Kenapa Lif dan Eskalator tidak berfungsi di Masjid Besi Putrajaya?

Monday, November 30, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Nak komplen sikit hari ini.

Sabtu lepas saya dan keluarga pergi makan-makan di sebuah restoran di Ayer@8 di Presint 8 Putrajaya. Restoran ini milik seorang kenalan yang diusahakan bersama dengan seorang lagi kenalannya. Nama restorannya My Makan. Sedap-sedap juga makanan di sini. Yang paling saya suka ialah 'Udang Berlada' nya. Sambalnya sangat sedappp! Sedap sangat sampai lupa nak ambil gambarnya sebelum makan (tak sempat ambil gambar dah licin sebenarnya!)

Nak komplen bukannya mengenai restoran ini. Lepas makan-makan, saya dan keluarga pergi menunaikan solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali juga dengan nama Masjid Besi (sebab struktur luarannya dibina daripada besi 100%).

Nampak Masjid Besi dari kedai My Makan


Credit : flicker.com (fizalphotography.marketbizz.com)


Saya memang kagum dengan seni binaan Masjid Besi ini, sangat cantik dan tersergam. Dibina di atas tasik menjadikan masjid ini nampak macam dibina atas cermin pada waktu malam. Dengan menggunakan sumber angin yang bertiup dari tasik, maka tiada satu pun kipas atau air cond yang dipasang di masjid ini. Yang ada cuma kipas berdiri untuk digunakan kalau time angin tak berapa nak bertiup.



Parking lot pun banyak. Bertingkat-tingkat, macam shopping complex. Kali pertama saya datang dulu tak perasan ada parking lot bertingkat di bahagian bawah.

Masjid ini memang sangat besar. Memamg kena baca papan tanda banyak kali untuk cari mana tempat wuduk dan tempat solatnya.

Yang tak berapa nak best nya tentang Masjid Besi ini ialah bila tempat wuduk di tingkat bawah dan tempat solatnya di tingkat di atas. Saya perasan ada lif dan eskalator dari tingkat bawah untuk naik ke ruang solat di tingkat atas, TAPI lif nya rosak (atau mungkin tengah diselenggarakan) dan eskalator nya tidak bergerak.

Adakah kebetulan atau memang lif dan eskalator tidak berfungsi pada hari minggu? Sebab kali pertama saya datang ke Masjid Besi ini dulu pun begitu juga.

Disebabkan lif dan eskalator tak berfungsi, maka yang kasihannya warga emas (termasuk lah emak saya) yang hendak tunaikan solat terpaksa termengah-mengah naik tangga yang bukan sedikit tu.

"Makcik nak solat, terpaksa la gagahkan juga naik tangga ni..."

Itu kata-kata seorang makcik yang agak berumur kepada saya sambil dia terbongkok-bongkok menaiki tangga ke ruang solat.

Kasihan.

Hajat di hati pada awalnya nak duduk lama di masjid yang tersergam indah ni, terus tak jadi. Mak dah penat naik tangga, nak balik rumah berehat.

Rugi kalau hanya disebabkan lif dan eskalator tidak berfungsi, ramai yang tidak kunjungi Masjid Besi ini lagi untuk bersolat!






0 comments:

Lagu Terbaik Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 Minggu Kedua : Potret - Akim & The Majistret

Monday, November 30, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sempat menonton Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 minggu kedua di TV3 malam tadi.

Selepas lagu 'Sampai Mati' nyanyian Hazama dipilih sebagai lagu terbaik dalam separuh akhir minggu pertama yang lalu, untuk minggu kedua ini giliran lagu 'Potret' oleh Akim & The Majistret pula yang terpilih sebagai lagu terbaik.

Tapi, lagu terbaik peringkat separuh akhir dikatakan tidak semestinya terpilih untuk ke peringkat akhir Juara Lagu.

Pelik tak?

Memang bukan baru peraturan ini, tapi pada saya yang tak berapa nak arif ni, kenapa perlu ada pilihan lagu terbaik jika lagu terbaik itu berkemungkinan tak akan mara ke peringkat akhir? Macam mana ya lagu terbaik boleh tak terpilih ke peringkat akhir?

Tak apa lah, abaikan saja rasa tak puas hati saya tu ya!

potret akim & the majistret
Credit : muddy (youtube.com)
Antara persembahan menarik dalam separuh akhir Muzik-Muzik 30 minggu kedua ialah Stacy dengan 'Not For Sale (peminat drama Tuan Anas Mikael mesti suka lagu ni kan!), Caliph Buskers dengan lagu 'Hanya Padamu'  dan Black dengan lagu 'Mana Mungkin'.

Yang penting, lagu feveret saya, 'Potret' diharap dapat sampai ke peringkat akhir nanti. Ini dikira sebagai percubaan kedua Akim & The Majistret setelah tidak berjaya ke peringkat akhir Juara Lagu tahun lepas dengan lagu hit nya 'Mewangi'

Bagi yang tak berkesempatan menonton persembahan Akim & The Majistret di separuh akhir Muzik-Muzik 30 minggu kedua malam tadi, di You Tube dah ada orang tolong upload, boleh tonton di bawah atau klik link ini.




Jauhhhhhh terbawa lukisan hatimu....
Hilanggggg mencari di mana kau pergi....
Tinggalll aku menahan luka ini.....
Sampaiiiii harus ku pergiiiiii......

Jauhhhhhh terbawa lukisan hatimu....
Warnaaa pelangi hiasan terindah...
Hatiii ini tak akan terbahagi....
Sampaiiii harus ku pergiii.....


Lazada Malaysia

0 comments:

Drama Tuan Anas Mikael : Siapa yang pakai cincin besar itu?

Sunday, November 29, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

"Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok..."
 
Peminat-peminat drama popular 'Tuan Anas Mikael' tentu akan melekat di depan tv untuk minggu akhir 'Tuan Anas Mikael' ini kan.

Kalau ikutkan ending drama 'Tuan Anas Mikael' ini mungkin ramai yang dah tahu bila baca sinopsis novel secara online.

Selain nak tahu siapa tuan rumah lokasi penggambaran drama 'Tuan Anas Mikael' ini, satu misteri yang saya nak tau sangat ialah siapa yang pakai cincin besar yang selalu ikut Cik Su (dan selalu berada di mana-mana) itu. Mungkin kah misteri akan terungkai dalam episod akhir drama 'Tuan Anas Mikael' ini?

Siapa agaknya ya?

Adakah yang pakai cincin besar tu MissKay? Yang ditugaskan Tuan Anas untuk memastikan keselamatan Ayu dan ibunya?

Adakah yang pakai cincin besar tu bekas isteri Dato' Azhar? Yang marah dengan Cik Su kerana disebabkan Cik Su lah Tun Ayman tidak jadi kahwin dengannya dan dia terpaksa berkahwin dengan Dato' Azhar?

Adakah yang pakai cincin besar tu ex girlfriend Dato' Azhar? Yang marah dengan Cik Su kerana disebabkan Cik Su kahwin lari dengan Tun Ayman, maka Dato' Azhar terpaksa berkahwin dengan ibu Safra dan tinggalkan ex girlfriend nya tu? (wah complicated nya!)

Adakah yang pakai cincin besar tu Nenda yang nak tahu macam mana kehidupan Cik Su selepas kematian Tun Ayman?

Yang mana satu tekaan anda? Atau jawapannya tiada satu pun yang di atas?

Saspennya!


zara zya sebagai ayu maisarah
Credit : koleksidrama.com


Kalau ikutkan blog-blog yang ada buat review novel  'Tuan Anas Mikael' ini, dalam novel itu tiada pun watak yang pakai cincin besar itu. Watak itu hanya ada dalam drama, mungkin untuk menambahkan saspen pada jalan cerita drama adaptasi novel ini. Misteri sungguh!

Sama-sama kita saksikan episod akhir drama 'Tuan Anas Mikael' untuk tahu jawapan misteri ini!





Lazada Malaysia

0 comments:

Johor negeri pertama haramkan vape

Sunday, November 29, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Vape diharamkan penjualannya di Johor.

Johor menjadi negeri pertama haramkan vape. Menurut laporan akhbar The Star, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, semua peniaga vape di Johor diberi tempoh sebulan untuk tutup premis perniagaan mereka bermula 1 Januari 2016.
"Beta mahu tahu jika peniaga vape akan membenarkan ahli keluarga atau anak-anak mereka menghisap vape, jika benar ia selamat seperti yang digembar-gemburkan," baginda bertitah"

vape diharamkan
Sumber : Yahoo.vom


Selepas Johor, mungkin ada negeri lain yang akan mengikut jejak langkah haramkan vape ini. Apa agaknya nasib peniaga vape di negeri Johor? Nampaknya kena lah mula mencari alternatif perniagaan lain mulai sekarang. Ada lebih kurang 3 bulan saja lagi sebelum tempoh yang dititahkan oleh Sultan Johor itu. Menurut Sultan Johor, peniaga vape perlu berpatah balik kepada perniagaan yang mereka jalankan sebelum ini.

Bagi pengguna vape di Johor (dan negeri-negeri yang lain) yang baru mula berjinak-jinak dengan vape pula, mungkin belum terlewat untuk berhenti gunakan vape sebelum ketagihan. Asalnya pun vape adalah dikatakan untuk membantu perokok tegar mengurangkan ketagihan merokok mereka.

Vape atau tidak? Terpulang pada penilaian masing-masing!

0 comments:

Biar betul ada kesalahan ayat macam ni!

Saturday, November 28, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tengah belek-belek FB, terjumpa satu post yang di share kawan-kawan.




Biar betul!

Saya harap sangat gambar ini telah diedit dan sengaja di buat ayat yang tak betul itu untuk tujuan bergurau.

Kalau betul lah papan tanda ini wujud, memang sangat-sangatlah menyedihkan, Takkan tiada orang Majlis Daerah Kuala Selangor yang perasan kesalahan ayat ni?

Cintailah Bahasa Kita..

Oh My Bahasa!





0 comments:

Waspada dengan Love Scam @ Penipuan Cinta!

Saturday, November 28, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

L O V E  S C A M.

Apa itu Love Scam? Tak sama ya dengan Phone Scam dalam entry saya yang lepas.

Love Scam atau Penipuan Cinta secara ringkas nya adalah:

Penipuan licik yang melibatkan cinta palsu terhadap mangsa dengan cara meraih cinta si mangsa dan memanipulasikan cinta si mangsa untuk melakukan penipuan. Bentuk-bentuk penipuan dalam Love Scam mungkin melibatkan akses kepada wang simpanan mangsa, akaun bank, kad kredit, akaun email, kad pengenalan dan lain-lain lagi. Penjenayah Love Scam juga kadang kala menggunakan mangsa untuk melakukan penipuan bagi pihak mereka.
penipuan cinta


Antara contoh-contoh Love Scam adalah:

1. Suspek akan menggunakan profil palsu dengan gambar curi individu yang berpersonaliti menarik untuk mengumpan mangsa. Setelah bertukar-tukar email dan berhubungan melalui telefon untuk suatu jangka masa tertentu, suspek akan mula meminta pertolongan dari segi kewangan dengan alasan menampung perbelanjaan untuk melawat mangsa di negaranya. Mangsa yang telah jatuh cinta akan melakukan seperti yang diminta tanpa menyedari mereka telah ditipu.

2. Suspek akan membuat cerita sedih untuk meraih simpati si mangsa, seperti cerita suspek memerlukan wang untuk bil hospital atau rawatan perubatan kecemasan ibu bapanya.

3. Suspek mengatakan bahawa mereka mempunyai jongkong emas atau barang berharga yang telah dirampas oleh pihak kastam dan memerlukan wang untuk membayar cukai untuk mendapatkan semula barang tersebut.

Suspek Love Scam selalunya takut untuk membuat laporan polis kerana mungkin telah diugut oleh suspek untuk menyebarkan gambar mangsa atau sesuatu yang sulit untuk dipertontonkan kepada orang ramai dengan niat untuk memalukan mangsa.


Mangsa penipuan Love Scam yang terbesar di negara ini ialah seorang jurusolek dari Hong Kong.yang kerugian kira-kira RM1.3 juta apabila ditipu sindiket Love Scam yang didalangi oleh warga Afrika. 'Hebatnya' kuasa cinta kan!

Kebanyakan mangsa adalah wanita , namun golongan lelaki juga tidak terkecuali menjadi mangsa Love Scam ini.

Berwaspada lah supaya anda tidak terjebak dengan Love Scam.

Kalau dapat email cinta yang lain macam saja bunyi nya daripada orang yang tidak dikenali (terutama dari luar negara),  jangan dilayan dan buang saja dari inbox anda!




0 comments:

Tunggu 70 hingga 77 tahun untuk tunaikan haji.

Friday, November 27, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Selepas berita kurang menyeronokkan mengenai kos tunai umrah dan haji naik 30% baru-baru ini, kini satu lagi berita kurang menyeronokkan bagi umat Islam yang ingin menjejakkan haji ke kota suci Mekah Al-Mukarramah bagi mengerjakan haji.

"Sebahagian daripada 1.8 juta umat Islam daripada pelbagai peringkat umur di negara ini yang telah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji perlu menanti antara 70 hingga 77 tahun sebelum berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima itu" - Utusan Malaysia

Daripada 1,8 juta yang telah mendaftar haji tersebut, 10,000 orang adalah mereka yang terdiri daripada warga emas yang berusia 75 tahun ke atas.

Nak menunggu sehingga 70 atau 77 tahun untuk tunaikan haji bukanlah suatu jangka masa yang singkat.

Selain daripada menyemak semula tawaran haji yang diberikan kepada individu yang mendaftar semula selepas 5 tahun mengerjakan haji (bermakna telah menunaikan haji dan hendak pergi mengerjakan haji sekali lagi), mungkin pihak Tabung Haji dan menteri yang berkaitan boleh mencari alternatif lain bagi mengatasi masalah terpaksa menunggu giliran yang lama untuk tunaikan haji ini.

Mungkinkah ada peluang untuk membuat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi menambah kuota haji bagi Malaysia?

Mungkin kah boleh dikaji semula sekiranya ada rombongan 'orang-orang' berada atau berkemampuan yang dapat 'menyelit' untuk mengerjakan haji setiap tahun?

Saya sekadar memberi pandangan yang tak seberapa. Kasihan melhatkan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang terpaksa menunggu giliran yang lama untuk tunaikan haji sehingga telah uzur tetapi masih menggagahkan diri bila seruan haji telah tiba.



0 comments:

Salam hari Jumaat..jom baca surah Al-Kahfi!

Friday, November 27, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam Jumaat, salam sayyidul ayyam...

Hari ni hari Jumaat. Anda dah baca surah Al-Kahfi atau belum?


fadilat baca surah al-kahfi pada hari jumaat
Sumber : Ilmfeed.com

Fadilat membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat terkandung dalam hadis riwayat Al-Baihaqi:

"Rasullullah bersabda : Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat" (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal" (Hadis Riwayat Muslim)


"Tapi surah Al-Kahfi tu panjang, tak sempat selalunya nak habis baca 110 ayat tu"

Mungkin itu masalah yang biasa bagi kita yang nak mula amalkan baca surah Al-Kahfi ni kan. Sama lah macam saya, masa mula-mula nak amalkan baca surah ini, memang susah nak habis baca. Lama-kelamaan saya pun cuba kaedah bahagikan kepada dua kali bacaaan.

Malam Jumaat (hari Khamis selepas solat Maghrib atau solat Isyak) :
Mula baca surah Al-Kahfi dari ayat 1 hingga ayat 61
 
Hari Jumaat (selepas solat Subuh atau selepas solat Dhuha) :
Sambung baca surah Al-Kahfi dari ayat 62 hingga ayat 110


Walau apa pun kaedah atau caranya, mari lah kita bersama-sama mula amalkan membaca surah Al-Kahfi.

Semoga bermanfaat untuk diamalkan bersama, InsyaAllah...

0 comments:

Tahniah PU Syed , Juara Pencetus Ummah Musim Ketiga

Thursday, November 26, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....



Tahniah buat juara Pencetus Ummah musim ketigaPU Syed.

Tempat kedua jatuh kepada PU Taha, tempat ketiga dimenangi oleh PU Zaid dan tempat keempat dimenangi oleh PU Amin.

Persembahan mantap dengan tazkirah bertajuk 'Masjid Mengapa Engkau Dipinggirkan' nyata membuahkan hasil kepada PU Syed. PU Syed turut disokong oleh PU Lokman dari Pencetus Ummah musim ke-2 dalam persembahan duet dengan tajuk tazkirah 'Malam Pertama di Barzakh'

Pencetus Ummah musim ketiga peringkat akhir menyaksikan persaingan antara empat orang PU iaitu PU Zaid, PU Syed, PU Amin dan PU Taha. Secara keseluruhannya kesemua PU menunjukkan keyakinan dalam menyampaikan hujah masing-masing yang padat dengan dalil dari ayat-ayat Al-Quran.

Selain persembahan mantap dari PU Syed, antara persembahan lain yang menarik ialah persembahan PU Zaid dengan tajuk 'Oh My Solat' , mengenai kesilapan-kesilapan dalam solat sangat-sangat menarik dan dekat di hati. Begitu juga dengan persembahan duet dari PU Amin dan PU Rahmat dari Pencetus Ummah musim pertama, dengan tajuk 'Jihad atau Jahat' yang menampilkan cara persembahan debat yang berlainan daripada konsep yang biasa.

Tazkirah 'Andai Rasulullah Masih Berada Bersama' yang disampaikan secara bersama oleh Imam Muda Asyraf, PU Hafiz dan PU Azman sangat menyentuh hati. Memetik kata Imam Muda Asyraf, (selepas menyentuh mengenai Rasulullah tersenyum melihat para sahabat yang tersedia di saf untuk bersolat) andai Rasulullah masih ada, adakah Baginda akan tersenyum melihat apa yang dilakukan oleh umatnya ketika ini? :(

Pencetus Ummah memang rancangan yang lain daripada yang lain.

Tahniah Pencetus Ummah. Duniaku, Dakwahku!



Senarai persembahan PU peringkat akhir Pencetus Ummah musim ketiga:

Persembahan Solo

PU Zaid : Oh My Solat
PU Syed : Masjid Mengapa Kau Dipinggirkan
PU Taha : Berikan Bunga Kepada Ummah
PU Amin : Ayahanda Pandanglah Wajahku


Persembahan Duet

PU Zaid & PU Azihal : Mudahnya Mendapatkan Rezeki
PU Syed & PU Lokman : Malam Pertama di Barzakh
PU Taha & PU Fakhrul : Virus Di Medan Sosial
PU Amin & PU Rahmat : Jihad Atau Jahat




0 comments:

Aiskrim tak laku di musim hujan?

Thursday, November 26, 2015 Ana 0 Comments



Aiskrim tak laku di musim hujan?


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sekarang ni musim hujan..

Betul ke aiskrim tidak laku di musim hujan?

Mungkin juga. Sebab aiskrim selalunya sedap dimakan dan lebih menggoda di kala cuaca panas terik kan?

aiskrim yang sedap


Habis tu, macam mana dengan peniaga-peniaga aiskrim? Takkan semuanya rugi dan gulung tikar?

Tidak lah sampai macam itu sekali, Masih ramai lagi yang suka makan aiskrim tidak kira cuaca hujan atau panas. Yang pastinya aiskrim tu mesti lah teramat sedap sampai ada pengikut dan penggemar yang setia.

Paling penting mesti ada teknik tersendiri untuk memastikan untung jual aiskrim akan berterusan dan tidak kira musim.


untung jual aiskrim


Kalau ikutkan testimoni di atas, memang hebat lah teknik bisnes aiskrim nya hingga boleh dapat untung jual aiskrim sebanyak RM10,000 untuk jualan hari Sabtu dan Ahad saja kan! Teknik nya adalah berpandukan tips-tips yang dikongsikan dalam e-book 'Bisnes Aiskrim' tulisan Afiq Dato' Rusly (atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang tulis buku bestseller "Jutawan Senyap").


Baca juga:
Pakcik jual aiskrim dan pendapatan 4 angka...
8 jenis aiskrim yang sedap!
Mari jual aiskrim!
Cara sediakan aiskrim Malaysia dengan lebih cepat!


Bahagian yang paling menarik dalam ebook ini sudah semestinya bab 'Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim  Secara Part-time?'.

"Dengan tahu lubuk ini, anda boleh jual sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja"

Wah, betul ke ni? 1000 kon dalam masa 2-3 jam? Macam susah nak percaya kan?

Memang susah nak percaya selagi belum dapatkan ebook 'Bisnes Aiskrim' ini. Kalau anda nak mencuba-cuba menjemput rezeki melalui bisnes aiskrim, ebook ini memang sesuai untuk anda. Lebih jimat masa, tak perlu lalui proses cuba dan gagal dalam mengusahakan bisnes aiskrim ini.


Nak tahu 8 jenis aiskrim yang sedap, sila klik di sini!




0 comments:

Kes buli pelajar sekolah : Siapa yang bersalah?

Thursday, November 26, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini nak cerita pasal kes buli pelajar dan remaja.

Banyak betul kes buli di kalangan remaja dan pelajar sekolah pada tahun ini kan.

Buli pula bukan setakat buli ketuk ketampi atau lari keliling padang macam zaman kita dulu,

"Video berdurasi 6 minit 29 saat itu memaparkan sekumpulan murid lelaki memukul seorang murid lain yang lengkap berpakaian pengawas di surau sekolah berkenaan. Menerusi rakaman video itu, seorang murid Tahun Empat dan lima pelajar Tahun Lima yang berpakaian sukan menumbuk secara bergilir-gilir, menyepak, memijak bahu dan memaksa mangsa mencium stokin." - Sinar Harian
"Rakaman video selama dua minit 52 saat yang tersebar di laman sosial baru-baru ini menunjukkan mangsa dikasari beberapa pelajar perempuan. Selain ditampar, kepala pelajar perempuan itu juga dihentakkan ke dinding dan rambutnya ditarik sehingga jatuh" - The Malay Mail

Dahyat kan?

kes buli di kalangan remaja


Zaman sekarang, kes buli dah menjadi semakin ganas hingga melibatkan cedera parah di usus, pendarahan hati dan lain-lain lagi yang tak sanggup nak dengar. Yang paling tragis ialah bila melibatkan koma dan kematian.

Sungguh tak sangka mereka yang masih di bangku sekolah sudah menjadi seganas itu. Lebih memalukan bila kita lihat yang memukul dan menendang itu ialah pelajar perempuan yang berbaju kurung dan bertudung.

Apa agaknya yang ada di fikiran si pembuli ketika membelasah mangsa nya ya?

Mungkin kah si pembuli ini terpengaruh dengan aksi-aksi ganas di media massa/sosial? Teringin hendak mencuba apa rasanya dapat menendang dan menampar rakan sebaya yang lemah?

Mungkin kah si pembuli kurang kasih sayang di rumah? Mungkin di rumah juga penuh dengan aksi keganasan rumah tangga di mana si ayah mendera si ibu? Sehingga si pembuli terpengaruh dan rasa yang membuli itu satu kepuasan dapat menunjukkan siapa yang hebat dan kuat?

Mungkin kah si pembuli itu lemah iman dan moral dalam diri sehingga tidak mampi lagi berfikir bertindak mengikut akal fikiran yang waras?

Sehingga dapat dikenalpasti punca kes buli ini dan di rawat masalah ini di akar umbi nya, sehingga itu lah kes buli akan meningkat dari sehari ke sehari.

Kes buli bukan perkara kecil. Rawat sebelum terlambat.


 

0 comments:

Curi permainan Lego di Hotel Legoland : Pertama kali berlaku!

Wednesday, November 25, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pemandu lori ditangkap kerana curi permainan Lego bernilai RM22,575 di bilik pameran dalam Hotel Legoland.

Wah, pertama kali saya dengar orang curi permainan Lego! Er, lepas tu permainan Lego tu boleh dijual kepada orang awam ke? Atau ada pasaran gelap untuk menjual permainan Lego?

Mungkin saya yang tak tahu atau memang permainan Lego yang dicuri itu memang sangat bernilai dan ada permintaan yang tinggi di pasaran. Tapi kalau tengok permainan-permainan Lego yang dicuri tu bukan nya sedikit. Banyak dan besar-besar pula permainan nya. Macam mana lah agaknya pencuri tu boleh sumbat dalam beg besarnya semua permainan Lego yang dicuri tu?

Pemandu lori yang menginap di Hotel Legoland selama 1 malam dilaporkan mencuri permainan Lego tersebut selepas mendaftar keluar. Antara barangan yang dicuri ialah Lego Dragon, Lego Monkey, Lego Monkey Head, Throw Pillow Pirate dan Bed Runner King.


curi permainan lego di hotel legoland
Sumber : Harian Metro


Lego Monkey itu satu pun dah cukup besar, ditambah pula dengan permainan Lego yang lain. Macam pelik juga bagaimana tiada yang perasan aktiviti haram si pemandu lori ini? Adakah lokasi pameran itu tersorok dari pandangan orang ramai? Tiada CCTV yang mamantau aktiviti di lokasi itu?  Dengan jumlah barangan yang dicuri bernilai RM22,575, sudah tentu barang-barang pameran permainan Lego ini sangat bernilai dan tak mungkin tiada CCTV diletakkan di lokasi tesebut.

Menurut pihak polis, kejadian mencuri permainan Lego ini adalah yang pertama kali berlaku di negara ini dan dipandang serius kerana boleh mencemarkan imej industry pelancongan.

Yang pastinya, langkah-langkah keselamatan perlu dipertingkatkan di Hotel Legoland tersebut untuk mengelakkan kes seumpamanya berulang lagi.

Saya nak tahu sangat motif pemandu lori mencuri permainan-permainan Lego tu. Adakah untuk dijual semula (agak susah kan kalau nak jual semula, mesti pihak hotel telah buat laporan polis dan barang curi akan dapat dikesan jika dijual semula kepada pihak lain) atau mungkinkah untuk koleksi barang simpanan sendiri?

Pemandu lori itu saja yang ada jawapannya!

0 comments:

Rumah sewa murah tapi liat bayar sewa rumah?

Tuesday, November 24, 2015 Ana 3 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda ada rumah sewa? Penyewa liat nak bayar sewa rumah?

Mesti pening kepala kan nak fikirkan cara supaya penyewa bayar sewa rumah secara konsisten setiap bulan. Alangkah bagusnya penyewa bayar duit sewa rumah tiap-tiap bulan tanpa perlu tuan punya rumah 'bertanya khabar' mengenai duit sewa rumah setiap kali hujung bulan?

Itu juga masalah yang sama dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan yang menguruskan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Masalah penyewa yang liat nak bayar sewa bulanan RM124 memang boleh timbulkan rasa tidak puas hati pada ramai lagi yang memohon untuk mendapatkan rumah sewa di PPR.


projek perumahan rakyat
Gambar hiasan
Sumber : jnaikhtisas
Bukan senang nak dapat rumah sewa murah sekarang ini. Dengan kos harga rumah mahal dan segala macam keperluan yang naik harga, penyewa rumah PPR sepatutnya berasa bertuah dan bersyukur dengan adanya rumah sewa murah PPR ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban untuk kos kediaman.

Memang tak sepatutnya bagi pemilik atau penyewa PPR yang kadang-kadang kita lihat ada sampai 2 atau 3 biji piring Astro di rumahnya tapi 'tak mampu' pula nak membayar sewa PPR. Tambah tak adil dan tak patut bila pemilik atau penyewa PPR yang menyewakan pula unit rumah sewa mereka kepada pihak ketiga termasuk warga asing. Ini dah kira sebagai penyalahgunaan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan lari dari matlamat sebenar kerajaan yang menyediakan rumah sewa PPR untuk rakyat miskin dan kurang berkemampuan. Mengikut laporan yang disiarkan di akhbar , sewa rumah tertunggak sehingga kini telah mencapai RM50 juta!

Adakah RM124 itu terlalu mahal dan tidak mampu ditanggung oleh penyewa? Saya pasti pihak berwajib telah buat penilaian daripada pelbagai sudut sebelum menetapkan bayaran sewaan sebulan bagi setiap unit rumah PPR yang kos pembinaannya mencecah RM150,000 itu.

Jika benar ada masalah untuk membayar sewa rumah, mungkin ada jalan penyelesaian melalui perbincangan dengan pihak berwajib untuk kebaikan bersama. Jangan lah hanya diam membisu seribu bahasa hingga sewa rumah tertunggak dari bulan ke bulan.

Jika masih dengan kedegilan dan liat nak bayar sewa rumah, jangan ada pula penyewa PPR yang marah jika berhadapan dengan tindakan kena usir dari PPR nanti!





3 comments:

Plaza Low Yat 2 akan dibuka 8 Disember ini

Tuesday, November 24, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Plaza Low Yat 2 akan dibuka pada 8 Disember ini , menurut Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Masih ingat lagi insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat pada Julai yang lepas? Sekumpulan remaja lelaki bergaduh dengan pekerja kedai telekomunikasi selepas seorang rakan mereka dituduh mencuri telefon bimbit. Kes ini masih dalam perbicaraan.


plaza low yat


Ekoran daripada itu, menteri terbabit telah mencadangkan pembukaan Plaza Low Yat 2 untuk peniaga Melayu dan bumiputera. Sejak pengumuman itu, memang ramai yang tertunggu-tunggu bila Plaza Low Yat 2 akan dibuka. Plaza baru itu dijangkakan akan menjadi pusat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan barangan teknologi pada harga yang lebih rendah berbanding tempat lain (harap-harap betul la ya!).

"Sebanyak 36 premis menjual alat telekomunikasi yang dimiliki seratus peratus syarikat bumiputera telah disenarai pendek untuk memulakan perniagaan mereka" - laporan Bernama

Bagus juga ada alternatif lain selain Plaza Low Yat yang ada sekarang ini. Sejak insiden pergaduhan itu, saya risau juga kalau-kalau laptop saya buat hal, sebab memang selalunya saya akan hantar ke kedai di plaza itu untuk repair. Kalau ada masalah dengan tablet pun, mesti akan ke service center Samsung di tingkat 4 di Plaza Low Yat juga.

Nama baru dan logo pusat untuk Plaza Low Yat 2 akan diumumkan pada hari pembukaannya di Tingkat 3, Menara Mara nanti.

Dengan jangkaan pusat baru ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan, diharap segala aspek telah diambil kira termasuk lah pertimbangan mengenai tempat letak kereta yang mencukupi. Di Plaza Low Yat yang ada sekarang ini, awal-awal pagi lagi dah penuh tempat parking nya!




0 comments:

Tahniah Dato' Lee Chong Wei!

Sunday, November 22, 2015 Ana 0 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tahniah Dato' Lee Chong Wei kerana menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong dengan menewaskan lawannya dari China, Tian Houwei 21-16 dan 21-15.

Lee Chong Wei menang Terbuka Hong Kong
Sumber : Twitter

Chong Wei yang baru sahaja memenangi Terbuka Perancis pada Oktober lepas dan Terbuka China minggu lalu kini akan bersedia pula untuk menghadapi Kejohanan Terbuka Macau yang bermula Selasa ini.

Hebat! Tahniah & Kipidap!





0 comments:

Di mana anda beli barang dapur?

Sunday, November 22, 2015 Ana 0 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hujung minggu. Apa plan hari ini?

Saya 'membeli belah' atau 'shopping' macam biasa. ' Membeli belah' saya ialah beli barang dapur untuk seminggu.

Tempat biasa saya shopping barang dapur ialah di Aeon AU2 Setiawangsa (pada saya nama Aeon AU2 Setiawangsa ni tak betul, sebab AU hanya untuk kawasan Keramat. Lagipun MSN yang terletak betul-betul bertentang dengan Aeon ni elok je guna nama MSN Taman Keramat. Aeon ni segan agaknya nak guna nama Keramat, tak komersial kot :p)



Kenapa suka shopping di Aeon? Ada apa di Aeon?

Tiada apa yang istimewa sangat pun di Aeon ni. Harga barang pun selalunya lebih mahal daripada tempat lain. Tapi bila ada promotion, memang harga barangannya jauhhhh lebih murah!

Cuma di Aeon ni...

1. Ia adalah tempat shopping yang bersih. Di supermarketnya, di setiap selang rak barang tu disediakan tong sampah untuk kegunaan ramai.

2. Tempat parking yang banyak. Jika dibandingkan dengan satu lagi tempat untuk beli barang-barang dapur yang berdekatan iaitu Giant, memang lebih senang nak cari parking di Aeon. Di Giant agak sesak, memang selalu juga saya pada mulanya nak beli barang di Giant, last-last cancel lepas beberapa kali pusing Giant tu tak dapat cari tempat parking.

3. Ambience atau suasana nak membeli barang yang selesa. Di Giant, hampir setiap kali saya datang membeli barang dapur, memang setiap kali itu lah pekerja nya tengah sibuk nak restock susun-susun barang di rak. Bukan lah nak mengada, tapi time tu lah ramai orang , time itu lah sibuk nak restock barang. Tak selesa kan?

Mungkin agak tak adil juga nak banding kan Aeon Mall dengan Giant yang bukan mall tu kan?

Sekadar pandangan saya yang tak seberapa sebagai seorang pembeli yang suka shopping dengan selesa!

0 comments:

Suka selfie? Ini alat canggih khas untuk penggemar selfie!

Saturday, November 21, 2015 Ana 0 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda suke selfie?

Dalam minggu ini dah 2 kali saya terbaca mengenai selfie di suratkhabar.

Yang agak kelakar ialah cerita selfie dalam suratkhabar hari ini.


Lengan Selfie

Lelaki Jepun dikenali sebagai Mansun mencipta alat seakan-akan lengan panjang untuk mudahkan dia berselfie.

Idea ciptaannya itu berpunca daripada lelaki itu berasa malu hendak pegang monopod selfie untuk berselfie.

Tapi kan, bila tengok alat ciptaannya, lagi segan kot nak guna berbanding monopod.

Lengan selfie

Alat tersebut direka menggunakan sebatang besi panjang yang dipakai dengan cara disambungkan kepada sepasang tangan palsu.

Portal Oddity Central melaporkan :


"Mansun kelihatan begitu gembira berjalan-jalan dengan dua lengan palsu yang agak menyeramkan tergantung di sisinya."

Nasib baik Mansun tidak ada perancangan nak jual alat canggih ciptaannya ini. Kalau ada selfie camera yang canggih pun mesti orang tak pandang dah, orang ramai akan lebih terkagum dengan lengan selfie yang pelik tu!

Ada ke yang berminat dengan ciptaan Mansun ini? :P




Cermin Selfie

Bagi yang gila berselfie sorang-sorang dalam bilik, mungkin akan berminat dengan cermin selfie ini. Dah tak perlu nak pegang monopod atau letak timer pada telefon pintar, hanya perlu bergaya saja di depan cermin selfie. Mesti puas hati dapat bergaya dengan macam-macam cara berselfie kan!

Produk keluaran syarikat Smart Ltd ini dikatakan mempunyai fungsi yang sama seperti sebuah telefon pintar, dan bukan hanya setakat untuk berselfie.

Kalau berminat dan sanggup melabur RM1095 untuk cermin 27 inci dan RM876 untuk cermin yang bersaiz kecil, boleh lah tempah di selfiemirror.me.

Tapi itu pun kalau anda memang dah terlalu banyak duit sampai tak tahu nak digunakan untuk apa!



Cermin selfie


Berhati-hati dalam selfie, takut terkena penyakit kagum dengan diri sendiri!







0 comments:

Karnival Upin & Ipin : Keajaiban Bermula

Saturday, November 21, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Sabtu. Apa plan hari ini?

Kalau belum ada plan, jom kita ke Karnival Upin & Ipin yang diadakan di MAEPS, Serdang, bermula semalam hingga 22/11/15 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Sesuai dengan cuti sekolah yang dah bermula. Tapi rasanya bukan budak sekolah saja yang minat Upin & Ipin ni kan. Mak dan bapa budak, tua dan muda ramai juga yang jadi peminat Upin & Ipin ini (termasuklah saya!)

FB Upin & Ipin


Tiket dijual di pintu masuk mulai jam 9 pagi. Tak pasti pula sama ada tiket akan dijual sepanjang hari atau ada waktu-waktu tertentu sahaja. Macam-macam acara menarik telah disediakan. Kalau saya berkesempatan nak pergi ke Karnival Upin & Ipin ini, acara yang paling saya nak tengok ialah acara "Kak Ros : Saya Tak Garang". Ye ke Kak Ros tak garang? Dengar Kak Ros jerit kat Upin & Ipin, "Bertuah punya budak!", pun dah cukup menyeramkan! Hehhe..

Selain watak-watak dalam Upin & Ipin, turut serta dalam Karnival Upin & Ipin ialah 2 lagi watak kartun dari animasi terbitan Les Copaque, iaitu watak Ara & Aris dari siri animasi  "Pada Zaman Dahulu" dan juga watak Ultraman Ribut (Ultraman yang lawan dengan Raksasa Bayang tu)

FB Upin & Ipin


Bagi peminat Upin & Ipin, jangan lepaskan peluang ke Karnival Upin & Ipin ini, dan mungkin kena bertolak awal dari rumah untuk elakkan kesesakan lalu lintas. Saya dah terbayang-bayangkan traffic jam menghala ke MAEPS tu.

Watak paling saya minat dalam Upin & Ipin ialah Mail. Best sebab Mail ni otak bisnes, semua benda boleh dijualnya!
"Dua singgit!"


Ipin, Ipin, dah nak mula...

Upin dan Ipin
Inilah dia
Kembar seiras itu biasa

Upin dan Ipin
Ragam aksinya
Kami senangi siapa jua

Upin dan Ipin selamanya..

Betul betul betul!


#karnivalupinipin2015‬ ‪#‎karnivalupinipin‬ ‪#‎keajaibanbermula‬ ‪#‎lescopaque‬ ‪#‎maeps‬ ‪#‎cutisekolah‬


0 comments:

Jom jalan-jalan cuti sekolah!

Friday, November 20, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

jalan-jalan cuti sekolah

Hari ini last day sekolah, yahoo!

Seronoknya anak-anak yang akan memulakan cuti persekolahan bermula 21/11/15 sehingga 04/01/16 nanti. Cuti sekolah 45 hari tu, siapa tak seronok kan??

Ke mana agaknya cuti-cuti 45 hari tu?

Tak perlu pergi jauh ke luar negara sebab dalam negara kita pun banyak tempat-tempat menarik yang tidak kurang hebatnya. Lagipun, 'Dekat Je'! Sedikit kelainan jika selama ini anda selalu bercuti ke taman tema, bercuti sambil membeli belah atau kawasan peranginan tanah tinggi, apa kata kali ini berubah angin ke tempat menarik dalam negara, yang sesuai untuk cuti-cuti Malaysia bagi pencinta alam semulajadi dan tempat yang tenang.



1. The Shorea, Negeri Sembilan


tempat bercuti di malaysia
Web : The Shorea



Unik tak nama tempat ni? Ingatkan kat luar negara kan? Sesuai lah dengan tempatnya yang unik juga.Nama Shorea itu sendiri berkaitan dengan pokok-pokok yang hidup di hutan hujan seperti keruing, cengal dan lain-lain lagi. Terletak berdekatan dengan Hutan Simpan Berembun, The Shorea menyediakan beberapa pilihan villa untuk tempahan. Sekali-sekala cuti sekolah bawa anak-anak menikmati alam semulajadi. Kalau tiada coverage di tempat ini, boleh lah anak-anak tinggalkan sekejap gajet dan telefon pintar. Err, boleh ke?



2. Limastiga, Melaka



tempat bercuti di malaysia
Web: Limastiga

Limastiga , terletak di salah sebuah kampong di Umbai (ikan bakar, yummy!), Melaka menggabungkan konsep moden dan kampong, menghasilkan 3 buah rumah dengan 6 bilik keluarga yang luas, berlatarbelakangkan alam semulajadi yang indah.
Hanya 15 minit perjalanan dari Banda Hilir Melaka, Limastiga menawarkan pakej dengan harga yang menarik bagi anda yang bercadang bercuti-cuti Malaysia secara beramai-ramai. Tempat nya eksklusif, sesuai juga kalau nak buat family gathering , bawa adik beradik dan anak-anak saudara, pasti meriah cuti sekolah kali ini!



3. Time Capsule Retreat, Pahang


tempat bercuti di malaysia
FB : timecapsuleretreat


Inginkan kelainan tempat penginapan semasa bercuti? Kalau anda dah bosan dengan bilik mewah dan konvensional tempat bercuti, boleh lah cuba bercuti di Time Capsule Retreat, Pahang ini. Bilik penginapan di Time Capsule Retreat adalah diubahsuai daripada pembentung, ala-ala time capsule. Jangan pandang sebelah mata ya, dan terus anggap bilik ini sempit dan tidak selesa. Jika anda  tengok komen di FB Time Capsule Retreat, ada yang komen bilik pembentung ini sangat selesa sampai terasa nak duduk saja di bilik , tak mahu ke mana-mana! Tamat cuti sekolah nanti, pasti anak-anak seronok tak sabar nak cerita kat kawan-kawan pasal keunikan tinggal dalam bilik pembentung ini!


Selamat cuti sekolah dan cuti-cuti Malaysia!

#cutisekolah



0 comments:

Serangan di Paris: Selesaikah masalah dengan menyerang Syria?

Friday, November 20, 2015 Ana 0 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Selepas insiden serangan pengganas di Paris berlaku, Perancis telah melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Syria. Alasannya adalah bagi menghapuskan kubu pengganas yang bertanggungjawab terhadap peristiwa berdarah di Paris Jumaat lalu.

Bagi yang masih ada sifat perikemanusiaan dan boleh berfikir secara waras, lihat sahaja gambar-gambar kemusnahan yang meragut banyak nyawa tidak bersalah di bumi Syria.

Credit:
FB Ummah Charity
FB Shiro Manding








Dengan serangan ini, adakah terbalas rasa marah Perancis atas peristiwa serangan di Paris? Puas hati?

Tertangkapkah atau terbunuhkah pengganas yang mereka cari-cari itu?

Tidakkah mereka sama tindakan menyerang Syria ini sama saja kejamnya dengan seranggan pengganas di Paris? Malah lebih kejam lagi kerana yang terbunuh kebanyakkannya adalah kanak-kanak yang tidak berdosa!

Di saat serangan ke atas Syria ketika ini, di mana kah bendera Syria sebagai temporary profile di Facebook? Adakah tanda kesatuan atau unity hanya jika yang diserang itu adalah bukan Muslim?

Hanya mereka yang berhati batu tidak akan rasa sedih melihat apa yang berlaku di Syria ketika ini.

:(

0 comments:

Berniaga lah walau pun anda telah kaya!

Friday, November 20, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam Jumaat, salam sayyidul ayyam...

Saya ada terbaca satu post di FB baru-baru ini yang pada saya macam merendah-rendah kan orang yang berniaga di pasar malam. Orang yang menulis tu mungkin terlibat secara langsung dalam bisnes MLM, sebab cara penulisan nya memang memuji melambung bisnes MLM ni.

Begitu juga dengan post pasal kisah seorang kakak yang kerja kerajaan dan selalu merendah-rendahkan adiknya yang berniaga nasi kukus tepi jalan. Ironinya, bila tiba hujung bulan akak yang kerja kerajaan ini lah yang akan call adiknya yang berniaga tepi jalan itu untuk pinjam duit!

Tak kisah lah sebenarnya apa pun bisnes atau pekerjaan yang kita buat, asalkan halal dan berlandaskan syariah, maka tidak ada perlu nya merendah-rendah kan golongan yang cari rezeki dengan cara mereka sendiri kan.

Lagipun, bukankah sembilan persepuluh daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan?

Saya ada kawan yang berniaga jual Shaklee secara online.
Saya ada kawan yang pandai menjahit dan jual set-set kelengkapan tidur untuk bayi secara online.
Saya ada kawan yang jual Umaima, produk kesihatan yang diasaskan oleh Abby Abadi.
Saya ada kawan yang jual Ephyra, produk kesihatan yang diasaskan oleh Amiza Amiruddin, yang juga satu batch dengan saya semasa sekolah menengah!
Saya ada kawan yang sangat berjaya jual kain cotton online, dan kini telah teroka bidang baru dengan mengajar ilmu berkenaan FBAds!
Saya ada kawan yang jual kuih raya, tiap-tiap tahun orang beli kuih raya daripadanya tanpa jemu (walaupun bukan time raya)

Banyak kan cabang perniagaan?

Selagi perkara-perkara yang dilarang (riba, peras ugut, tipu dan sumpah atas barangan jualan, rasuah, monopoli barangan, tipu dalam sukatan dan timbangan, menjual barang yang haram) dijauhi, InsyaAllah, rezeki tidak akan ke mana.


 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)







0 comments:

Best tak drama Tuan Anas Mikael?

Thursday, November 19, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tuan Anas Mikael.

Asyik nak tergelak saja menonton cerita ni. Lakonan Zara Zya sebagai Ayu Maisarah pada saya sangat kelakar, dan kelakarnya nampak real, bukan dibuat-buat. Tapi dalam kelakar-kelakar itu, drama ini sebenarnya sarat dengan konflik kekeluargaan.

Bukan sekadar cerita klise seperti drama-drama yang lain yang mana hero heroin kena kahwin paksa, atau cinta antara 2 darjat, atau cerita perebutan harta atau kuasa dalam dunia korporat.

Rumah tempat lokasi penggambaran drama Tuan Anas Mikael ini sangat cantik. Siapa tahu rumah siapa agaknya ya? Sangat cantik! Saya rasa lokasi penggambaran pejabat Tuan Anas Mikael ini dibuat di pejabat abang terlajak laris, Dato' Aliff Syukri. Kalau tak silap saya lah (maaf kalau tersilap), pejabat warna hitam emas itu rasanya pejabat Dato Aliff. Cantik pejabat Dato', nampak sangat eksklusif.



Baca sinopsis drama Tuan Anas Mikael ni memang menarik. Kalau rajin meng google, memang jumpa banyak blog-blog yang mengulas setiap episod drama adatasi novel nukilan Syamnuriezmil dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin ini.

Gandingan Zara Zya dan Aaron Aziz memang menjadikan drama Tuan Anas Mikael ini tidak bosan ditonton. Bagi yang tak sabar nak tahu jalan cerita nya bolehlah dapatkan novel ini yang juga dijual secara online.

** Sama macam dalam I Love You Mr Arrogant, saya suka tengok Zara Zya time bertudung dalam Tuan Anas Mikael :)

Credit : Infotaip.blogspot.com





0 comments: