anda mempunyai segala rekod (contohnya bukti bayaran deposit) apabila anda berinteraksi dengan pemilik homestay. Penting juga untuk melihat (melalui carian google dan sebagainya) sekiranya ada sebarang cerita tidak menarik daripada penyewa homestay terdahulu.

Macam-macam cara penipuan sekarang ini!




0 comments: