Jimat elektrik dengan hanya mencabut plug soket?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Gembiranya bila baca tips jimat elektrik yang sedang viral di laman sosial sekarang ini.
Bila baca post pasal tips jimat elektrik ini malam semalam, terus dengan pantasnya cabut semua plug soket yang ada kat rumah. Ok lah, bukan semua, plug soket peti sejuk tu tidak lah saya cabut.
Tak sabar nak tengok apa kesannya pada bil elektrik bulan depan, Bil elektrik bulan ni mungkin tak nampak sangat kot bezanya sebab rasanya dalam 2 atau 3 hari lagi akan dapat bil elektrik untuk bulan ini.
Bagi yang masih belum tahu mengenai tips jimat elektrik ini, boleh refer kat sini. Tips ini pun dah diakui oleh TNB memang tips yang betul dan berkesan. Memang dapat jimat elektrik kalau kita cabut plug soket yang tidak digunakan. Boleh juga refer kat laman ini kalau nak dapatkan penjelasan lanjut macam mana plug soket yang tidak dicabut masih berlaku pembaziran tenaga walaupun suis nya telah dipadamkan.
Sumber : ommdotmy.com |
Sejak bil elektrik rumah saya agak tinggi dalam beberapa bulan yang lepas, saya ada terima surat dari TNB yang berbentuk laporan berjudul 'Laporan Penggunaan Tenaga Anda'. Tujuan laporan ini adalah untuk membantu pengguna menjimatkan penggunaan elektrik.
Baca juga:
Jimat elektrik dengan 7 langkah drastik!
5 cara jimat guna aircond di musim panas
Alat elektrik yang mana 'kuat makan' elektrik?
Bil elektrik tinggi sebab MCB?
Ada 3 langkah yang TNB cadangkan untuk bantu pengguna macam saya jimatkan bil elektrik, iaitu:
1. Guna alam semulajadi iaitu salurkan udara ke dalam rumah untuk sejukkan rumah
2. Guna bumbung tambahan atau filem menggelapkan cermin untuk kurangkan kehangatan matahari masuk dalam rumah. Jadi kurang guna kipas atau aircond.
3. Pasang insulator pada bumbung rumah untuk kurangkan kesan panas.
Tapi kan, tiba-tiba saya terfikir pula,
Antara langkah-langkah penjimatan itu, kenapa TNB tidak senaraikan langkah yang paling mudah untuk jimatkan elektrik iaitu semudah mencabut plug soket yang tidak digunakan?
Mungkin pada pandangan TNB, tindakan mencabut plug soket yang tidak digunakan memang semua orang dah tahu (saya saja yang tidak tahu kot!).
What Electrical Appliances Still Use Electricity When Turned Off
Any electrical device that has an external power supply connected to it will still use electricity while powered off. Such as cellphone chargers, computer speakers, any of those electrical devices with a cubed power supply on it. Also any electrical appliances that have a clock, LED, light, or LCD panel on it will also still use electricity while turned off. Such as microwaves, coffee makers, TVs, VCR’s, DVD players, etc. Also any devices that have a standby or sleep power modes will still consume electricity. Most TV’s and set top cable boxes never actually turn off, they just go into a standby mode. Computer monitors and computers are the same. Most computers will still keep power to the motherboard for different functions such as ethernet cards/network cards, modems, USB hubs, etc.
Credit : http://gogreeninyourhome.com/how-to-save-electricity/appliances-still-use-power-when-turned-off/
Selamat mencuba cara mudah untuk jimat elektrik ini!
Currently sy matikan suis je. Plug kadang cabut kadang x hu3. Masih blum cukup disiplin.
ReplyDeleteTq ya singgah blog saya. Mula2 memang sgt mencabar nak disiplin cabut plug selalu..tp bila dah biasa, pantang nampak plug, mesti nak cabut! hehehhe...
Delete